Fatin Afeefa kejutkan orang ramai dengan persepsi barunya tentang lelaki.Dia sanggup buat pengakuan yang tak terjangka kepada orang ramai

artis

Meskipun pernah berdepan dengan perkahwinan yang tidak berjaya sebelum ini, pelakon Fatin Afeefa mengatakan dia sebenarnya tidak berminat untuk mendirikan rumah tangga buat ketika ini kerana baginya, perkahwinan itu memerlukan sebuah tanggungjawab yang besar.

Meskipun memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata, namun pelakon yang mula terkenal sejak membintangi filem Tentang Bulan ini gembira dengan kehidupannya kini kerana dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak dan juga kerjaya.

“Buat masa ni, saya tak berminat nak kahwin. Saya gembira dengan kehidupan hari ini kerana dapat fokus kepada kerja dan keluarga. Kalau kahwin semula, saya kena fikir semula soal keperluan suami, makan minum dan kelengkapan. Jadi buat masa ini saya gembira hidup sendiri,” Mengakui ramai peminat menyuruh dirinya untuk berkahwin semula, namun bagi Fatin, dia tidak akan mendirikan rumah tangga hanya untuk memuaskan hati orang lain. Dia yang kini bahagia bersama kehadiran dua cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia sempat berseloroh tidak mahu menambah masalah di kemudian hari jika dikurniakan zuriat kelak apabila sudah berkahwin.

 Namun, Fatin berkata dia mungkin akan memikirkan semula soal perkahwinan apabila usianya melangkah ke 35 tahun nanti. Menurutnya lagi, dia tidak memerlukan lelaki kerana tanpa insan bergelar suami dia masih boleh hidup mewah. “Prinsip hidup, tak perlu fikir apa orang nak kata. Saya tak perlukan lelaki dalam hidup saya kerana saya masih mampu menikmati kemewahan dengan cara tersendiri. Saya hidup mewah kerana saya bekerja, saya punya beberapa kontrak jangka panjang jadi apa alasan tidak mampu pakai apa yang ingin dipakai? Saya mampu dan saya tak perlu lelaki untuk tanggung saya,”

Mengimbas kembali, Fatin Afeefa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan pelakon Jvvana, Adam Shahz pada tahun 2013 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah empat tahun yang lalu.

‘Tak perlu lelaki sara hidup saya’ – Fatin Afeefa

Sungguhpun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata yang masih kecil tanggungjawab berat yang harus dipikul, namun Fatin gembira dengan kehidupan solo kerana dapat memberi sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan anak.

“Buat masa ini, saya tak berminat mahu mendirikan rumah tangga. Saya gembira dengan kehidupan hari ini kerana dapat fokus kepada kerja dan keluarga. Sekiranya berkahwin semula, saya kena fikir soal keperluan suami, makan minum dan kelengkapan. Jadi, buat masa ini, saya gembira hidup sendiri.

“Ramai peminat menyuruh saya berkahwin, tetapi saya tak akan berkahwin untuk memuaskan hati orang. Jika bahagia tidak mengapa. Kalau tidak bahagia, saya juga yang tanggung nanti. Jadi, tak perlulah saya mengikut kehendak sesiapa,” katanya yang ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta produk selipar, Havaianas.

Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin berkata, kehidupannya kini sudah lengkap dengan kehadiran sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia. Justeru, katanya, dia enggan menambahkan masalah yang dihadapi sekiranya dikurniakan zuriat lagi. Bagaimanapun, ia mungkin hanya akan difikirkan semula apabila usia mencecah usia 35 tahun.

Jelas Fatin, dia tidak akan berkahwin semata-mata untuk menepis gosip yang dikaitkan dengannya. “Prinsip hidup, tak perlu fikir apa orang nak cakap. Saya tak tidak perlukan lelaki dalam hidup. Walau tanpa kehadiran lelaki sekali pun, saya masih mampu menikmati kemewahan dengan cara tersendiri.

“Jangan dekati saya kerana tak suka orang mendekati. Jika ada yang mengatakan saya ‘high maintenance’, saya tidak suruh pun orang jaga saya. “Saya hidup mewah sebab saya bekerja. Saya mempunyai beberapa kontrak jangka masa panjang, jadi apa alasan tidak mampu pakai apa yang ingin dipakai? Saya mampu dan saya tak perlukan lelaki tanggung saya,” katanya.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Cindai itu berkata, dia sentiasa berjimat cermat untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan. “Sebelum membeli sesuatu, saya ukur baju di badan sendiri. Jika mampu, saya beli tetapi, tidaklah semua benda mampu dimiliki. Katakan saya mahu beg tangan, saya akan kumpul duit menerusi dua tiga projek kerja yang dibuat. Ada duit lebih, saya akan simpan.”Jika ada pihak yang sangsi dengan kemewahan yang dimiliki, saya boleh mengemukakan resit pembelian,” katanya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Jvvana, Adam Shahz pada 2013, sebelum berpisah kira-kira empat tahun lalu.

Kereta Mercedes, Audi, Beg Tangan… Disuruh Pisah Dengan Suami, Isteri Kekasih Fatin Afeefa Buka Cerita!

Isteri kepada kekasih pelakon Fatin Afeefa dedahkan sudah hampir tiga tahun pasangan ini menjalinkan hubungan bersama. Ujar isteri lelaki tersebut, Fatin dikatakan pernah menghubunginya sendiri menangis teresak-esak berjanji untuk tidak lagi membuat sesuatu yang tidak baik ke atas rumah tangganya tetapi itu hanya kata kata kosong semata-mata.

“Fatin bercinta bersama suami saya atas dasar nak hidup mewah selama tiga tahun ini. Awal-awal dulu suami saya ada beli sebuah kereta Mercedes tapi saya tarik balik sebab beli atas nama syarikat. “Tapi selepas setahun, Fatin ada beli kereta Audi yang didaftarkan atas nama dia sendiri. Tapi saya percaya suami saya yang bayar untuk down payment.

“Saya pernah jumpa bank statement dan resit-resit pembelian barang mewah seperti cincin dan beg tangan. Saya percaya barang-barang tersebut dibeli untuk Fatin. “Sewa rumah pun mesti suami saya tolong bayarkan juga. Tu yang Fatin bersungguh-sungguh nak saya berpisah dengan suami. “Dia pernah hubungi saya tahun lepas kononnya dia tak akan jumpa suami saya lagi tapi itu semua drama. 

“Saya percaya dia berpindah ke Kuala Lumpur setelah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghubunginya berhubung laporan yang saya buat. “Kalau suami saya tak datang, dia akan melakukan sesuatu yang tidak diigini. Selalunya dia akan cakap nak bhayakan nyawa sendiri, dia lakukan sesuatu terhadap tanganya macam dulu. Takpun dia tawar diri untuk buat apa saja,” ujarnya kepada Gempak.

Ujar isteri kepada lelaki tersebut lagi, pelakon drama Red Velvet itu ada membuat satu akaun palsu untuk menyuruhnya berpisah dengan suami. “Fatin ada buat satu akaun palsu lepastu direct message (DM) saya untuk tinggalkan suami saya. Dia kata suami saya jelas sukakan dia, kalau tak hubungan mereka tak kekal sampai tiga tahun. “Dalam mesej tu juga Fatin kata saya tak perlu melakukan sesuatu tindakan di luar jangkaan sebab dah tahu suami seorang yang tidak baik lebih baik ambil langkah awal untuk berpisah. Tak perlu untuk bersama lagi.

“Dia pandai nasihat saya tapi diri sendiri tak ada kesedaran diri. Kalau betul suami saya sukakan dia, dah lama suami saya buat sesuatu di luar jangkaan seperi mengubah ke agama lain dan kahwin dengan dia,”ujarnya lagi. Dalam pada itu, tegas isteri kepada lelaki tersebut, sebab utama dia masih mempertahankan mahligai yang dibina adalah kerana anak-anak. “Saya ada tiga orang anak yg masih kecil lagi. Sejujurnya saya cukup kecewa dan terkilan dengan tindakan suami saya itu.

“Saya pernah lari dari rumah malah pernah juga ambil pernyataan mahkamah ke atas suami, laporan polis juga ada. “Saya pernah balik kampung dan anak-anak tinggalkan dengan suami sebab mereka masih bersekolah. Selepas dua minggu keadaan mereka dah tak terurus. 

“Kalau saya bawa mereka sekali lepastu suami tak bagi nafkah macam mana persekolahan dan nasib anak-anak saya? “Memang saya sentiasa terfikir untuk keluar bekerja dan hidup bersama anak-anak sahaja namun saya takda keluarga sendiri di Kuala Lumpur.  “Kalau ada senang juga, boleh tumpangkan anak-anak kat rumah keluarga sementara keluar bekerja. 

“Kalau saya pentingkan diri macam mereka, saya tak perlu fikir anak-anak. Saya boleh saja keluar rumah dan tinggalkan anak anak. “Tapi saya tak sampai hati nak buat macam tu sebab saya tau anak-anak akan menjadi insan yang tidak bersalah. Takkan saya nak tinggalkan mereka hidup tak tentu hala kan? 

“Berpisah bukan satu proses yang cepat, ianya rumit dan mengambil masa serta melibatkan wang yang banyak,” kata ibu kepada tiga orang anak itu. Tahun lalu, nama Fatin Afeefa pernah dikaitkan dengan kontroversi selepas terdapat warganet yang menemui fotonya tular bersama lelaki itu.Fatin merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak. Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 dan berpisah pada 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *