Diminta untuk membuat permohonan maaf. Ini reaksi Fynn Jamal bila ditarbiah Wardina Safiyyah

artis Hiburan

Nampaknya isu berkaitan Fynn Jamal dan kenyataan beraninya berhubung isu perbuatan yang tidak senonoh dan penampilan wanita belum ada surutnya. Isu tersebut masih lagi dibahas di ruangan Instagram penyanyi tersebut sehingga mendapat respon yang pelbagai daripada pihak-pihak tertentu. Semalam, video live IG pemilik lagu Arjuna Beta itu mengulas isu semasa sekali lagi tular apabila kenyataannya sebelum ini dis4nggah oleh seorang pelakon wanita, Wardina Safiyyah yang memberikan jawapan ‘padu’ kepada Fynn.

Video tersebut tular dan telah dimuat naik kembali oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Kefli Nawawi sehingga mendapat perhatian warganet. Dalam video tersebut, Wardina Safiyyah menemp3lak Fynn Jamal dengan berikutan kenyataan yang agak mengelirukan kepada orang lain sehingga Fynn Jamal terdiam.

“Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya r0go1 berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung. Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyal4hkan wanita semata-mata. Tutup s4lah, tak tutup s4lah. “Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam. Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini.” Oleh sebab itu, pelakon sitkom Spana Jaya tersebut meminta agar Fynn Jamal melakukan permohonan maaf atas kekeliruan yang dibuat sebelum ini sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif berkaitan Islam itu sendiri.

“Nasihat saya minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas individu yang terkena.” “Lelaki patut dip3rsalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jnyh itu antaranya faktor psikologikal.” Dalam perdebatan tersebut juga, Wardina Safiyyah turut menzahirkan rasa tidak setuju dengan dkwaan Fynn yang mengatakan bahawa penampilan wanita ketika bergambar turut menjadi salah satu punca berlakunya jnyh perbuatan yang tidak senonoh. “Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi jangan cakap. Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri.” “Wanita bukan satu f1tnh tapi seluruh dunia ini fitnh. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar.” -infosebenar

Penerangan Fynn Jamal yang satu ini merunsingkan Caprice dan warganet

Selepas menc3tuskan pelbagai persoalan mengenai isu s3ksval berkaitan perbuatan yang tak senonoh , penyanyi Fynn Jamal akhirnya tampil memperjelaskan maksud sebenar pendapat yang cuba disampaikan. Luahan itu dibuat menerusi sesi ‘Instagram Live’ bersama rapper Caprice malam semalam. Perbualan antara mereka berdua dimulakan dengan pertanyaan Caprice mengenai bagaimana Fynn Jamal terdetik untuk berjihad. Menurut penyanyi tersebut, dia telah memulakan perjuangan itu ketika dia masih belum bertudung lagi. “Saya banyak ‘fight’ dan bantu remaja-remaja bermasalah. “Punca saya berjuang adalah kerana saya tahu bagaimana rasanya kesunyian seorang diri. Tak ada tempat bergantung, tempat nak pergi. Bagaimana perasaan dibuang, kalau hamil je orang reject tutup pintu,” katanya.

Situasi kemudian bertambah ‘pana5’ apabila Caprice meminta Fynn menjelaskan teori mengatakan wanita pakai ‘filter’ dan ‘selfie’ menjadi punca perbuatan yang tak senonoh . Menurut Fynn Jamal, perkara dan perbuatan seharian kita sebenarnya mengundang kepada perbuatan yang tak senonoh tersebut. “Benda kita buat contoh Tik Tok, pakai filter dekat muka, enhance muka sampai tabarruj (berlebih-lebihan). “Namun tidaklah maksud kita pakai filter tu kita kena perbuatan yang tak senonoh , tidak. Ia tidaklah secara terus begitu,” katanya. Walaubagaimanapun, penjelasan Fynn itu dilihat masih tidak berjaya membuatkan Caprice memahami kaitan antara pakai ‘filter’ dan perbuatan yang tak senonoh . Malah, Caprice berkata, dia mahukan penjelasan yang jelas kerana dalam berjihad apa yang disampaikan mesti jelas.

“Adakah Fynn sangka semua wanita berhias untuk lelaki. Mak saya bersolek bukan untuk my dad tapi dia mahu feel good.  “Tapi bila Fynn kata pakai filter jadi perbuatan yang tak senonoh , Caprice keliru,” katanya. Cuba menjawab persoalan berkenaan, menurut Fynn Jamal, apabila kita mahu kelihatan cantik ia tidak menjadi masalah tetapi hanya di dalam rumah. “Bila bawa keluar ke rumah, ia jadi sal4h. Perempuan lawa untuk suami tapi bila buat filter, obvious bukan untuk keyakinan diri, tapi untuk menunjuk atau show. “Susah saya nak terangkan, ia daripada sekecil isu filter kemudian berkembang menjadi besar. Ibarat pvcuk tak ada orang cantas nanti bila dah jadi pokok besar, jadi susah.

“Sebab kita dah ‘normalized’ benda yang tak betul,” katanya. Perbualan antara mereka kemudian berlarutan hingga dua sesi. Anda boleh lihat sesi ‘live’ antara Caprice dan Fynn Jamal di bawah. Terdahulu, Fynn Jamal secara tiba-tiba trending di Twitter apabila membangkitkan isu perbuatan yang tak senonoh . Beberapa pendapatnya telah mencetuskan kemarahan warganet apabila ada yang mendkwa ia agak mengelirukan.-gempak

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing M3ngawan” – Fynn Jamal Cetus Kemarahan warganet Gara-Gara Isu ini!

Nama penyanyi Fynn Jamal secara tiba-tiba trending di Twitter sejak malam tadi. Semuanya gara-gara luahan dan pandangan Fynn Jamal berhubung isu perbuatan yang tak senonoh . Menerusi tinjauan di Twitter, hampir sebahagian warganet tidak berpuas hati dengan pendapat yang dilontarkan. Ini antara pendapat yang ditulis Fynn Jamal di Instagram Story. “Saya tidak salahk4n individu yang terkena, saya sal4hkan punca yang jadinya perbuatan yang tak senonoh itu. “Jika anda jadi punca perbuatan yang tak senonoh itu berlaku, maka itu anda lah. If tiada, maka bukan berpunca dari anda.  “Sebab perempuan pakai tudung tapi bergambar macam kucing musim meng4wan. Jadi orang lain pakai tudung yang kena,” katanya. Selain itu, terdapat juga warganet yang menganggap beberapa kenyataan Fynn Jamal agak mengelirukan dan ‘disturb1ng’ terutamanya apabila membabitkan nama Rasulullah.  
 
“Kau tahu tak Rasulullah berpesan pada isteri untuk ‘standby’ je kalau suami balik terus nak bersama. “Rasulullah berpesan pada suami kalau ternampak sesuatu yang membangkitkan sy4hwat terus balik dan terus laksanakan ke atas isterinya,” katanya. Pandangan berikut menyebabkan ramai terg4nggu dan tidak berpuas hati. Anda boleh lihat antara kenyataan Fynn Jamal serta respon orang ramai mengenai isu berkenaan. Pada masa sama, Gempak masih mencuba untuk mendapatkan komen dan maklum balas mengenai isu ini daripada Fynn Jamal. Untuk rekod, Fynn Jamal sebelum ini pernah ditegvr oleh pendakwah bebas dikenali sebagai Musytaq Al-Ashari. Teguran dibuat susulan jawapan penyanyi tersebut bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh pengikutnya di Instastory. -gempak

Fynn Jamal dik3cam beri nasihat kasar kepada remaja bermasalah – “Dah la tak cerdik, deg1l pula!”

Nama Fynn Jamal menjadi trending di Twitter. NAMA penyanyi Fynn Jamal menjadi trending di Twitter gara-gara tindakannya membalas mesej seorang remaja di Instagram. Menerusi paparan skrin mesej perbualan antara mereka, Fynn memberi nasihat dengan cara k4sar dan turut menggelar individu itu kurang cerdik selepas mengadu dirinya dikongk0ng ibu bapa.

“Agungkan sangat kawan-kawan. Mak bapa juga yang salah. Dah la tak cerdik, deg1l pula. Konon pandai jaga diri. Duit pun mak bapa bagi. Fynn sudah memadam paparan skrin mesej dia dengan remaja bermasalah. “Tengok respon saja tahu dah kenapa mak bapa str1ct dengan kau,” kata Fyn yang membalas mesej individu itu. Rata-rata warganet yang berkongsi paparan skrin itu meluahkan rasa kurang senang dengan cara berkenaan yang dianggap menambah tekanan kepada remaja tersebut. “Saya sangat meny4mpah dan marah dengan cara Fynn Jamal balas kepada individu itu. Dia boleh beri nasihat baik-baik tetapi sudah tentu dia tidak mahu, dia fikir dengan beri komen k4sar akan buat orang menjadi lebih baik. Sangat tidak waras.

Tengok respon saja tahu dah kenapa mak bapa str1ct dengan kau.

“Hormat Fynn Jamal sebagai penyair. Saya sangat kecewa. Maaf tapi anda adalah toks1k. Anda rasa Nabi akan gembira dengan cara anda? Buat baik pada satu sama lain. “Fynn Jamal selalu bercakap mengenai kekeluargaan. Menjadi ibu bapa yang terbaik. Tapi selalu juga lupa, orang yang dia kvtuk itu anak seseorang,” kata beberapa warganet. Bagaimanapun, tinjauan mStar mendapat Fynn sudah memadam paparan skrin yang dimuat naik di Instagram yang dikongsikan pada Sabtu. Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang mempertahankan Fynn dan menganggap jawapan yang diberikan sama seperti seorang ibu menasihati anak. Antara komen warganet yang tidak bersetuju dengan cara Fynn.

“Kenapa semua orang marah dengan Fynn Jamal? Saya seorang ibu dan mempunyai anak perempuan. Saya rasa Fynn hanya balas sebagai wakil ibu bapa. Sebagai ibu-bapa muslim, memang kasar tapi ada sebab. “Sebenarnya Fynn Jamal sekadar nak nasihat, tapi mungkin cara dia macam terlalu berterus-terang sangat. Sebab itu bunyi macam kasar tapi saya setuju dengan dia walaupun saya bukan seorang ibu tapi ibu saya akan buat perkara yang sama,” kata warganet. Sebelum ini, Fynn pernah ditegur pendkwa bebas dikenali sebagai Musytaq Al-Ashari gara-gara menjawab beberapa persoalan berkaitan agama yang didkwa meragukan.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *