Menerima pesanan pelik dan lain daripada yang lain. Alha Alfa luah rasa takut dan buntu akan hal yang satu ini

artis Hiburan

SEJAK memegang status duda, jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa mendedahkan dia sering menerima mesej daripada individu tidak dikenali di laman s0sial yang berl4gak seolah-olah kekasihnya. Alha bagaimanapun berkata, dia tidak melayan mesej tersebut kerana bimbang dengan tujuan individu berkenaan cuba mendekatinya.

“Saya selalu dapat mesej bukan-bukan dan pelik-pelik. Menakutkan, jmpi-jmpi ayat macam mnt3ra la apa la! “Kenapa ya sampai macam ni mentaliti orang-orang kita ni, saya harap bolehlah berhenti cakap bukan-bukan. “Mengarvt yang bukan-bukan boleh datangkan ftnah benda ini. Astagfirullahaladzim, bawa-bawa mengucap!,” tulisnya di Instastory.

Alha kongsi mesej perbualan diterima di Instastory. Pengasas produk kecantikan ini turut memuat naik mesej perbualan yang dikirim oleh individu tidak dikenali menerusi laman s0sial miliknya. “Saya ada buat awak marah ke? Saya suka awak saya sayang awak. Jangan tinggal kan saya, saya buat salah apa?” antara mesej yang diterima jurusolek itu. Pada April lalu, Alha mendedahkan selepas sebulan berpisah, dia menerima lamaran daripada ibu bapa yang ingin menjadikannya menantu tanpa perlu mengeluarkan belanja hantaran yang tinggi.

Antara mesej perbualan yang diterima oleh Alha di media sosial. “Ada yang menyatakan hasrat ingin saya menjadi suami mereka dan sanggup susah senang bersama… lebih mencuit hati apabila ada makcik dan pakcik yang tawarkan saya berkahwin dengan anak mereka tanpa wang hantaran dan tidak perlu diadakan sebarang majlis.

“Sejujurnya, untuk cari pengganti belum terfikir lagi buat masa ini… kalau sekadar kenal-kenal untuk berkawan itu bolehlah! Bukan mudah untuk cari teman hidup, bekas isteri dulu pun lima tahun kami berkawan sebelum berkahwin,” katanya.

Pada 22 Mac lalu, dunia hiburan kec0h apabila Alha mendedahkan mahligai perkahwinan yang dibina bersama isteri, Noor Azlin Ismail hanya bertahan selama enam bulan. Alha memberitahu perbezaan usia dan faktor kerjaya menjadi punca ker3takan rumah tangga mereka.-mstar

Sebulan bergelar duda, Alha Alfa dedah ramai wanita cuba nasib – “Ada makcik yang mahu jadikan menantu”

SETELAH hampir sebulan memegang status duda, jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mendedahkan dia menerima pelbagai mesej daripada individu tidak dikenali yang menyatakan hasrat menjadikannya sebagai suami. Cerita Alha, ada juga ibu bapa yang ingin menjadikannya menantu tanpa perlu mengeluarkan belanja hantaran yang tinggi.

“Selepas saya umumkan sudah berpisah dengan isteri, saya bukan sahaja dihujani mesej kcmn warganet, malah sampai sekarang saya turut menerima mesej lamaran daripada individu tidak dikenali.” Ada yang menyatakan hasrat ingin saya menjadi suami mereka dan sanggup susah senang bersama… lebih mencuit hati apabila ada makcik dan pakcik yang tawarkan saya berkahwin dengan anak mereka tanpa wang hantaran dan tidak perlu diadakan sebarang majlis.

“Sejujurnya, untuk cari pengganti belum terfikir lagi buat masa ini… kalau sekadar kenal-kenal untuk berkawan itu bolehlah! Bukan mudah untuk cari teman hidup, bekas isteri dulu pun lima tahun kami berkawan sebelum berkahwin,” katanya kepada mStar. Alha berkahwin dengan Noor Azlin pada 28 September tahun lalu dan berpisah pada awal Mac lalu.

Pada 22 Mac lalu, industri hiburan kec0h apabila Alha mendedahkan mahligai perkahwinan yang dibina bersama isteri, Noor Azlin Ismail hanya bertahan selama enam bulan. Alha memberitahu perbezaan usia dan faktor kerjaya menjadi punca ker3takan rumah tangga mereka. Berita mengejutkan itu menjadi perbualan h4ngat masyarakat dan Instagram miliknya dibanjiri dengan pelbagai komen warganet.

Tr4g3di majlis kahwin Alha Alfa, kek RM5,000 tumb4ng dengan tiba-tiba – “Kalau kena tetamu jenuh ada muka yang berjah1t”

Pengantin yang sedang bergambar bersama tetamu terkejut apabila kek mewah di majlis perkahwinannya tumb4ng dengan tiba-tiba. MAJLIS perkahwinan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang sepatutnya berlangsung dalam suasana penuh glamor bertukar kec0h apabila kek hiasan setinggi lebih dua meter yang diletakkan berdekatan pentas utama tumb4ng dengan tiba-tiba.

Cerita Alha atau nama sebenar Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 31, semasa kejadian dia sedang bergambar dengan sekumpulan tetamu dan terkejut apabila kek yang dibina daripada material k4ca itu jatuh ke lantai. “Kek itu direka dengan binaan k4ca dan sepatutnya ia diletakkan di pentas berputar di hadapan pelamin. Tapi disebabkan terlalu berat, mereka (pengurus majlis) ubah lokasi dan letak di sudut yang sesuai supaya senang orang nak bergambar.

“Entah macam mana, semasa kami bergambar tiba-tiba kek jatuh. Mungkin tapak penyokong pada kek itu dah tak mampu nak tampung berat atau ada tetamu yang tersentuh kek itu sampai ianya hilang stabil. Alha berkongsi rakaman pendek kejadian kek r0boh di Instagram miliknya. “Bagaimanapun, mujurlah kek itu jatuh di belakang kami dan tak ada tetamu di kawasan itu, kalau tak mungkin akan ada yang tercedera,” katanya kepada mStar. Pada Ahad, usahawan kosmetik ini mengadakan majlis resepsi keduanya bertempat di Dewan MinDef, Kuala Lumpur.

Benda pun tak disengajakan, tak perlu sampai nak ganti, saya anggap dah tak ada rezeki nak rasa kek itu. Bagi saya kes itu bukan masalah besar

Alha bernikah dengan gadis pilihannya, Noor Azlin Ismail, 23, di Taiping, Perak pada 28 September lalu. Sementara itu, Alha berkata pihak pengurusan majlis yang menyediakan kek tersebut telah menghubungi untuk membuat permohonan maaf.

Alha dan isteri, Noor Azlin. Dia juga menerima apa berlaku dengan apa hati terbuka dan enggan meny4lahkan mana-mana pihak. “Tak apalah mungkin rezeki setakat itu sahaja, saya tak marah pun… mereka pun dah beratus kali minta maaf! Abang Nas iaitu pemilik Nas Great Idea & Weddings ada hubungi saya selepas kejadian.

“Benda pun tak disengajakan, tak perlu sampai nak ganti, saya anggap dah tak ada rezeki nak rasa kek itu. Bagi saya kes itu bukan masalah besar! “Tapi kenangan yang terjadi itu akan tersimpan menjadi memori selamanya. Apa-apa pun saya mohon maaf yang tak dapat merasa kek tu. Terima kasih pada semua yang hadir semalam. Saya dan isteri amat menghargai,” ujarnya.-mstar

Selepas saya buat pengumuman itu, saya kena tervk dengan warganet, saya akui menangis sendirian dalam bilik!

Selepas tular kisah penpisahannya itu, Alha berkata dia mengurvngkan diri dan mengambil keputusan untuk tidak membaca komen yang ditinggalkan warganet di laman sosial. “Selepas saya buat pengumuman itu, saya dikcm teruk oleh warganet, saya akui menangis sendirian dalam bilik… mujurlah ada kakak yang datang menemani!

“Bagaimanapun, masih ada kawan-kawan termasuklah rakan artis yang beri semangat dan minta saya kuatkan diri berdepan ujian ini sampaikan saya tak sangka orang yang saya tak pernah kenal pun beri sokongan. Alha tidak ser1k untuk bercinta dan berkahwin lagi.

“Sekarang ini keadaan semakin baik dan saya dah boleh melalui kehidupan dengan lebih tenang. Saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan Allah lebih tahu disebalik apa yang terjadi,” ujarnya. Bercakap mengenai aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Alha berkata dia menghabiskan masa di rumah dan merangka perancangan perniagaan akan datang.

“Saya ni memang jenis tak boleh duduk diam, jadi mulalah memasak sikit-sikit, buat biskut dan perkuatkan lagi perniagaan produk kecantikan secara dalam talian. “Ikutkan bulan ini memang job mekap penuh tapi semuanya terpaksa ditangguh… jadi apabila PKP ini berakhir, jadual saya memang dah penuh dengan majlis perkahwinan mereka yang ditunda itu. “Alhamdulillah, walaupun outlet ditutup, namun permintaan produk sepanjang tempoh ini memberansangkan dan masih baik… terima kasih atas sokongan semua pelanggan,” katanya-mstar

Alha Alfa sah berpisah selepas enam bulan berkahwin – “Saya lepaskan dia… tak nak dia kemurvngan dan stres”

HANYA mampu bertahan selama enam bulan, perkahwinan jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa bersama Datin Noor Azlin Ismail sudah berakhir.  Menurut Alha atau nama sebenar Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 31, mereka sepakat untuk berpisah secara baik setelah tiada lagi persefahaman.

“Setelah saya cuba sembunyikan perkara ini, harini ada hamba Allah yang menulis dan menyebarkan berita ini, mungkin juga ini salah satu jalan Allah ingin membuka ruang dan jalan untuk kami masing-masing. “Sebolehnya saya ingin berdiam diri dan tak nak besarkan hal ini supaya aib kedua-duanya terjaga, tapi mungkin ini ujian berat dalam hidup saya.

“Saya sudah meminta izin bekas isteri untuk menulis mengenai ini dan habiskan secara damai… harap tiada pihak mengeruhkan lagi. Terima kasih kepada bekas isteri kerana membahagiakan saya selama setengah tahun bersama,” katanya menerusi laman Instagram.

Alha berkongsi status rumah tangganya di Instagram pada Ahad. Sebelum itu, sebelum portal berita melaporkan dkwaan kononnya rumah tangga Alha dan isteri telah berakhir. Sementara itu, Alha juga memberitahu perbezaan jarak usia dan kerjaya menjadi punca dia dan Azlin memilih untuk berpisah.

Tak apalah isteriku, semoga dia jumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya, maafkan saya kerana g4gal mengemudi bahtera ini ke syurga!

“Mungkin sebab dia terlalu muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya terhad dan buatkan dia tak boleh terima kerjaya saya dan menjadi perselisihan faham. “Mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan saya, kehidupan saya, pangkat saya tetapi bila hidup bersama akan sentiasa rasa cembvru dan tidak puas hati.

“Kehidupan kami normal macam biasa dan saya pun dah nak jadi ayah tapi kegugvran mungkin belum rezeki… tetapi apa yang saya pertahankan ini tak panjang, saya tak nak dia kemvrungan, stres berpanjangan, vgut nak c3derakan diri dan lain-lain, gambar saya lvka tu saya berge3ut menghalang dia menced3rakan diri,” ujarnya.

Majlis resepsi mereka pernah tular apabila kek mewah perkahwinan mereka runtvh dan terbalik. Setelah memikirkan segala kemungkinan, Alha berkata perpisahan adalah jalan terbaik dan mendoakan supaya Azlin bertemu dengan pengganti yang lebih baik. “Saya lepaskan dia sebaiknya, saya tak boleh berhenti bekerja dalam bidang saya, ini mata pencarian saya, syarikat, staf saya… kalau saya k4lah, semuanya habis.

“Tak apalah isteriku, semoga dia jumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya, maafkan saya kerana g4gal mengemudi bahtera ini ke syurga. “Saya kena terus kuat menempuh ujian Allah ini, biarlah apa yang berlaku sekalipun, saya dah cuba kurangkan kerja saya dan niat nak bulan madu ke Makkah tapi tak kesampaian kerana Covid-19,” katanya. Alha dan Noor Azlin Ismail, 23, berkahwin di Taiping, Perak pada 28 September tahun lalu.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *