Khuatir akan anak. Stacy dedahkan punca dia tidak benarkan anaknya bermain selain dari penyakit yang anak dia alami.

artis Hiburan

“Memang kesian tapi terpaksa demi keselamatan mereka” Stacy masih belum berani bawa anak-anak keluar rumah. MESKIPUN kerajaan sudah memberi kebenaran untuk membawa anak-anak kecil melakukan aktiviti luar namun penyanyi Stacy Anam enggan mengambil risiko memandangkan mereka berpontensi tinggi dijangkiti Covid-19. Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, 30, dia hanya membenarkan dua orang anaknya iaitu Bella De Luna Valentina, 8 dan Eshaal yang kini berusia tiga tahun bermain di rumah sahaja. “Kalau ikutkan memang kerajaan sudah membenarkan ibu bapa bawa anak keluar rumah tapi saya tak berani lagi nak bawa anak-anak lakukan aktiviti luar.

Stacy dan Akim enggan ambil risiko bawa anak keluar rumah. “Sebab mereka dalam golongan yang berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19. Jadi, saya tidak mahu mengambil risiko itu. Memang kesian melihat mereka tak dapat keluar rumah. “Tapi demi keselamatan, saya terpaksa juga biarkan mereka bermain di dalam rumah sahaja. Saya jadikan rumah tempat permainan mereka supaya tak ada rasa bosan,” kata Stacy kepada mStar. Penyanyi lagu Aku Kau Dan Muzik itu ditemui ketika sesi rakaman sebuah program realiti di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini. Stacy mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Eshaal dan seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina yang dijaga sejak kecil lagi. Lama tidak beraksi di pentas membuatkan Stacy berasa kekok.

Dalam pada itu, Stacy mengakui dia berasa kekok untuk membuat persembahan menyanyi dan menari selepas lama berehat disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Alhamdulillah… barulah saya rasa diri adalah Stacy sebab sebelum ini saya rasa macam mak orang duduk di rumah saja. Bukan bermula dari PKP tapi sejak awal tahun lagi saya jarang membuat persembahan. “Walaupun masa duduk rumah itu, ada juga aktiviti seperti buat lagu dan berniaga tapi dalam masa yang sama saya dah lama sangat tak membuat persembahan pentas. “Dah lama tak dapat nak menyanyi dan menari, jadi rutin itu dah hilang. Dari segi nak dapatkan langkah semula rasa janggal sikit,” ujarnya.-mstar

“Daddy Picit Manja Sedikit…”- Hidung Anak Stacy Mudah keluar cecair merah

Penyanyi Stacy Anam mendedahkan hidung anaknya, Eshaal mudah mengeluarkan cecair merah apabila disentuh. Menurut Stacy anaknya mempunyai hidung yang sensitif termasuk jika dia keluar bemain di waktu panas. “Kasihan Eshaal hiduangnya mudah kelaurkan cecair merah. Daddy picit manja sikit hidungnya, esok keluar lagi cecair itu sens1tif betul.

“Siap ambil gambar sendiri mahu tengok muka dia bila hidung keluar cecair merah. “Main panas pun begitu juga.  Macam mana mahu ikut sukan ni Eshaal?” katanya. Stacy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram yang diwujudkan khas untuk anak-anaknya iaitu @beyshal Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata simpati dengan nasib anaknya. Malah tidak kurang juga berkongsi pengalaman yang sama dari anak mereka. Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah. Pasangan ini turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lapan tahun.

Sumber:Gempak

Akim, Stacy cipta magis sebagai pasangan duet dan komposer


BIARPUN berbeza aliran dan fahaman muzik, penyanyi Akim Ahmad dan Stacy Anam ternyata tampil serasi sebagai pasangan duet, sekali gus mencipta magis tersendiri. Tidak hairanlah single duet terbaharu mereka, Aku Kau dan Muzik yang dilancarkan pada 14 Februari lalu, mendapat sambutan luar biasa daripada peminat muzik. Lagu hasil ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik iaitu pasangan suami isteri itu sendiri bersama Freddy secara keseluruhan menceritakan kisah mereka berdua yang berjuang dalam aliran sama dan kemudian mendirikan rumah tangga atas nama cinta.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, 30, berkata, lagu itu dianggap istimewa kerana dihasilkan dari dalam hati selain melalui proses yang sangat teliti. “Lagu ini sudah lama disiapkan iaitu sejak Ogos tahun lalu. Tapi, disebabkan kami terbabit dalam program Mentor 2019, projek ini tertangguh. Awal tahun ini, baru kami ada kelapangan untuk memulakan proses rakaman. “Melodi siap dulu dan baru saya tulis lirik. Selepas itu, dapat judul dan kami sepakat memilih Aku Kau dan Muzik. Tidak dijangka pula, melodi dan lirik kena dengan kami yang mana bertemu dalam bidang ini. “Lagu ini dihasilkan ikhlas dari dalam diri kami yang mana ekspresi kami sebagai suami isteri. Disebabkan itu, kami cukup teliti dari semua sudut termasuk melodi dan muzik,” katanya.

Menariknya, lagu tersebut merupakan karya sulung dan terbitan sepenuhnya oleh syarikat mereka sendiri iaitu Rhythm & Rhyme Entertainment. Sementara itu, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 29, mengakui, dia dan Stacy tidak menjangka penghasilan lagu itu lebih mendalam sekali gus memberikan warna baharu dalam muzik mereka. “Apabila lagu ini siap sepenuhnya, saya menganggap ia magis. Memang tidak menjangka sama sekali hasilnya boleh pergi sedalam ini. “Mungkin ini berkat kerjasama kami dan Freddy yang bersama-sama monitor proses penghasilan lagu ini dari awal sampai habis. Apa yang diinginkan dalam lagu dapat dipersembahkan.

“Gabungan saya dan Stacy dalam bidang bidang penulisan lagu ini adalah saling melengkapi. Saya akan bertanya dan meminta pandangan daripadanya. Apa yang dirasakan kurang, dia akan tambah,” katanya. Akim mengakui semakin selesa bekerjasama dengan isterinya sebagai pasangan komposer. “Kami selesa bekerjasama. Apatah lagi, sekarang banyak luangkan masa bersama. Proses nak buat lagu bukan mudah. Perlukan masa untuk mendapatkan idea. “Jadi, ada ketika kami akan bercuti dan berkaraoke bersama untuk mencari inspirasi. Apabila masing-masing dapat idea, kami akan gabungkan,” katanya. Single Aku Kau dan Muzik kini boleh didengar dan dilanggan di semua platform digital muzik. Manakala lirik video rasmi lagu itu boleh ditonton di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.

Sumber: Sinar Harian

Tak perlu beg mahal, cukup dengan hati emas’ – Stacy

“KALAU dapat hadiah, saya terima. Kalau tak ada sekali pun, saya okay sahaja. Saya bukan jenis meminta-minta malah jauh sekali nak menyusahkan suami,” kata penyanyi popular Stacy mengenai luahan hati suaminya yang juga penyanyi Akim Ahmad kerana tidak dapat memberikan hadiah sempena hari jadinya yang ke-29 pada Ahad lalu. Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam berkata, dia tidak pernah berharap Akim memberikan hadiah mahal seperti tas tangan berjenama. Malah, Stacy yang kini popular menerusi lagu Khayal berkata kebaikan dan tanggungjawab yang ditunjukkan Akim terhadap dirinya dan dua anak mereka sudah memadai.

“Setiap hari pun dia sudah berikan saya kehidupan yang bermakna untuk dijadikan memori. Saya bersyukur sangat. Alhamdulillah, adanya dia dan anak-anak hadiah yang cukup untuk buat saya senyum dan bersyukur setiap hari. “Duit boleh dicari tetapi kehidupan yang harmoni dan dapat senyum bersama orang yang ikhlas berjuang bersama kita itu bukan senang. Saya bersyukur dengan adanya suami dan mereka dalam lingkungan itu. “Saya juga tak perlukan tas tangan dan lainnya. Cukuplah dengan hati emas yang dia sudah berikan kepada saya selama ini. Alhamdulillah,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, kata Stacy, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret menghadiahkannya lagu baru berjudul Yang Satu. Lagu itu turut diperdengarkan secara eksklusif pada majlis sambutan ulang tahun Stacy dan meraikan 11 tahun pembabitannya dalam bidang muzik, baru-baru ini. “Terima kasih untuk lagu Yang Satu dan ditujukan kepada saya. Terasa seperti bidadari cantik pula apabila lagu ini ditujukan kepada saya. “Siapa yang sudah dengar lagu Yang Satu daripada Akim & The Majistret tempoh hari? Manis kan? Terutama untuk yang ingin menghargai isteri,” katanya.

Sumber:mymetro

Stacy Meluahkan Perangai Sebenar Akim Ahmad Serta Hal Rumah Tangga?

Penyanyi Stacy meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang terbaik buat dirinya serta anak-anak. Menerusi laman Instagram penyanyi lagu Cakap Ke Tangan ini, dia membuat ucapan manis buat suaminya, penyanyi Akim Ahmad. “Terima kasih sebab selalu berusaha menjadi suami, Imam dan daddy yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya I dan anak-anak sangat bahagia dan bersyukur sebab you selalu ada bersama kami dan mengutamakan kami bertiga walau sibuk jadi Hang Nadim dan jadi Akim” katanya Stacy dengan penuh bersyukur.

Stacy turut menitipkan ucapan hari jadi ke 28 buat suami tercinta dan dalam masa sama berharap Akim sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT. “Semoga impian besar kita bersama yang akan datang ini akan dipermudahkan dan berkembang seperti SINTA teragung kita. Amin Insha Allah” luah Stacy lagi. Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam berkahwin dengan Akim pada 5 Februari 2016 di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Sementara itu, Stacy turut memaklumkan suaminya bersama anggota kumpulan The Majistret bakal tampil dengan single terbaru berjudul Yang Satu. Tak sabar murai.my nak dengar lagu terbaharu mereka

Sumber:murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *