Gambar Zulin Aziz bersama seorang jejaka misteri ini cetus mengenai status hubungan mereka.Respon dari Zulin Aziz bikin warganet terkedu

artis

Zulin (tengah) memuat naik foto di Instagram beraya bersama rakan termasuk seorang jejaka memakai baju sedondon.Pelakon Zulin Aziz, 31, memuat naik foto di Instagram beraya bersama rakan termasuk seorang jejaka memakai baju sedondon dengannya nyata mencetuskan teka-teki ramai sama ada itu kekasih baharunya.

Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz bagaimanapun, berkata foto itu bukan berniat undang sebarang spekulasi, sebaliknya hanya sekadar perkongsian biasa. “Kawan-kawan sajalah. Itupun ramai sudah cuba cari tahu dan tertanya-tanya. Namun, sekarang saya kena ambil prinsip berjaga-jaga jikalau hendak menayang sudah ada kekasih atau belum.

“Maklum sajalah, selama ini saya kerap dikaitkan dengan kisah percintaan sehingga orang pun berasa jelak mengenainya. Saya memang berkawan sahaja dengan sesiapa sekarang dan takkan pernah sekali menolak jika tersangkut jodoh. “Saya berbuat demikian, disebabkan kita tak tahu di luar sana bukan semua suka lihat kita gembira. Orang mungkin boleh teka dalam hati, tapi biarlah saya simpan sendiri sahaja kalau menyentuh soal kekasih,” katanya.

Pelakon Cekelat Semanis Honey itu turut mengakui pendekatan sebegitu adalah yang terbaik untuknya memandangkan dia kerap menemui jalan buntu dalam hubungan cinta sebelum ini.

“Soal mengenai hubungan cinta saya, terlalu ramai yang ambil perhatian sebelum ini. Sekarang, saya tak mahu lagi nak bercerita sangat, kerana lebih baik fokus kepada aspek kerjaya saya yang lain. “Saya akui pengalaman lalu jadi pengajaran dan jika benar sudah ketemu kekasih, saya tidak mahu terbuka mengenainya. Tunggu sajalah kad jemputan perkahwinan sampai,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan terbarunya pula, Zulin bersyukur usaha untuk menurunkan berat badan selama lebih setahun berbaloi apabila tawaran demi tawaran diterima dalam kerjaya seni. “Selama lebih setahun, saya asyik menolak tawaran kerana mahu turunkan berat badan. Sekarang, tawaran itu sendiri datang tanpa saya jangka dan semestinya memang sangat bersyukur.

“Sewaktu masih berisi, saya akui asyik dapat tawaran watak lakonan yang stereotaip iaitu karakter lucu. Akhirnya, kini saya dapat juga satu watak berat yang tak pernah dilakonkan sebelum ini tidak lama lagi,” katanya. Terdahulu, Zulin pernah dikaitkan ‘bercinta’ dengan beberapa selebriti lelaki iaitu Ariz Forteen, Ahya Rosli serta Ikhlas Jalil. Bahkan, pada 2017 lalu Zulin pernah dedahkan perkahwinannya dibatalkan.

Capai Berat Badan 57KG, Warganet Mula Tegur Zulin Aziz

Pengacara Zulin Aziz meraih perhatian wargamaya apabila telah mencapai berat badan ideal sebanyak 57kg.  Menerusi laman sosial Instagram, Zulin berkongsi satu video meraikan kejayaan itu untuk tatapan umum. “Yeay dah 57kg! Terima kasih banyak-banyak @dmagiadietmealz_hq dan team,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen. 

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, Zulin mengenakan seluar denim dilihat menari-menari meraikan kejayaannya meraih berat badan idaman. Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya adalah penampilan Zulin yang memakai pakaian agak menampakkan bentuk badan bagi tunjukkan bentuk badannya yang semakin ramping. 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen juga, ramai yang menasihati agar Zulin menjaga penampilan sebagai seorang wanita bertudung. “Bila dah kurus, jagalah pemakaian kita sis,” tegur seorang wargamaya. “Wow terbaik, tapi kurus-kurus pun janganlah pakai yang fit sangat tau. Kita suka tengok Zulin pakai yang longgar-longgar,” luah seorang wargamaya.

“Maaf sis tegur, baju tu terlalu pendek. Maaf ya,” komen seorang wargamaya. “Jangan pakai baju menampakkan bentuk badan, risau ramai yang terpikat dengan Zulin Aziz,” tulis seorang wargamaya lagi.  Terdahulu, Zulin yang mengamalkan diet telur sebagai satu usaha untuk mengurangkan berat badan berjaya kehilangan 10kg dalam masa sebulan berbanding berat badan asalnya iaitu 85kg. 

Zulin makin ramping sejak PKP

Ramai tahu, artis serba boleh, Zulin Aziz beriktiar dengan sebaik mugkin dengan masalah berat badan sejak lama dulu. Namun, perkongsian dalam entri terkini di Instagram (IG) seakan membuat peminatnya tidak percaya kerana Zulin tampak langsing. Zulin memberitahu, tubuhnya mula menyusut selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, Mac lalu. “Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.

“Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang,” katanya kepada BH Online. Tidak berahsia, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz mengaku mengamal sejenis minuman yang mana dirinya menjadi testimoni kepada produk berkenaan. “Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram,” katanya. Zulin menepis pernyataan yang mengatakan tubuhnya menyusut kerana ‘makan hati’. “Saya buat semua ini untuk diri sendiri, bukan untuk sesiapa. Semuanya untuk kebaikan diri sendiri,” katanya.

Zulin Aziz kerap kena abai oleh lelaki?

Pelakon, pelawak dan pengacara, Zulin Aziz, 31, mengakui keinginan merasai kebaikan berumah tangga dan melahirkan zuriat tidak pernah padam dalam dirinya. Namun, takdir penentu segala-galanya. Hingga hari ini, wanita serba boleh ini belum bertemu dengan jodoh yang sesuai. Beberapa siri percintaan yang menemui episod sedih membuatkannya lelah untuk memulakan perhubungan cinta baharu.

“Saya tidak tahu mana salah dan silapnya. Seumur hidup, saya kerap ditabur janji manis oleh insan bernama lelaki.“Hingga saya pernah meluahkan perasaan pada mama, enggan lagi memikirkan soal jodoh dan hanya mahu fokus pada kerja. “Apabila hati sudah mula menyayangi, lelaki yang dicintai hilang tanpa khabar berita. Situasi ini kerap berulang setiap kali saya menjalin hubungan cinta.

“Tetapi, apabila saya sudah ‘move on’ dan mula melupakan, mereka hadir semula menyatakan perasaan sayang dan rindu. Bagaimanapun, sudah terlambat,” katanya kepada BH Online. Zulin berkata, dia tergris apabila ada pernyataan mengatakannya terlalu ingin berumah tangga. “Saya malu dan sedih apabila warganet berkata macam macam kat saya dengan pernyataan yang tidak benar.

“Kenapa setiap kali terpacul kisah jodoh, saya dikatakan terlalu ingin mendirikan rumahtangga? Sedangkan, ramai yang melakukan perkara yang sama tetapi tidak pula dikritik,” katanya. Zulin berkongsi, dia kerap didatangi wanita lanjut usia yang mengusap wajahnya dengan penuh rasa kasihan ketika mengerjakan umrah pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, masalah komunikasi menyebabkannya tidak mampu bertanya. Saya didatangi rasa kebimbangan dan tanda tanya diri adakah wanita tua nampak sesuatu yang tidak baik pada diri saya? “Saya takut dan menangis. Sebelum ini, ada yang pernah menegur termasuk golongan alim yang mengatakan saya sakit. “Saya tiada sebarang masalah, sebaliknya berasakan saya sihat walafiat. Jika benar ada yang berniat tidak baik terhadap saya, kenapa rezeki saya tidak pernah putus? Malah, saya tidak pernah sakit,” katanya.

Katanya, biarpun sukar mempercayai, tetapi dia ikhtiar berubat. “Ke sana sini saya mencuba tetapi masih sama. Insya-Allah, saya akan mengerjakan pada umrah bulan ini, jadi mahu mengambil kesempatan berdoa sepuas-puasnya. Andai benar ada sesuatu pada diri yang tidak diketahui, saya pinta agar Allah SWT menyembuhkan sakit saya,” katanya yang tidak mahu buang masa menjalinkan cinta. Andai ditemukan lelaki yang serasi, Zulin dedahkan dia tidak mahu membuang masa bercinta lama-lama, sebaliknya mahu terus mendirikan rumah tangga kerana usianya bukan muda lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *