Setelah lama bekerja keras dalam industri Syatilla Melvin berikan sesuatu yang berharga ini buat ibunya

artis

Pelakon Syatilla Melvin tidak menyangka dapat menghadiahkan ibunya gelang emas yang lebih besar hasil dari titik peluhnya berniaga. Menurut Syatilla, sejak dari dulu dia mengutamakan ibunya dan hasil doa ibunya juga dia berjaya dan dimurahkan rezeki. “Dahulukan yang tercinta. Dulu rasa mustahil dapat masuk kedai emas dan terus beli tapi Allah memang maha adil.

“Bila kita utamakan orang tersayang lebih dari diri sendiri Allah balas dengan semua bentuk bahagia dan rezeki melimpah-melimpah bagai ke ladang gandum lalu ambik coco crunch makan dengan susu, ya Allah sedapnya. “Ibu jangan pernah berhenti berdoa untuk keberkatan anak-anak ibu dunia akhirat. I love you,” katanya. Isteri kepada Shaheizy Sam itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusti entri terbabit, dia memuat naik video ketika membeli dan menghadiahkan barang kemas itu kepada ibunya.

Dalam video tersebut, ibunya gembira dan terkejut kerana menerima gelang emas sebesar itu. Syatilla menambah gelang emas rekaan yang biasa dipanggil pulut dakap itu digelarnya “abang dakap”. Pun begitu, Syatilla berharap agar apa yang ditunjukkan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berniaga dan menjana pendapatan hasil dari titik peluh sendiri. “Moga video ni dapat bagi inspirasi untuk orang-orang di luar sana supaya mula berniaga atau cari duit hasil titik peluh sendiri untuk bahagiakan orang yang tersayang,” katanya lagi. Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang bangga melihat Syatilla kerana pandai menghargai ibunya.

Syatilla Melvin tiada keinginan kembali berlakon

Pelakon, Syatilla Melvin, 29, berat hati tinggalkan dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, yang masih kecil untuk keluar bekerja. Jadi, isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu tangguhkan hasrat kembali ke dunia lakonan, selepas kali terakhir membintangi sebuah drama ketika hamil anak kedua.

“Anak-anak masih kecil, jadi berat hati tinggalkan mereka dalam tempoh yang lama. “Jika kembali berlakon, jadual kerja tidak menentu dan memerlukan saya seharian di lokasi penggambaran. Buat masa ini, saya tak boleh berjauhan dengan anak yang masih kecil. “Jujurnya, suami tak pernah menghalang niat saya kembali aktif, cuma saya memilih mengasuh dan mendidik anak di rumah,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Sha & Shah dan Kerna Syurga Bukan Percuma itu berkata, dia juga menceburi perniagaan kosmetik diusahakan bersama adik-beradik. Jadi, waktu cukup terbatas buatnya, apatah lagi kembali ke dunia lakonan seperti dahulu. Belum cukup setahun bergelar usahawan kosmetik, Syatilla berkata, dia gembira dengan pulangan yang diperoleh hasil perniagaan.

“Saya belum ada niat kembali berlakon. Apatah lagi, saya sibuk menguruskan perniagaan bersama kakak dan adik. “Saya tak sangka, sambutan diterima untuk produk sangat menggalakkan dalam tempoh 10 bulan berniaga. Ketika pelancaran pertama, saya sudah mendapat pulangan modal. “Saya bermula dengan lipmatte dan kini, rangkaian produk diperluaskan kepada pemerah pipi. Idea memilih perniagaan produk kosmetik hasil perbincangan kami adik beradik,” katanya.

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, dia bertuah kerana memiliki platform media sosial yang memudahkan mempromosi produk, apatah lagi sudah tidak berlakon. “Jadi, kewujudan platform media sosial membantu perniagaan kami. “Bagaimanapun, saya tak menafikan, impak produk akan lebih meluas sekiranya saya masih aktif berlakon.

“Namun, apakan daya, tanggungjawab semakin bertambah dan keinginan kembali berlakon tidak begitu kuat sejak bergelar isteri dan ibu. Tak mengapalah, kami adik beradik mempunyai platform sendiri, jadi kena yakin dengan kuasa media sosial boleh membantu,” katanya.

Syatilla lebih suka suami berisi

Susuk tubuh sasa Shaheizy Sam ketika menerajui filem aksi mungkin menjadi dambaan ramai, namun isterinya, Syatilla Melvin, mempunyai pandangan berbeza. Syatilla yang juga seorang pelakon lebih menyenangi bentuk badan Sam yang berisi kerana aktor itu tidak perlu melakukan rutin senaman dan diet ketat.

“Jujurnya, saya tidak mahu Sam diet kerana bentuk tubuhnya ketika ini adalah dirinya yang sebenar. Mungkin ramai yang tidak tahu, Sam suka makan dan amat berselera apabila menikmati sesuatu hidangan. “Jadi, apabila dirinya perlu memulakan diet, saya rasa dia tidak menjadi diri sendiri kerana terpaksa mengawal selera makan. Namun, kegigihannya untuk mendapatkan susuk tubuh bersesuaian demi menjayakan karakter bukanlah perkara baharu.

“Sekiranya kami keluar makan, Sam hanya akan melihat saya makan kerana dia sudah mempunyai perancangan pemakanan yang ditetapkan. Justeru, kalau boleh saya tidak mahu dia mula berdiet, seperti yang dimuat naik di Instagram. Namun, sebagai isteri, seharusnya saya sentiasa menyokong semua keputusan suami,” katanya kepada BH Online.

Syatilla berkata demikian ketika mengulas mengenai komen ditinggalkannya di laman sosial suaminya itu, baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagramnya, Sam menyatakan sudah sampai masanya dia menjaga pemakanan kerana badannya yang berisi. Namun, Syatilla meminta bintang Polis Evo itu agak tidak berbuat begitu. Komen terbabit dengan pantas mendapat pelbagai maklum balas warganet.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, dan Shaheizy Sam, 36, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy yang dilahirkan pada 17 April lalu. Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak, yang popular menerusi drama Sha & Shah dan Kerna Syurga Bukan Percuma itu juga turut terhibur membaca komen ditinggalkan peminat rentetan maklum balas diberikan terhadap kapsyen ditulis suaminya.

“Ada yang mengatakan saya tidak mahu Sam kembali bertubuh sasa kerana takut mendapat anak ketiga pula. Bukan ketiga sahaja, mungkin sehingga empat pula nanti. “Alhamdulillah… Syeriv dan Sarima masing-masing membesar dengan baik. Syeriv seorang abang yang penyayang dan sering menjaga adiknya walaupun caranya sedikit berbeza dengan budak yang lain,” kata Syatilla.

Ceritera 4 Beradik Melvin Dari Layar Seni Ke Dunia Bisnes

Siapa yang tidak kenal dengan adik beradik popular ini. Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu tentang perkembangan semasa mereka.

Keakraban adik beradik ini tidak dapat dinafikan dan mereka umpama pasangan kembar, sukar untuk membezakan antara satu sama lain. Lebih teruja apabila sama-sama terlibat dan berkongsi rezeki dalam mengeluarkan produk kecantikan, Kekasih By The Melvins yang baru setahun jagung berada di pasaran.

Mingguan Wanita berpeluang menyelami cerita tentang adik beradik yang cantik ini; Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 30 tahun, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29 tahun, Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26 tahun dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 23 tahun.Boleh dikatakan sepanjang penggambaran yang diadakan di kediaman Syafiqa di Glenmarie, gamat dan meriah dengan kehadiran anak Syatilla dan Syafiqa. Manakala Syida pula sedang menunggu hari untuk bersalin dan Syifa masih lagi solo buat masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *