Reen Rahim tampil luah sesuatu mengenai individu yang sengaja mengambil kesempatan ke atas dirinya

artis

Pelakon dan model, Reen Rahim meluahkan rasa berang dan kecewa apabila memikirkan akaun Facebooknya yang telah lama digunakan oleh orang lain hampir dua tahun lalu masih lagi menggunakan namanya di media sosial tersebut. Reen tampil menjelaskan bahawa akaun Facebook miliknya yang bernama Reen Rahim itu sebenarnya sudah tidak boleh diakses sejak dua tahun yang lalu selepas ianya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Asalnya itu memang akaun Facebook saya yang sudah digunakan oleh pihak lain. Dalam tu ramai lagi kawan-kawan saya yang tak tahu bahawa itu bukan saya. Walaupun pihak tersebut tidak berkata perkara yang tidak benar tentang saya, tetapi saya tengok dia ada buat perkhidmatan reviu semua. Jadi bila fikir tak seronoklah bila orang yang berurusan dengan pengg0dam itu merasakan seolah-olah berurusan dengan saya. Kalau nak guna sekalipun, tukarlah nama tu, jangan guna nama saya,”

Jelasnya lagi, dia kini hanya mempunyai satu akaun Facebook iaitu Reen Rahim Official sahaja. Reen yang sebelum ini telah memuat naik sebuah peringatan di laman instagram meminta orang ramai di luar sana supaya tidak termakan dengan akaun Facebook yang slah gunakan nama dan gambarnya.  Akaun tersebut dikatakan telah mempunyai lebih kurang 365,000 pengikut di media sosial. Malah, ramai pengikut menyangka bahawa akaun tersebut adalah milik Reen Rahim yang rasmi.

Ingatkan ramai tak menyukai saya – Reen Rahim

“Saya pernah dikritik gara-gara imej menarik perhatian ramai, malah ada yang tergamak menggelar saya sebagai perempuan murahan. Saya ingatkan, isu itu memberi impak yang tidak baik dan saya tidak disukai peminat. “Tetapi, nampaknya peminat sudah pandai menilai antara kerjaya dan peribadi. Jika kita berusaha memberikan mutu persembahan yang baik, bakat kita pasti dihargai. Itu yang saya lakukan.

“Alhamdulillah, biarpun ada segelintir yang berkata sesuatu yang tidak baik, masih ada yang menilai dan menghargai hasil usaha saya,” katanya. Reen berkata, dia umpama menerima rezeki terp1jak apabila namanya membolosi Top 5 kategori online, Pelakon Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.

Memiliki kelab peminat, Reenduyouofficial, yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu, Reen akur sukar untuk bersaing dengan saingan lain yang memiliki kelompok penyokong jauh lebih besar. “Kalau diikutkan, memang sukar untuk saya tembusi senarai lima popular. Saya bagaimanapun, percaya kejayaan ini bukan semata-mata bergantung kepada kelab peminat, sebaliknya undian peminat luar juga banyak membantu.

“Saya yakin, semua ini penangan watak Kak Su. Impak watak Kak Su amat besar dalam kerjaya lakonan saya. Terima kasih kerana menghargai bakat saya,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Lelakimu Yang Dulu, arahan Eoon Shuhaini untuk slot Akasia di TV3. Menerusi kategori itu, Reen menerima saingan daripada gandingannya dalam Pujaan Hati Kanda seperti Azar Azmi dan Syazwan Zulkifly, selain Azhan Rani serta Shukri Yahaya.

Ungku Hariz, Reen Rahim satu ‘kepala’

Luarannya, pelakon drama Lelakimu Yang Dulu, Reen Rahim, 31, dan Ungku Hariz, 34, kelihatan periang dan suka buat lawak. Karakter yang dibawa menerusi drama arahan Eoon Shuhaini terbitan Mache All Star United Sdn Bhd itu turut memperlihatkan keserasian mereka apabila membawa watak kelakar.

Hakikatnya, ia hanya di kaca televisyen (TV). Mereka sebenarnya boleh bertukar-tukar karakter mengikut situasi. Secara peribadi, Ungku Hariz seorang yang serius, manakala Reen pula tegas. Jika si cantik itu lebih dahulu dikenali menerusi watak antag0nis, Ungku Hariz pula banyak menjayakan karakter yang menguji bakatnya sebelum dicop sebagai pelakon komedi.

Ungku Hariz yang juga suami kepada pengacara, pelakon dan pelawak, Jihan Muse, berkata dia bukan seorang berperwatakan kelakar, tetapi suka menceriakan keadaan ketika menjalani penggambaran. “Kita semua tahu, kerja sebagai pelakon sentiasa berdepan masalah dan memenatkan. Ada kala, terbawa-bawa dengan masalah peribadi di lokasi penggambaran.

“Saya bukannya pelawak atau kerja secara tidak bersungguh sungguh, tetapi saya suka membuatkan suasana menjadi meriah. Perasaan dalaman dapat dilupakan apabila suasana penggambaran ceria dan penuh gelak tawa. “Saya kena lebih periang jika memikul watak komedi. Jika alami masalah dan terikut-ikut pula dengan aura itu, watak komedi pastinya hambar. Kadang kala saya kena buat periang, barulah watak komedi dilakonkan sampai kepada penonton.“Bagaimanapun, jangan tak percaya, saya dan Jihan serius di rumah. Jarang sekali kami berlawak dan berjenaka. Karakter periang hanya ketika bekerja,” katanya kepada BH Online. Diperkenalkan menerusi program realiti, Pilih Kasih musim kedua, Ungku Hariz berkata, dia bimbang sekiranya sukar mendapat

Kepercayaan membawakan watak berat apabila sering dihulurkan peranan komedi. “Jujurnya, keselesaan dan kepuasan tentunya menerusi watak berat atau berkarakter. Saya mendapat bimbingan guru, Fauziah Nawi, pada awal pembabitan dalam dunia teater ketika usia belasan tahun. “Mulanya, saya diajar dengan skrip naskhah sastera. Disebabkan bermula dengan watak berat, jadi watak komedi yang lebih ringan tidak menjadi masalah besar. “Sejak berkahwin dengan Jihan, saya mula menerima watak komedi. Begitupun, saya risau dicop sebagai pelawak hingga sukar berbalik kepada watak serius. Saya lihat, beberapa artis yang dahulu pemain watak serius seperti mendapat badi apabila terus dicop sebagai pelakon komedi. Kalau boleh, saya mahu berlakon pelbagai watak,” katanya.

Ungku Hariz atau nama sebenarnya, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli berkata, walaupun tidak terlalu menonjol dan sekadar membawa watak pembantu, rezekinya tak pernah putus sejak 12 tahun lalu. “Saya bukan tidak pernah membawakan watak hero, malah pernah tampil bersama beberapa drama komedi. Bagaimanapun, saya bersyukur peluang pekerjaan tidak pernah putus sejak bergelar anak seni.

“Tanyalah mana-mana pelakon, setakat sebulan atau dua tidak bekerja, ia perkara biasa. Jatuh dan bangun sentiasa berlaku. “Apa yang membuatkan saya bertahan kerana minat. Jika sekadar cari populariti dan tidak menyemat minat mendalam, rasanya sudah lama saya beralih kepada kerjaya lain. “Saya tidak pernah ralat ada kerja atau sebaliknya. Ini kerjaya yang saya minat, jadi tidak perlulah merungut jika sebulan dua tiada kerja,” katanya.

Pelakon yang pernah meraih tumpuan menerusi drama Cinta 100kg itu berkata, dia mengenali Reen menerusi program realiti, Pilih Kasih. “Bagaimanapun, inilah kali pertama saya dan Reen digandingkan bersama menerusi drama Lelakimu Yang Dulu. Kami mempunyai cara yang berbeza dalam lakonan.

“Pada hati pertama di set penggambaran, saya melihat caranya bermain dengan watak terlebih dahulu. Reen seorang yang periang dan spontan. Jadi, saya kena banyak bersedia dengan lontaran dialog yang tidak dijangka. “Banyak dialog spontan yang kami lontarkan ketika di lokasi. Mulanya, saya memang tidak biasa, tetapi saya tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan keserasian dengan Reen,” katanya sambil mengakui banyak mengadakan perbincangan dengan pelakon itu bagi menghasilkan lakonan lebih mengesankan. Bagi Reen, Ungku Hariz adalah seniornya dalam program Pilih Kasih.

“Saya dan Ungku Hariz pernah bertemu beberapa kali. Bagaimanapun, saya tahu dia adalah pelakon watak berat. Orangnya serius dan ‘gentleman’. Saya sudah bersedia bekerjasama dengan Ungku Hariz apabila mendapat tahu dia membawakan watak Idlan. “Asalnya, saya pelakon watak antag0nis sebelum komedi. Saya teruja mahu menguji diri bergandingan dengan pelakon watak berat seperti Ungku Hariz.

“Satu cabaran buat kami mencari keserasian dalam membawa watak periang, ‘cute’ dan kelakar dalam drama siaran TV3 ini. Alhamdulillah, watak terbabit menonjolkan lakonan kami,” katanya. Reen berkata, sebagai pelakon, dia dan Ungku Hariz mengkaji skrip dan watak dengan bimbingan pengarah.

“Apabila masuk ke set penggambaran, kami terus menghayati karakter dan bersedia dengan kejutan. Sekiranya graf seorang daripada kami agak menurun, seorang lagi kena kawal situasi dan cepat bertindak dengan mencampakkan kreativiti bagi menjadikan sesebuah babak hidup. “Apabila drama menjadi bualan, ia bukan kerja kami. Ia rezeki daripada Allah yang mengizinkan kami menjiwai watak dengan jujur. Saya percaya kejujuran watak pasti dapat dirasai penonton,” katanya.

Juara program Pilih Kasih musim ketiga itu berkata, dia bukan lagi Reen Rahim apabila memasuki set penggambaran.“Saya akan menjadi watak yang dipertanggungjawabkan. Saya akan memastikan setiap babak menjadi sehingga membuat penonton percaya lakonan sebagai adik-beradik, kekasih, anak, skandal atau apa sahaja, asalkan tidak melmpaui batasan.

“Apabila bergandingan dengan pelakon lelaki yang sudah berumah tangga, saya cukup jaga batasan dan pergaulan,” katanya. Reen berkata, dia pernah keliru dengan perwatakannya. “Saya boleh bertukar-tukar karakter mengikut situasi, majlis dan orang di sekeliling. Ia kelebihan yang Allah berikan kepada saya. “Saya manja dan periang apabila bersama keluarga dan orang yang tersayang. Bagaimanapun, saya akan lebih profesional dan tegas apabila berada di khalayak. Ada kala karakter saya bertukar garang, tetapi saya bukan begitu setiap masa,” katanya.

Kongsinya, dia sentiasa berpegang pada prinsip, rezeki tidak pernah salah alamat. Selepas Pujaan Hati Kanda, dia sekali lagi diberikan kepercayaan menerusi drama Lelakimu Yang Dulu yang disiarkan menerusi slot tumpuan ramai. “Cuma, saya perlu bekerja dengan ikhlas. Sekiranya sampai waktu, sekecil mana pun watak, ia tetap menjadi tuah. “Bagi saya, watak utama atau pembantu bukan masalah besar. Sebaliknya, seorang pelakon puas apabila dapat menggalas tanggungjawab dengan baik. “Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya cuma harus bersyukur dan bekerja sebaiknya atas rezeki yang sudah disusun untuk saya,” katanya. Reen juga menafikan penampilan menarik perhatian ramai yang sering dikaitkan dengannya menjadi halangan untuk dia mendapat watak utama.

“Saya percaya, pengarah dan produser tidak menilai saya dari segi penampilan. Mereka sentiasa profesional dalam bekerja. “Mereka menghulurkan watak mengikut kesesuaian, bukan kisah peribadi atau penampilan,” katanya turut membintangi filem KL Vampires arahan Daven R.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *