G4 dari genetik H1N1 dikhabarkan boleh menjadi satu pandemik selepas COVID19. Ini keterangan langsung dari penyelidik China

berita ISU SEMASA

WASHINGTON: Penyelidik di China menemui sejenis virus selesema b4b1 dinamakan G4 dari genetik H1N1 yang dilihat berupaya bertukar menjadi pandemik. Menurut kajian diterbitkan jurnal sains Amerika Syarikat (AS), PNAS, yang memetik laporan penulis dan saintis di universiti China selain Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, ia memiliki semua ciri penting yang mampu menjangkiti manusia,

Sejak 2011 hingga 2018, penyelidik mengambil sampel ujian dari hidung b4b1 di rumah s3mb3lihan di 10 wilayah China dan hospital veterinar bagi membolehkan mereka mengasingkan 179 virus selesema b4b1. Menurut pemerhatian, G4 adalah virus mudah berjangkit, men1ru sel manusia dan menyebabkan simptom serius terhadap musang yang dijadikan bahan eksperimen berbanding virus lain.

Malah, ujian juga menunjukkan sebarang pertahanan diri manusia yang terdedah dengan musim selsema sebelum ini tidak memberi perlindungan daripada G4. Berdasarkan ujian cecair merah terhadap antibodi yang terhasil akibat terdedah kepada virus itu, 10.4 peratus pekerja kandang b4b1 sudah dijangkiti, tetapi sehingga tiada bukti ia boleh berpindah daripada manusia kepada manusia.

“Ini menjadi satu kebimbangan bahawa jangkitan virus G4 akan meningkatkan risiko pandemik terhadap manusia pula,” kata penyelidik yang menggesa langkah segera dilakukan bagi memantau pekerja di kandang haiwan itu. Ketua Jabatan Perubatan Veterinar di Universiti Cambridge, James Wood, berkata kajian itu menjadi peringatan bahawa semua berisiko terhadap kemunculan patogen zoonotik baru. “Haiwan ternakan yang sentiasa berdekatan dengan manusia berupaya bertindak sebagai sumber virus pandemik,” katanya. Jangkitan zoonotik disebabkan oleh patogen daripada haiwan kepada manusia. – bh

Melbourne diarah jalani perintah berkvrung

MELBOURNE: Ratusan ribu penduduk di utara dan barat Melbourne diarah untuk berada di dalam kediaman masing-masing, ketika bandar kedua terbesar Australia itu cuba membendung peningkatan kes COVID-19. Negeri Victoria di selatan Australia merekodkan 233 kes COVID-19 sejak Khamis lalu, sebahagian besarnya di Melbourne, satu peningkatan besar di negara itu, yang sebelum ini berjaya membendung penularan pandemik virus berkenaan.

Ketua negeri, Daniel Andrews berkata, lebih 30 kawasan kediaman di Melbourne akan dikenakan perintah berkvrung bermula tengah malam esok hingga 29 Julai. Ia membabitkan rumah lebih 300,000 penduduk di bandar yang didiami kira-kira lima juta penghuni itu. Orang ramai hanya dibenarkan tinggal kan kediaman masing-masing untuk ke sekolah, pejabat, beriadah dan membeli makanan atau barangan keperluan lain.

Penduduk dari kawasan lain pula tidak dibenarkan dari memasuki kejiranan yang mencatatkan jangkitan tertinggi, dengan peronda serta pegawai polis dilihat aktif menjalankan pemeriksaan rambang. Banyak perniagaan juga terpaksa ditutup hanya selepas beroperasi selama beberapa minggu. “Ini adalah langkah luar biasa,” kata Andrew. -bh

Vaksin COVID-19 China diluluskan untuk kegunaan tentera

BEIJING: Tentera China meluluskan vaksin COVID-19 untuk digunakan dalam pasukan selepas dibangunkan oleh unit penyelidikannya dan firma bioteknologi, menurut sebuah syarikat hari ini. Organisasi di seluruh dunia kini berlumba-lumba mencari jalan untuk merawat dan mencegah virus berkenaan, yang pertama kali muncul di bandar Wuhan, China dan sudah mengambil nyawa lebih setengah juta orang di seluruh dunia.

Lebih separuh daripada 17 sampel vaksin yang dikenal pasti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang kini dalam penilaian klinikal, dihasilkan syarikat atau institusi dari China. Syarikat senaraian awam Hong Kong, CanSino Biologics memaklumkan kepada bursa saham, data dari percubaan klinikal menunjukkan vaksin ketenteraan China mempunyai ‘rekod keselamatan yang baik’ dan berpotensi mencegah penyakit disebabkan COVID-19.

CanSino memberitahu, Suruhanjaya Ketenteraan Berpusat China meluluskan penggunaan vaksin pada minggu lalu, untuk tempoh setahun. Vaksin itu dihasilkan bersama CanSino dan Institut Bioteknologi Beijing, sebahagian daripada Akademi Sains Perubatan Tentera. Penggunaannya tidak dapat dihasilkan tanpa persetujuan lebih lanjut, jelas syarikat itu.

Tidak jelas mengenai penggunaannya dalam pasukan tentera China, sementara kementerian pertahanan tidak memberi maklum balas terhadap permintaan AFP bagi mendapatkan maklumat lanjut. CanSino bagaimanapun tidak memberi jaminan sama ada vaksin yang sudah menjalani ujian klinikal fasa satu dan dua di China itu akhirnya dapat dikomersilkan.

Sebanyak 131 lagi sampel vaksin yang disenarai WHO masih berada dalam fasa pra-klinikal.Belum ada yang diluluskan bagi penggunaan komersil merawat coronavirus. Menurut jurnal perubatan, The Lancet, terdapat lebih dari 1,000 ujian klinikal terhadap puluhan rawatan farmasi untuk mencegah virus berkenaan, namun belum ada kesan perubatan yang betul-betul berkesan. – bh

India har4mkan 59 aplikasi telefon bimbit China

NEW DELHI: India semalam mengh4ramkan 59 aplikasi telefon bimbit China termasuk TikTok dan WeChat atas alasan risaukan keselamatan negara dan privasi, selepas pertempvran berd4rah tentera kedua-kedua negara di sempadan. Kementerian Teknologi Maklumat, dalam satu kenyataan, berkata aplikasi berkenaan terbabit dalam kegiatan yang menggvgat kedaulatan, integriti, pertahanan, keselamatan dan ketenteraman awam India.

“Kerajaan India memutvskan untuk tidak membenarkan penggunaan aplikasi tertentu, yang bertujuan khusus memastikan keselamatan dan kedaulatan ruang siber India. “Tindakan ini diambil selepas pihak kementerian menerima beberapa aduan mendkwa pencvrian data dan pencabvlan privasi pengguna,” katanya. Hubungan antara dua negara berpenduduk paling ramai di dunia itu semakin r3nggang berikutan pemergian 20 anggota tentera India dalam pertempvran fizikal dengan tentera China di sempadan Himalaya pada 15 Jun lalu.

Telefon bimbit China menguasai hampir 65 peratus pasaran telefon pintar di India manakala aplikasi perkongsian video seperti TikTok dan Helo popular dalam kalangan golongan muda negara itu. Dianggarkan terdapat kira-kira 120 juta pengguna TikTok di India, menjadikan negara Asia Selatan dengan 1.3 penduduk itu pasaran antarabangsa terbesar. Aplikasi popular lain yang turut dih4ramkan termasuk aplikasi mikroblogging Weibo dan permainan Clash of Kings. – bh

Isra3l dilanda gelombang kedua COVID-19

BAITULMAQDIS: Isra3l mengalami gelombang kedua wabak COVID-19, memaksa r3jim itu memperkenalkan langkah pencegahan lebih k3tat, kata Menteri Kesihatan, Yuli Edelstein pada Ahad lapor agensi berita Anadolu. “Kita kini dilanda gelombang kedua COVID-19. Kita harus memperkenalkan sekatan baharu merangkumi aktiviti mesyuarat, upacara perkahwinan dan tempat ibadat Yahudi,” kata Edelstein.

Menurut data kementerian, seorang telah pergi dalam tempoh 24 jam lalu dan 218 kes baharu disahkan. Pada Khamis, Israel melaporkan 668 kes baharu dalam tempoh sehari, jumlah harian tertinggi sejak 3 April, manakala 819 orang lagi didiagnosis. Setakat ini, Israel melaporkan sebanyak 23,755 kes jangkitan termasuk 318 pemergian dan 17,074 pesakit sembuh.

Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, virus itu telah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah. Amerika Syarikat, Brazil dan Russia negara paling teruk di4ncam. Lebih 500,000 orang di seluruh dunia menjadi k0rb4n dengan hampir 10.1 juta kes disahkan dan lebih 5.1 juta pesakit sembuh, menurut data Johns Hopkins University. – BERNAMA

COVID-19: UAE sekat penumpang dari Pakistan mulai 29 Jun

DUBAI: Pihak berkuasa penerbangan awam Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan tidak akan menerima penumpang dari Pakistan berkuat kuasa 29 Jun berikutan kebimbangan penularan pandemik COVID-19. Sekatan itu berlarutan sehingga makmal khas bagi menjalankan ujian saringan ke atas penumpang dari Pakistan diwujudkan.

Dalam kenyataan itu juga, pihak berkuasa memaklumkan keputusan sekatan turut terpakai untuk penerbangan transit dari Pakistan. Pihak berkuasa penerbangan awam itu juga menasihatkan penumpang yang terkesan akibat penangguhan itu supaya menghubungi syarikat penerbangan untuk maklumat lanjut. Syarikat penerbangan Dubai, Emirates sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya akan menangguhkan penerbangan dari Pakistan mulai 24 Jun. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *