Muncul dengan imej baru.Zila Bakarin dedahkan cerita sebenar sebalik penghijrahannya dan punca dia tidak kembali aktif berlakon

artis

Mula berhijab sejak Februari lalu, pelakon Zila Bakarin mengakui kehidupannya kini agak berbeza namun dia menegaskan dirinya sama seperti yang ramai kenali dulu. Zila Bakarin atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin,45, ini berkata dia kini berfikiran positif kerana berhijab dan menutup aurat dalam kalangan wanita adalah merupakan tuntutan agama.“Memang ada perbezaan yang ketara sangat tapi saya tetap Zila Bakarin yang sama. Saya ambil inisiatif yang sangat positif sebab berhijab dan tutup aurat adalah sebahagian daripada kewajipan agama untuk kaum perempuan,”

 Menurutnya lagi, walaupun dia kini berubah dari segi penampilan, namun dia menganggap dirinya masih seorang yang sangat peramah. Namun yang membezakan dirinya kini dengan dulu adalah dia kini lebih teliti dalam menjaga batas pergaulan terutama dengan golongan bukan mahram.

Zila turut mengakui dirinya kini sedang berusaha untuk menjaga batas pergaulan dan perbuatan dalam kehidupan seharian. “Kalau dekat set penggambaran dulu hidup saya bergurau senda dengan orang tu biasa saja.. bergurau tu biasa saja, tapi sekarang kena ada batasan la,”

Merasakan tidak manis buat dirinya untuk berkelakuan seperti itu memandangkan dia sudah berhijab, Zila berusaha untuk berubah dalam usaha untuk menjadi muslimah yang baik.  Zila yang sebelum ini ada meluahkan perasaan kesal kerana kurang menerima tawaran berlakon kerana sudah berhijab, dia tidak salahkan kepada mana-mana pihak kerana menganggap itu adalah sebuah ujian baginya untuk terus istiqamah dalam perjalanan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Mungkin pihak produksi tak percaya bila kita dah bertudung, kita masih boleh bawa watak antag0nis. Sebenarnya boleh saja, tak ada masalah, tapi mereka takut warganet tidak dapat terima wanita bertudung pegang watak antag0nis. Tapi bagus juga, Allah nak bagi saya rehat dan terus istiqamah. Kalau dah tertulis itu bukan rezeki saya maka ia bukan rezeki saya. Benda itu saya kena reda dan tak pernah rasa kecil hati atau berang,”

Dah bertudung, Zila Bakarin kena ‘reject’ pula

Pelakon, Zila Bakarin diangkat sebagi ikon program Jom Celik Al-Quran pada Majlis Pelancaran Jom Celik Al-Quran di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Pelakon Zila Bakarin, 45, mengakui pernah beberapa kali ditolak syarikat produksi selepas dia tampil dengan imej bertudung sejak Februari lalu.

Zila berkata, kebanyakan tawaran lakonan itu ditawarkan sebelum dia bertudung dan selepas berbincang, dia terpaksa melepaskan tawaran itu dengan hati terbuka. “Ada beberapa tawaran yang saya terima pada awal tahun ini ketika saya belum bertudung. Jadi, apabila saya bertudung ada beberapa tawaran dibatalkan kerana mereka mahukan Zila Bakarin yang dahulu untuk disesuaikan dengan watak,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia berlapang dada walaupun tawaran lakonan buatnya terpaksa dibatalkan kerana imej terbarunya ini. “Apabila mereka terpaksa batalkan tawaran itu kerana saya bertudung, saya berterima kasih kepada Allah kerana Dia yang memberikan rezeki. Saya sentiasa yakin bahawa rezeki Allah itu luas.

“Pada peringkat awal saya bertudung, timbul rasa bimbang juga sekiranya ini akan memberi kesan kepada karier lakonan saya. Tapi, saya buka mata saya dan reda walaupun beberapa bulan tak ada tawaran memandangkan kita pun berdepan dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika itu,” katanya.

Bercerita mengenai watak yang akan diterimanya selepas ini, Zila berkata, dia masih lagi terbuka sekiranya ditawarkan watak antag0nis. “Walaupun bertudung, kita kena terima hakikat bahawa tak semua orang yang bertudung itu baik. Jadi, tak menjadi masalah untuk saya melakonkan watak antag0nis walaupun sekarang saya sudah bertudung,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Lelaki Itu Untukku 2 bersama Nur Risteena, Johan As’ari, Dotty dan ramai lagi.

“Diam-Diam Dah Shooting”- Zila Bakarin Dedah Alasan Tiada Dalam ‘7 Hari Mencintaiku 2’

Semakin lama, drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 telah menunjukkan taringnya. Mula disiarkan melalui slot Akasia sejak 2 Julai lalu, drama ini berjaya menambat hati penonton. Lebih menarik, kali ini 7 Hari Mencintaiku 2 memaparkan lebih banyak masalah walaupun baru saja memasuki episod 8. Difahamkan drama dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya ini mempunyai 33 episod.

Apa yang menarik perhatian Murai MY, watak Datin Hayati lebih menonjol sebagai seorang yang menyimpan hasrat kurang baik terhadap orang lain. Jika anda mengikuti 7 Hari Mencintaiku siri pertama, sepatutnya watak ini dibawa oleh pelakon Zila Bakarin. Namun ramai yang tertanya-tanya mengapa ia diambil alih oleh pelakon Jasmin Hamid.

Baru-baru ini kami menemui Zila ketika menghadiri program “Jom Celik Al-Quran” yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Di kesempatan ini, kami sempat bertanyakan kepada Zila, adakah dia tidak ditawarkan untuk berlakon dalam drama ini. Ini jawapan beliau;

“Sebenarnya mereka ada tawarkan kepada saya. Ia berlaku pada bulan 11 tahun lepas (2019). Seminggu lagi diorang nak buat penggambaran. Saya Ok!”- ujarnya. Menurut Zila, pihak produksi ada menghubunginya untuk memulakan penggambaran. Namun setelah memberitahu dirinya sudah bertudung, mereka terus diam tanpa memberitahu perkembangan seterusnya.

“Kemudian lepas saya dah pakai tudung, diorang ajak “akak, kita dh nk shoot minggu depan, jadi akak free tak?” “Kak Zila free dik, tapi sekarang akak dah pakai tudung”. “Apa dia?!” yeke, nanti saya cakap dengan produser..Kemudian terus diam. Diam – diam dah shooting, tengok-tengok Jasmin Hamid”- katanya kepada Murai MY.

Walau bagaimanapun, Zila berkata, dia adalah insan yang paling gembira apabila tidak diambil untuk berlakon dalam drama tersebut. “Tapi terus terang saya cakap , saya manusia paling happy bila mereka tak ambil saya berlakon. Saya rasa macam, tak mengapa  kalau kerana saya pakai tudung mereka tak ambil saya berlakon, bagi saya okay je la.”-

“Yang saya gembira kerana saya boleh terima keadaan yang mereka reject saya, saya terima dengan hati terbuka. Kalau mereka tak mahu kerana saya pakai tudung, kerana suruhan Allah ni, its okay, teruskan”- katanya. Zila berkata, perkara yang terjadi ini mungkin ada hikmahnya. Malah dia percaya, rezeki yang Allah beri sememangnya melimpah ruah. Zila kini ternyata sangat berasa bahagia dengan penampilan terbarunya ini. Zila baru sahaja selesai penggambaran 13 episod drama di RTM, Mencari Kiblat Cinta -TV OKEY, dan sebuah Telemovie TV3- Rahsia Malam Jumaat.

“Rasa Selamat Bila Keluar Rumah Bertudung” – Zila Bakarin Akui Keinginan Berhijab Datang Tiba-Tiba

Alhamdulillah satu persatu selebriti tanah air kita melalui penghijrahan dengan menutup aurat. Sebelum ini penyanyi Ernie Zakri, Dahlia Shazwan, Kilafairy, Linda Hashim dan Shiera Ijoy nekad untuk berhijab dengan sempurna. Dan kini giliran pelakon Zila Bakarin pula  sudah berhijab.

Menurut pelakon yang sebelum ini terkenal dengan imej yang menarik perhatian orang, mengakui keinginan tersebut datang sendiri tanpa pendapat atau paksaan mana-mana pihak. Ketika mengimbas kembali saatnya mula berhijab, hatinya mula terdetik untuk memakai tudung ia berkata ia secara tiba-tiba ketika mahu mengambil anaknya di sekolah.

“Semasa nak keluar ambik anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans. “Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai. Dalam pada itu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ). Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang.

Tambahnya, penglibatan dalam program tersebut adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa tidak yakin pada awalnya, untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya. Bagaimanapun Zila tidak mahu tidak mahu menangguhkan perkara yang baik dan terus menerima tawaran tersebut. Pelakon antag0nis ini juga merupakan salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON bagi tersebut.

Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *