Azlee sedang hangat bercinta. Tak sangka dalam diam Azlee Khairi sedang rancak bercinta dengan usahawan kosmetik

artis Hiburan

Pelakon drama Love You Mr Arrogant, Azlee Khairi Zulah Hainee atau lebih dikenali sebagai Azlee Khairi berusia 31 tahun mengakui sedang bercinta dengan usahawan kosmetik sejak tahun lalu. Menurut Azlee, dia masih belum mempunyai perancangan ke fasa yang lebih serius selagi tidak mendapat persetujuan daripada keluarga usahawan kosmetik tersebut yang dikenali sebagai Aniss berusia 22 tahun.

Kami mula berkenalan sudah lama iaitu ketika awal-awal saya membuat kemunculan semula tahun lalu. Apabila makin hari makin ada keselesaan dalam berkawan. Cuma, saya memang takkan teruskan hubungan ke fasa yang lebih serius selagi tidak mendapat persetujuan daripada keluarga Aniss sendiri.

Bercinta tu sebenarnya macam tak tahu bila muncul. Saya akan berjumpa dengan keluarga Aniss dulu dan mendapatkan persetujuan. Buat masa sekarang apabila bersembang dalam telefon memang positif. Tapi nak kena bercakap bertentang mata juga. Orang kata ‘man to man talking’ itu lebih bagus. Ye perkahwinan sudah biasa. Sebab itu saya terbuka dalam soal perhubungan.

Cuma saya tak nak lebihkan peribadi dalam kerjaya yang saya baru ceburi balik ini. Aniss juga tahu perkara ini dari awal perkenalan lagi. Sebab itu dia tidak mahu paksa saya untuk bercerita mengenai kehidupan saya yang lalu.

Apa yang saya cerita itu pun dari semasa ke semasa yang saya selesa untuk bercerita dengan dia. Apa pun, saya tetap akan fokus kerjaya sama juga macam mana matlamat saya masa mula masuk semula bidang lakonan. Kalau korang nak tahu pasangan ini mendapat respon positif daripada keluarga Aniss tau!? Apapun, Ohmedia doakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah. Tak sabar nak tengok Azlee kahwin. Hehe

Sumber:OhMedia

Hubungan macam adik dan kakak’ – Azlee

PELAKON Azlee Khairi, 31, berharap peminat tidak menyalah tafsir hubungan rapatnya dengan pelakon Zara Zya, 36, sebagai pasangan bercinta. Azlee atau nama sebenar Azlee Khairi Zulah Hainee berkata, hubungan antara dia dan Zara dilihat agak rapat kerana sudah kenal lama.

“Sejak kami berganding sama semula dalam drama Seadanya Aku dengan melakonkan babak mesra, ramai peminat mahu kami realitinya bercinta. “Apatah lagi, ada kalanya saya buat ‘pikat line’ dengan membalas komen di Instagram Zara, itu pun kebanyakan peminat ingat kami kini bercinta.

“Malah, bila saya beri penjelasan yang kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa, mereka komen mendoakan terbaik pula,” katanya kepada Harian Metro. Azlee yang kini melonjak dengan drama Maaf Tak Indah bersama Azar Azmi berkata, dia sebenarnya cuba memahami dan berusaha gembirakan peminat.

“Soal perasaan, tidak boleh dipaksa. Walaupun nampak hubungan itu rapat, tidak semestinya kami memang bercinta. “Hubungan saya dengan Zara, macam adik dan kakak. Sama juga dengan pelakon lain seperti Datin Elvina Mohamad dan Azar yang pernah bekerjasama dengan saya,” katanya.

Menurut Azlee, kelab peminatnya juga tahu situasi sebenar. Ujarnya, dia kini mahu fokus memantapkan semula kerjaya lakonan yang pernah ditinggalkan sebelum ini. Mengulas statusnya sebagai ‘suami orang’ yang dipersoalkan, Azlee berkata dia selesa jika urusan kerjaya seninya lebih mendapat perhatian berbanding peribadi.

Ditanya juga penerimaannya terhadap gosip, Azlee memberitahu jika 10 tahun lalu, dia mungkin tidak boleh menerima cerita berbaur kisah cinta yang terpalit padanya. “Sekarang, untuk penjenamaan semula saya dalam industri dan kerjaya seni, Alhamdulillah sikit-sikit berkaitan gosip, ia diterima secara positif.

“Keluarga pun sokong pembabitan semula saya sebagai pelakon, dan untuk itu saya cuba melakukan sebaik mungkin kerana tuntutan kerja,” katanya. Azlee kini sibuk dengan penggambaran drama Derhaka Cinta Jebat untuk RTM pernah berada di puncak popular ketika berlakon drama Love You Mr Arrogant bersama Zara pada 2013 lalu.

Sumber:hmetro

Kenapa pula nak kejar Zara Zya ulas Azlee Khairi

PELAKON Azlee Khairi, 30, tidak faham dengan tindakan segelintir warganet yang memintanya supaya ‘move on’ daripada terus mengejar pelakon Zara Zya. Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata, tidak ada sebab untuk dia ‘move on’ daripada sesiapa pun.

“Saya tak faham kenapa perlu timbul lagi perkara seperti ini kerana hubungan dengan Zara hanya sebagai rakan pelakon saja. Dia pun sudah ada teman lelaki. “Sebelum ini pun, saya sudah jelaskan yang kami memang tak pernah bercinta. Jadi, kenapa saya perlu berhenti mengejar dia? Lagipun, saya memang tak kejar sesiapa,” katanya.

Azlee yang kembali semula mewarnai industri seni pada awal tahun ini tetap menjadi perhatian penonton dalam beberapa drama lakonannya seperti Seadanya Aku dan Maaf Tak Indah. Azlee yang pernah hilang lima tahun dari bidang lakonan kini fokus untuk memantapkan semula kerjayanya. Namun, ia terpaksa ditangguhkan semula berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Ada beberapa projek drama saya ditangguhkan sehingga tarikh yang tak pasti. Kini, masa saya memang banyak di rumah. Namun, ia diisi dengan pelbagai aktiviti menceriakan diri sendiri termasuk cuba-cuba berniaga,” katanya. Pada 2011, Azlee pernah menjadi perhatian menerusi lakonan mantapnya dengan Zara dalam drama Love You Mr Arrogant. Malah, untuk kemunculan semulanya, Azlee sekali lagi diganding bersama Zara untuk drama Seadanya Aku dan dari situ pelbagai gosip timbul.

Sumber:hmetro

Keinginan membara

MINAT dan jiwa Azlee pada lakonan tidak pudar. LIMA tahun menghilang diri daripada radar industri hiburan adalah pilihan sendiri yang dibuat pelakon berkaliber, Azlee Khairi, 30. Tidak kesal dengan tindakan diambil pemuda kelahiran Perak ini menyifatkan pada ketika itu dia lebih memilih apa yang diinginkan hatinya.

Kini, keputusan pembabitan semula Azlee dalam kerjaya lakonan sejak November lalu sekali lagi dibuatnya atas dasar mengikut kata hati. Menurut Azlee yang ditemui pada sesi fotografi diselaraskan Lynnda Sharudin dengan Harian Metro baru-baru ini, dia sudah berfikir semasak-masaknya.

Minat dan jiwa saya pada kerjaya lakonan tidak pernah pudar mahupun sudah tiada sepanjang menyepi diri. Keinginan itu sentiasa membara. Cuma, biasalah sebagai lelaki semestinya ada ego sendiri. Namun, kini saya memikirkan adalah keputusan yang tepat untuk kemunculan semula.

Apatah lagi, peluang kedua buat saya nampaknya masih ada daripada pihak produksi dan stesen televisyen. Jadi, kenapa perlu saya lepaskan?” katanya. Justeru, untuk drama pertama sempena ‘kemunculan semula’ Azlee, dia muncul membintangi drama Seadanya Aku terbitan Country Universal Sdn Bhd untuk slot Akasia TV3 yang disiarkan pada Januari depan.

Kini, Azlee sibuk pula di lokasi penggambaran drama Maaf Tak Indah sebanyak 18 episod untuk slot Samarinda TV3. Azlee berkata, dia bersyukur rutin hariannya sekarang diisi dengan aktiviti bekerja. Katanya, kini fokus semestinya untuk mengumpul kewangan kukuh.

“Kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Itu belum lagi termasuk hutang-piutang saya yang lain. Jadi, selagi ada rezeki dalam kerjaya lakonan ini, saya perlu bersungguh-sungguh. “Tak kisahlah apabila saya perlu menjalani ujian skrin (screen test) yang dibuat pihak stesen televisyen pada mula-mula hendak aktif berlakon semula.

“Saya buang terus ego diri kerana anggap bukan mudah mendapat peluang. Apa yang dilakukan stesen televisyen itu sudah tentu ada sebabnya,” katanya. Mengulas mengenai pengaruh media sosial seperti Instagram (IG), Azlee berkata, dia juga sedar perlu sedia mengikut rentak industri yang memerlukan pelakon aktif di lapangan digital.

“Demi kelangsungan kerjaya lakonan saya, ikut saja permintaan industri hari ini. Cuma, perkongsian dibuat dengan pengikut di IG berpada-pada. “Saya lebih selesa dan seronok berkongsi dengan pengikut berhubung aktiviti di lokasi penggambaran ketika bekerja. Alhamdulillah, maklum balas diterima sangat positif,” katanya. Azlee yang pernah mencipta nama menerusi drama adaptasi novel Love You Mr Arrogant pada 2013 berkata, dia sangat berterima kasih pada sokongan diberi peminat.

Sumber:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *