Isu hutang belum selesai tiba tiba Khir Rahman digandingkan bersama Ogy Ahmad Daud. Akhirnya Khir tampil beri respon padu buat warganet terkedu.

artis

PELAKON dan pengarah, Khir Rahman memilih untuk bersikap profesional digandingkan bersama Fauziah Ahmad Daud dalam telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3) yang baru selesai menjalani penggambaran pada Isnin.

Khir atau Khairulizam Abdul Rahman, 47, berkata isu tuntutan bayaran tertangguh teater Korvpsi Dewan Semandung hanya membabitkan mereka berdua dan tiada kaitan dengan produksi telefilem berkenaan. “Ini pertama kali kami bergandingan semula selepas isu itu…

apabila berada di set penggambaran saya kena profesional sebab yang ada masalah hanya kami berdua, tenaga kerja lain tak ada kaitan, jadi tak bolehlah bawa masalah itu ke lokasi. “Saya sebagai pihak yang menuntut hutng mungkin tak rasa janggal sangat, tapi di pihak dia mungkin ada rasa lain! Apa-apa pun saya cuba elakkan rasa serba salah itu supaya penggambaran kami semua lancar.

“Alhamdulillah proses penggambaran berjalan baik tanpa timbul sebarang isu. Kami dah kenal lama dan industri kita pun kecil… ke mana pergi tetap akan berjumpa!,” katanya kepada mStar. Pada Ahad lalu, tersebar foto Khir bersama Fauziah atau Ogy dan Que Haidar menjalani penggambaran telefilem tersebut di laman Instagram.

Rata-ratanya memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh Khir sepanjang berlakon dalam telefilem istimewa sempena Aidiladha ini. Pada Mei lalu, beberapa pelakon teater Korvpsi Dewan Semandung memuat naik status di laman sosial mendakwa Ogy mendiamkan diri selepas didesak untuk melunaskan bayaran tersebut.

Saya dan Ogy sudah kenal lama, dia tahu saya bukan orang yang suka buat hal dan dia tahu saya sentiasa profesional apabila membabitkan hal kerja. Namun, Ogy yang juga pemilik Syarikat Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, menafikan dia melarikan diri dan memberitahu sedang berusaha mencari dana bagi menyelesaikan bayaran tertunggak itu.

Sementara itu, Khir berkata, dia sudah dimaklumkan lebih awal oleh pihak produksi mengenai penglibatan Ogy dalam telefilem berkenaan. “Ya! saya tahu Ogy ada berlakon sekali setelah dimaklumkan produksi… saya tiada masalah untuk berlakon sama. “Saya dan Ogy sudah kenal lama, dia tahu saya bukan orang yang suka buat hal dan dia tahu saya sentiasa profesional apabila membabitkan hal kerja,” ujarnya.

Ditanya mengenai bayaran teater Korvpsi Dewan Semandung yang masih belum dilunaskan, Khir berkata mereka masih belum menerima bayaran tertangguh itu. Bagaimanapun dia dapat melihat usaha yang dilakukan oleh pelakon filem Ali Setn itu dalam menyelesaikan masalah itu.

“Soal bayaran belum tahu lagi bila akan selesai. Saya pun tak mahu hukum dia atas apa yang berlaku tapi saya nampak usaha itu ada. “Buat masa ini kita dah tak boleh ikut kontrak perjanjian itu… dia dapat bayar sikit-sikit pun kita terima!,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : MSTAR

Janji Nak Bayar 16 Mei Tiba Tiba Dapat Surat Minta Sesuatu. Akhirnya Khir Rahman Tampil Buka Mulut Bagi Respon Padu Buat Warganet Terkedu.

Pengarah teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menyatakan kekesalan terhadap tindakan penerbitnya, Fauziah Ahmad Daud yang sekali lagi memungk1ri janji untuk membayar wang tertunggak sejak beberapa bulan lalu.

Kata Khir, Ogy mengambil pendekatan melantik syarikat guaman dan menghantar surat penyelesaian bayaran tertunggak yang dijadualkan pada 16 Mei lalu (Sabtu). “Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8 Mei lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir telah  menghantar surat tawaran penyelesaian untuk bayaran kami yang masih tertunggak itu.

“Surat tawaran itu menyatakan bahawa ada di antara kami yang akan dibayar terus 100 peratus dan ada pula yang akan dibayar 50 peratus pada 16 Mei. “Malangnya, dari syarikat guaman yang sama sehari sebelum 16 Mei, sampai lagi satu surat memberitahu pembayaran akan ditangguhkan.

“Ya ..ditangguhkan ke suatu tarikh yang tak dapat dipastikan lagi, bererti dimungkiri lagi. “Cuma kali ni, belum pun sempat menandatangani kontrak tawaran baru, penngguhan pula yang diberitahu. Ini sangat mengecewakan,” tulisnya menerusi akaun Twitter.

TERKINI : Pembayaran Teater ‘Korupsi Dewan Semandung’ : Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8hb May yg lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir ..telah menghantar surat tawaran penyelesaian utk bayaran kami yg masih tertunggak itu .. Khir difahamkan punca penngguhan itu disebabkan ketidakcukupan dana untuk membayar tenaga produksi yang terbabit.

Justeru, Khir merayu kepada pelakon terbabit agar menjelaskan hutangnya dan menyelesaikan kemelut yang berlaku. “Sila bayar hak kami…saya mohon! “Mencari dana adalah sebelum melaksanakan satu-satu produksi, bukan sesudah.

“Jangan guna k3s-k3s begini untuk mohon simpati mengaut untung perniagaan. Kami ni bukan pihak yang menekan Kak Ogy sebaliknya kami yang tertekan dengan p4lsunya janji-janji Kak Ogy. “Kami telah beri Kak Ogy kepercayaan sepenuhnya walaupun sebenarnya kami tak faham macam mana Kak Ogy nak bayar duit kami melalui promosi yang kurang dari 2 minggu dan hanya 3 malam persembahan.

“Kami telah jaga nama Kak Ogy, kami bersungguh-sungguh menghasilkan pementasan yang baik. “Saya mohon agar Kak Ogy tunaikan amanah tanggungjawabnya sebagai penerbit. Saya doa agar kemelut ini segera selesai,” tambah Khir lagi.

Selain Khir, penulis skrip teater berkenaan, Aloy Paradoks turut meluahkan kekesalannya terhadap situasi terbabit. “Saya belum lagi menerima baki gaji saya dari Kakak Pelakon Hebat Fauziah Ahmad Daud.  “Jadi saya hanya berbaring sekarang, kerana apa, kerana Rasullullah berpesan; kalau marah dan sedang berdiri maka duduk. Jika duduk pun masih masih marah, baring. Jadi saya baring dulu,” tulisnya.

Situasi mulai kcoh apabila pelakon dan kru produksi teater Korupsi Dewan Semandung mend4kwa Ogy sengaja melarikan diri dan enggan membayar baki yang tertangguh. Namun, Ogy tampil membalas kenyataan itu dengan memberitahu dia sedang berusaha untuk mencari dana bagi menyelesaikan hut4ng tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *