Diri rasa tak keruan. Shaarnaz dedahkan apa yang terjadi antara dia dan kakak kepada Neelofa. Mengejutkan ini keputusan akhir mereka

artis Hiburan

Hal anak menjadi keutamaan Sharnaaz dan reda dengan apa jua keputusan mahkamah mengenai rumah tangganya. PELAKON Sharnaaz Ahmad sanggup mengetepikan k0nflik yang wujud antara dia dengan isteri Noor Nabila Mohd Noor demi anak kesayangan mereka, Jebat Jayden. Menurut Sharnaaz, 35, dia kini bahagia menjalani kehidupan seharian selepas tiada lagi halangan untuk dia bertemu dengan anak lelakinya itu. Bagaimanapun dia meny3rahkan kepada mahkamah untuk menentukan status rumah tangga mereka. “Kami belum berpisah tapi keputusan nak keluar tak lama lagi… apa yang saya nak beritahu sekarang ini hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak. “Apa jua keputusan tentang rumah tangga, saya serahkan pada mahkamah… sejak kes ini difailkan di mahkamah saya dah reda dan bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku.

“Selama ini saya f1ght untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan… itu dah cukup memadai. Bagi saya hal anak ini keutamaan dan perkahwinan jatuh nombor dua,” katanya kepada mStar. Jebat adalah keutamaan Sharnaaz. Sharnaaz ditemui semasa pembukaan cawangan ketiga Bubblebee Malaysia di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis. Sementara itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini meluahkan rasa syukur apabila dia dibenarkan bertemu anaknya itu pada bila-bila masa dan mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana memahami nalurinya sebagai seorang bapa.

Apabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul

“Sejujurnya saya bersyukur Nabila menjadi ibu kepada Jebat dan saya juga bersyukur kerana dapat jumpa Jebat bila-bila masa tanpa halangan. “Itu dah cukup buatkan saya seronok… saya tak mahu Jebat rasa keh1langan kasih seorang bapa, saya akan beri apa yang termampu untuk anak kami itu. “Demi Allah! Apa saya buat ini semua hanya untuk anak… sekarang saya dah dapat apa lagi saya nak? Isteri boleh ganti tapi anak tidak sama sekali,” ujarnya. Sharnaaz dan Nabila sepakat besarkan anak bersama. Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu dia meluangkan masa sebanyak tiga kali sehari bertemu anaknya itu di kediaman Nabila. “Saya tak pernah miss jumpa sebanyak tiga kali sehari… pagi, tengahari dan petang! Itulah aktiviti seharian, dah jadi biasa. Kalau ada shooting, kami akan buat video call.

“Apabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul,” katanya. Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun. Pada 11 September tahun lalu, Noor Nabila memfailkan perpisahan terhadap Sharnaaz di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas desas-desus mengenai rumah tangga mereka hangat diperkatakan media. Bagaimanapun, Sharnaaz menolak permohonan perpisahan yang difailkan Noor Nabila dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perpisahan itu. Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyvz terhadap isterinya itu pada 30 September tahun lalu. Pada Januari lalu, Sharnaaz m3nyangkal dkwaan warganet mengatakan dia sengaja melengah-lengahkan proses perpisahan dan enggan melepaskan Nabila. Dia turut mengakui ada usaha untuk berbaik dengan isterinya semula.-mstar

“Ramai yang cakap saya tak beri keizinan untuk Sharnaaz jumpa anak” – Noor Nabila mahu Jebat dapat kasih sayang bapa

Nabila mahu bersama-sama Sharnaaz membesarkan Jebat Jayden. ISTERI pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila tidak pernah berhsrat mengh4lang ataupun meny3kat suaminya bertemu anak mereka, Jebat Jayden yang kini berusia setahun. Malah, kata Nabila, dia juga berharap untuk terus membesarkan anak mereka bersama-sama meskipun dia dan Sharnaaz tidak lagi menjadi suami-isteri. “Saya tak pernah halang atau s3kat dia untuk berjumpa dengan anak kami. “Walaupun banyak yang memftnh cakap saya tak bagi jumpa anak… malah saya tak pernah ada niat untuk p1sahkan mereka. Nabila berharap untuk bersama-sama Sharnaaz membesarkan anak mereka, Jebat. “Insyallah saya akan teruskan niat saya untuk sama-sama membesarkan anak kami,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Nabila menjelaskan setiap keputusan dilakukannya adalah untuk memastikan kanak-kanak itu mendapatkan yang terbaik. Bagaimanapun, kata Nabila dia menyedari setiap perlakuan mahupun keputusan yang dibuat berkaitan Jebat sentiasa mengambil kira dan menghormati Sharnaaz sebagai bapa kepada anaknya. “Sebelum ini saya tak pernah nak bagi komen mengenai perkara ini sebab kalau nak explain pun takkan habis sebab benda yang terjadi bukan dalam masa satu bulan… ia dah berlarutan sehingga beberapa tahun. “Cuma sebagai emak, memang saya perlu beri lebih perhatian pada anak dari segi keperluan dan penjagaan Jebat. “Itu memang menjadi keutamaan saya tapi ia tidak bermakna saya perlu mengetepikan Sharnaaz dalam hal itu,” katanya. Noor Nabila sebelum ini pernah memfailkan permohonan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Permohonan interim hadanah itu difailkan pada 13 September lalu adalah untuk menentukan hak lawatan Sharnaaz Ahmad, 35, terhadap anak mereka.-mstar

Sharnaaz tiada usaha selamatkan perkahwinan setahun tinggal berasingan, Noor Nabila sudah tawar hati

Sharnaaz dan Noor Nabila dikurniakan seorang cahaya mata Jebat Jayden yang kini berusia setahun. ISTERI pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila mendedahkan tiada sebarang usaha untuk berdamai dilakukan suaminya itu sepanjang setahun mereka tinggal berasingan. Atas sebab itu juga kata kakak kepada pengacara Neelofa ini, dia sudah tawar hati serta membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan perkahwinan mereka. “Perkara ini akan menjadi mudah kalau Sharnaaz melafazkan perpisahan tapi dengan proses begini memang ia akan bermasalah. “Sharnaaz pun tiada usaha untuk berdamai dan saya pun memang tak mahu perkahwinan ini diteruskan, jadi saya kira kedua-dua belah pihak sepatutnya faham yang masing-masing ada kehidupan sendiri dan kena move forward.

“Dia pun dah jalankan kehidupan dia setahun tanpa isteri dan begitu juga dengan saya. Tapi kita ada anak, jadi tak perlulah kita panjangkan. Lebih baik kita move on dan berbaik-baik untuk besarkan anak kita tanpa rasa dendam atau marah. Noor Nabila diwakili peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar. “Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan ini dan apa usaha yang dah dibuat untuk itu? Selama setahun saya tak dapat apa-apa (usaha) dan saya memang tidak mahu teruskan sebab saya dah tawar hati,” ujarnya kepada mStar. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun. Dalam pada itu, Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 27 Februari depan untuk pelantikan hakam baru bagi kes pasangan itu.

Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan ini dan apa usaha yang dah dibuat untuk itu?

Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail membuat keputusan untuk menggvgvrkan hakam sedia ada selepas kedua-dua hakam yang dilantik itu gag4l mencapai kesepakatan dalam prosiding yang dibuat secara tertutup selama 15 minit pada Khamis. Pengguguran itu dibuat mengikut Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 selepas mendapati laporan prosiding itu terdapat elemen syiqaq (perkelahian) yang tidak bersetuju tentang perpisahan. Pasangan ini berkahwin pada 31 Mac 2017. Perbicaraan kes nusyuz difailkan Sharnaaz terhadap Nabila juga akan disebut pada tarikh sama. Pada 4 Disember tahun lalu, Ahmad Muttaqi memerintahkan pelantikan hakam selepas kedua-dua pihak g4gal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) sebelum ini. Hakam adalah proses yang diperuntukkan mengikut Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Menerusi proses itu, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua belah pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan. Dalam prosiding itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Sharnaaz manakala peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Noor Nabila.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *