Setelah 24 tahun raikan hari bapa tiba tiba Sheila Rusly tampil buka mulut bongkarkan perangai sebenar Jinggo. Tak sangka rupanya ini perangai sebenar dia.

artis

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mendedikasikan penghargaan buat suaminya, Jinggo sempena sambutan Hari Bapa semalam. Dedah Sheila, meskipun sudah 24 tahun mendirikan rumah tangga, Jinggo masih komited dan mengambil berat tentang pelbagai perkara dalam kehidupan seharian anak-anaknya.

“24 tahun sambut hari bapa tapi awak masih kejutkan anak solat subuh, masih call anak ingatkan mereka untuk solat, sanggup tinggal kerja untuk anak. “Sampai sekarang, nampak kereta anak awak basuhkan, rosak tolong baiki, kasut anak kotor awak bersihkan, basah dijemurkan, tu tak termasuk duit yang awak dah belanjakan,” tulis Sheila di Instagram.

Dalam pada itu, Sheila turut merasakan jasa dan pengorbanan Jinggo sebagai seorang bapa tidak dapat diungkap dalam tempoh satu hari. “Saya rasa satu hari tak cukup untuk menggambarkan betapa istimewanya awak sebagai seorang bapa,

sebab awak sangat menakjubkan setiap hari dalam setiap tahun! Happy Fathers Day Tok Sidang,” tulisnya lagi. Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Sheila tinggalkan komen mengatakan mereka tersentuh membaca kata-kata manis yang ditulis Sheila itu.

Tidak kurang juga beberapa teman industri, antaranya Ayda Jebat, Alif Satar dan Nabila Huda. Untuk rekod, Sheila dan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya mendirikan rumah tangga pada tahun 1995. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua anak iatu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Pelakon Cantik Ni Muatnaik Video Yang Mengejutkan Orang Ramai Sampaikan Suami Yana Samsudin Dan Sheila Rusly Pun Tinggalkan Komen.

Berkelana menyoroti kerjaya pemilik nama Nur Dayana Kamsun Bahari ini, namanya kini dilihat sedikit redup berbanding dahulu. Bukan apa, suatu ketika dahulu, dia acapkali menjadi sebutan ekoran kisah kontroversi yang bertandang dalam hidupnya.Namun, kini, kontroversi itu juga seolah-olah kapas yang terbang ditiup angin.

“Saya masih lagi berlakon cumanya tiada cerita panas seperti dahulu. Itu sebabnya orang nampak saya seperti perlahankan rentak. Saya tidak suka kontroversi. Apabila ada gosip, seminggu saya tak keluar rumah. Tindakan pelakon Dayana Roza berkongsi sebuah video ketika sedang menjalani sesi fotografi di sebuah studio, mengambil perhatian bukan saja warganet malah kalangan selebriti. Dalam video yang dimuat naik dalam aplikasi Instagram TV (IGTV) itu, Dayana yang memakai baju berwana putih bertali halus dan seluar panjang hitam sedang bergaya bersama produk jenamanya.

Aksi pelakon berusia 28 tahun itu menarik perhatian penerbit dan pelakon popular, Sheila Rusly yang memberi komen mengatakan pelakon Asam Pedas Untuk Dia ini, seksi.”Wow…. sksinya,” komen Sheila disertakan emoji gelak.Ternyata kata-kata Sheila itu sekadar komen gurauan.

Dayana juga membalas dengan emoji gelak.Bukan hanya Sheila, rakan artis seperti Fadzil Zahari juga memberi komen.“Letop sis,” pujinya.Pujian lucu suami pelakon Yana Samsudin itu kemudian dibalas,“Terima kasih sis,” tulis Dayana.

Sementara itu, rata-rata pengikut Dayana seolah-olah faham artis kesayangan mereka ini berpenampilan sebegitu bagi menyesuaikan dengan gaya untuk mempromosikan produk sabunnya itu.Malah ramai memuji kecantikan pelakon ini. Ada yang mengatakan Dayana mirip, Scha Alyahya. Ada yang berkata dia persis seperti aktres Indonsia, Bunga Citra Lestari dan akres Korea, Song Ji Hyo.

Beralih cerita tentang perkembangan terbaharunya, Dayana bakal muncul dengan sebuah filem berjudul Kron yang diarahkan oleh Opie Zami. Filem yang berlatarbelakangkan kisah Kerajaan Kedah Tua yang menghantar bunga emas kepada Siam dan plot penceritaannya dikembangkan menjadi sebuah filem fiksyen itu akan menemui penonton pada 22 Ogos ini.

“Tak kisah la nak panggil minah rempit” – Dayana Roza..

PELAKON Dayana Roza memberitahu penyertaannya dalam kelab permotoran, Spark Malaysia Club (SMC) menyebabkan beberapa teman rapat mengusiknya dengan panggilan ‘minah rempit’. Bagaimanapun, Dayana, 27, berkata dia tidak kisah dengan gelaran itu kerana niatnya bergiat aktif dalam kelab tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

“Sejak berlakon dalam filem Minah Moto dan sertai SMC ada kawan-kawan panggil saya rempit tapi saya tak kisah pun dengan gelaran itu.Saya sertai kelab ini sebab ada banyak manfaat serta faedah untuk pengguna motor di Malaysia. Kita nak bawa mereka ke arah kebaikan lebih-lebih lagi golongan yang terbabit dengan gejala negatif tersebut.

“Iyalah, bila jadi pengguna motosikal sahaja orang gelar rempit, dilabel jahat. Hakikatnya nak buat jahat ni tak kira sesiapa pun. Jadi, saya tak kisah jika digelar ikon minah motor sekalipun,” katanya kepada mStar Online. Dayana mahu bantu wanita terlibat aktiviti permotoran tidak bermoral.

Aktres ini merupakan antara selebriti yang akan turut serta dalam karnival permotoran dan kebudayaan, Spark Gathering & Jungle Town Karnival 2018 yang akan berlangsung di Lapangan Terbang Gerik, Perak pada 29 dan 30 Disember ini.

Selain Dayana, bintang popular lain yang akan turut menyertai acara tersebut ialah Zul Huzaimy, Datuk Farid Kamil, Cat Farish, Jaa Suzuran, Mamat (Sepah). Sementara itu, pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia ini memberitahu ingin membantu golongan wanita terutamanya remaja yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tersebut.

Barisan selebriti yang terlibat dalam karnival permotoran Disember ini.

“Sekarang ini ramai wanita yang berminat dengan motor. Selalunya remaja ini mengikut teman lelaki dan ada yang buat perkara yang tidak berfaedah. Justeru ini, kita mahu membantu mendidik mereka mengenai banyak perkara dan beri kursus yang bersesuaian dengan minat. Contohnya, kalau mereka minat memasak, kita bagi kursus memasak dan apa-apa sahaja kemahiran yang mereka suka.

“Kebanyakan mereka ini baik, cumanya mungkin masalah peribadi membuatkan mereka terlibat dengan aktiviti merbahaya tersebut. Jadi, apa boleh bantu, kita akan bantu,” katanya.Spark Malaysian Club (SMC) merupakan satu pertubuhan yang diasaskan oleh pelakon Zul Huzaimy bermatlamat untuk menyatukan semua pengguna motosikal di Malaysia.

Dayana Roza semakin matang..

BIARPUN bahang mentari menggigit diri penulis dan beberapa teman media lain pada tengah hari Selasa lalu, namun pertemuan dengan pelakon Dayana Roza seakan menyejukkan kehangatan itu.Menunggu Dayana, untuk menyelesaikan saki-baki penggambarannya yang diadakan pada hari itu di Taman Tasik Ampang Hilir sebelum menemuramahnya tidak terasa terlalu lama meskipun terpaksa mengambil masa hampir dua jam.

Lebih-lebih lagi apabila melihat wanita berusia 27 tahun itu sedaya upaya menunjukkan kesediaannya untuk diwawancara meskipun terikat dengan penggambaran.Terdetik di hati penulis saat itu, banyak masa perlu dikorbankan anak kelahiran Kuala Lumpur ini bagi menyempurnakan dua komitmen pada masa sama. Ternyata ramalan itu benar.

“Masa. Saya rasa kalau tanya semua artis mengenai pengorbanan sebagai seorang anak seni, mereka akan bagi jawapan masa.Masa untuk menunggu di set penggambaran, masa untuk keluarga dan juga kawan-kawan. Kadang-kadang, terpaksa juga berkorban janji apabila ada hal tidak dapat dielakkan di tempat penggambaran.

“Macam hari ini (Selasa lalu), saya cakap hanya ada satu babak lagi sebelum ditemu bual tetapi tiba-tiba ada masalah matahari dan menyebabkan ia memakan masa,” ujarnya saat ditanya soalan mengenai pengorbanan yang pernah dilaluinya sebagai seorang yang bergelar anak seni yang hampir melangkaui satu dasawarsa.

Matang..

Berkelana menyoroti kerjaya pemilik nama Nur Dayana Kamsun Bahari ini, namanya kini dilihat sedikit redup berbanding dua tahun lalu. Bukan apa, suatu ketika dahulu, dia acapkali menjadi sebutan ekoran kisah kontroversi yang bertandang dalam hidupnya.

Namun, kini, kontroversi itu juga seolah-olah kapas yang terbang ditiup angin.“Saya masih lagi berlakon cumanya tiada cerita panas seperti dahulu. Itu sebabnya orang nampak saya seperti perlahankan rentak. Saya tidak suka kontroversi. Apabila ada gosip, seminggu saya tak keluar rumah.

“Sebelum ini, saya nakal, namun kini zaman itu sudah berlalu pergi. Saya juga jarang berkongsi hal peribadi di Instagram melainkan urusan kerja,” jelasnya yang dilihat semakin matang.Tambah Dayana yang memulakan kerjayanya setelah menyertai rancangan televisyen realiti, Anak Wayang pada 2009 itu, dirinya juga kini sedang memberikan komitmen kepada urusan lain.

“Jika sebelum ini, saya menerima sahaja sebarang tawaran, namun kini sedikit memilih untuk menguruskan urusan bisnes.“Apabila terikat dengan penggambaran, susah untuk melakukan kerja lain lebih-lebih lagi memegang watak utama. Sekarang, saya memang ada sesuatu yang saya mahu fokus,” ujarnya yang juga mengatakan bisnes adalah salah satu cabang kerjaya untuk dirinya apabila sudah berkahwin kelak.

Kunci mulut..

Namun, dia yang mula dikenali menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia hanya mampu mengunci mulut daripada memberikan jawapan.“Kalau ada jodoh dan sampai masanya, saya akan memberitahu,” ujarnya dengan penuh santun apabila ditanya adakah ia petanda dirinya sudah bersedia menamatkan zaman solonya.

Akur dengan jawapan yang diberikan, Dayana menjelaskan kebanyakan wanita yang sudah berkahwin sememangnya akan memberikan lebih komitmen kepada keluarga mereka.“Saya sudah rasa banyak masa saya dihabiskan di set, jadi sekiranya suatu hari nanti sudah mendirikan rumah tangga, masa akan difokuskan kepada keluarga pula.

“Masih lagi mahu berlakon, cuma tidaklah seperti dahulu yang mana harus memberikan komitmen setiap hari, andai saya jalankan bisnes, masa untuk keluarga lebih banyak. Saya rasa semua orang macam itu, apabila sudah berkahwin, mesti akan cuba perlahankan sedikit rentak,” jelasnya yang juga terlibat dengan bidang pengacaraan iaitu menjadi hos untuk program bola di HyppTV, selain drama Cinta Bukan Kristal di TV3 dan terbaharu Mata Ketiga.

Mata Ketiga..

Bercakap mengenai Mata Ketiga, anak tunggal itu memberitahu, itu kali pertama dia berlakon dalam sebuah naskhah seram.“Dalam drama ini, saya memegang watak sebagai Rafidah. Boleh dikatakan dia seorang yang berani. Saya mempunyai seorang sahabat iaitu Faizul(lakonan Hafeez Mikail) yang boleh melihat hantu atau pun hijab matanya dibuka. Saya dan beberapa kawan yang lain telah membawa Faizul pulang ke kampung untuk berjumpa bomoh. Seterusnya terjadilah babak-babak menarik yang perlu ditonton semua,” ceritanya serba sedikit.

Menurutnya lagi, cerita hantu bukanlah semudah disangka seperti karya lain kerana ia menguji ketahanan mental dan fizikal seseorang.“Bukan mudah sebenarnya terlibat dalam cerita hantu, ada cabarannya yang tersendiri khususnya masa.

“Waktu petang baru kami akan pergi kerja (penggambaran) dan ia akan berlarutan hingga tengah malam atau pagi, orang lain sudah selesai bekerja,” jelasnya.Mata Ketiga yang dibintangi beberapa barisan pelakon lain seperti Fimie Don dan Isyariana Che Azmi itu akan disiarkan di Tonton bermula 31 Oktober depan. Ditanya mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut umat Islam pada Rabu lalu pula, Dayana memberitahu, dia tidak dapat meraikan kerana telah ke Pulau Langkawi atas urusan peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *