Hana Azraa dedahkan mereka sudah rujuk. Ini reaksi sempoi PU Abu. Akhirnya terjawab jua persoalan mengenai mereka

artis

Kisah rumah tangga pendakwah bebas PU Abu Sufyan, sekali lagi kembali hangat diperkatakan selepas Hana Azraa, isteri daripada perkahwinan kedua membuka mulut mengenai status antara suaminya dan Ain Afini. Menerusi perkongsian di Instagram, Hana Azraa yang juga merupakan usahawan kosmetik bertindak mendedahkan segala spekulasi mengenai status perkahwinan mereka, kerana sudah tidak tahan lagi dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Ain dan Abu dah rujuk. Justeru, Hana Azraa memberitahu bahawa Pu Abu dan Ain Afini masih lagi suami isteri, pasangan itu rujuk kembali selepas dua minggu dia dan Pu Abu bernikah. “Depa tak mahu mengaku biar I habaq. I habaq bukan sebab busy body ka apa, serius tak dak tapi sebab orang duk tuduh I yang bukan-bukan…” “Ya, depa dua tu masih suami isteri. Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah…”

Abu Suruh Tanya Hana Sendiri 

PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan mengambil langkah ‘kunci mulut’ susulan dakwaan bekas isterinya iaitu Hana Azraa berhubung dia sudah rujuk kembali dengan isteri pertama Ain Afini. Menurut Abu, dia enggan menggunakan laman sosial sebagai platform bercerita tentang kehidupan peribadinya.

“Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini kerana laman sosial bukan tempat untuk saya cerita hal tersebut. “Saya tak nak komen apa-apa berhubung perkara itu dan kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya Hana sendiri, ” kata PU Abu ketika dihubungi mStar.

Abu enggan mengulas dakwaan Hana mengenai status rumah tangganya dengan Ain. PU Abu diminta untuk mengulas mengenai kenyataan dan pendedahan bekas isterinya Hana Azraa yang mendakwa dia sudah rujuk semula dengan isteri pertama iaitu Ain Afini selepas dua minggu berkahwin dengan Hana.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, Hana mendedahkan Abu Sufyan sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan isteri pertamanya, Ain Afini. Pendedahan Hana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar.

Dalam pada itu, Hana menjelaskan dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak namun tujuan pendedahan dibuat disebabkan enggan membiarkan anaknya, Muhammad Uwais Al-Mateen menjadi mangsa kecaman warga net . Kata usahawan kosmetik berasal dari Kedah ini, dia berharap pendakwah bebas dan Ain tidak perlu lagi merahsiakan mengenai hubungan mereka yang telah kembali sebagai suami isteri.

“Saya terpaksa mendedahkan perkara itu di laman sosial sebab dah terlalu mendiamkan diri. Bila saya diam, orang salahkan dan kutuk saya malah ada juga warga net yang kaitkan anak saya sekali dalam hal ini. “Tujuan saya muat naik status tersebut bukan untuk membuka aib mana-mana pihak tetapi hanya ingin memberi penjelasan dan membersihkan nama saya supaya mereka berhenti berkata buruk mengenai anak saya juga.

“Apa yang saya harapkan agar Abu dan Ain mengaku sahaja yang mereka sudah kembali sebagai suami isteri. Tak payah berdolak dalih sehingga menyebabkan orang tidak henti menyalahkan saya dan anak saya, ” ujarnya. Hana mempunyai anak bersama PU Abu iaitu Mateen dan seorang anak perempuan, Aishah hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Pada April lalu Hana turut mendedahkan dia sudah diceraikan Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi. Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan Ain Afini Latif pernah mendapat perhatian warga net di laman sosial sekitar April tahun lalu. PU Abu dan Ain dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

Mateen dan Adam anak aku

Difahamkan, tindakan Hana membuat pendedahan itu selepas Abu Sufyan memuat naik video memaparkan ucapan hari jadi buat anaknya bersama Ain ‘Afini, Adam Aysar yang disertakan ucapan berserta nama anaknya bersama Hana, Mateen. Dikatakan, ada segelintir netizen cuba membandingkan Mateen dan Adam, namun pendakwah itu membalas menerusi IG story supaya berhenti berbuat demikian kepada kedua-dua anaknya.

Sumber:musangviral

Hana Azraa dedah PU Abu buat u-turn. Benda ni dah lama berlaku

DALAM diam rupa-rupanya Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan isteri pertamanya, Ain Afini. Perkara itu didedahkan oleh bekas isteri bagi perkahwinan keduanya iaitu Hana Azraa menerusi Instagram pada Ahad.

“Saya nak jelaskan semua benda. Serius dah tak kuasa (tahan) nak layan benda-benda ni. Tak habis-habis lagi awak semua, ya. “Mereka tak mahu mengaku, biar saya beritahu. Saya beritahu bukan sebab saya menyibuk atau apa… serius tak.

Hana Azraa bersama dua orang anaknya. “Tapi sebab orang asyik tuduh saya yang bukan-bukan. Ya, mereka berdua masih suami isteri. Tambah Hana, Ain dirujuk kembali sebagai isteri selepas dua minggu dia dan Abu bernikah.

“Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah. Isteri Abu Sufyan itu Ain Afini. Bukan Hana Azraa. “Mohon jelas ya semua. Antara saya dan dia tidak ada apa-apa melainkan dia dan Mateen, sekian,” tulisnya.

Kenapa awak semua salahkan saya?

Jelas Hana dia membuat pendedahan ini kerana enggan dikaitkan lagi dengan bekas suaminya itu kecuali demi anak lelaki mereka, Muhammad Uwais Al-Mateen. Pada April lalu Hana turut mendedahkan dia sudah berpisah dengan Abu.

Pendedahan Hana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar. Dalam posting berkenaan Abu menyatakan anak pertamanya itu akan disayangi semua termasuk adik tirinya yang baharu berusia empat bulan, Muhammad Uwais Al-Mateen.

Muhammad Uwais Al-Mateen merupakan cahaya mata kedua PU Abu. “Abi doakan agar Adam sentiasa kuat untuk menempuh hidup yang mencabar ni. Abi nak Adam tahu yang no matter what happen tak ada orang yang boleh menjarakkan kasih sayang kita.

“Adam jangan risau sebab Adam ada Abi dan Mateen yang sentiasa menyayangi Adam,” tulisnya. Ucapan Abu itu jelas tidak disenangi warga net yang mempertikaikan mengapa dia turut mengaitkan nama anak keduanya.

“Allahu. Kenapa saya dan Mateen juga yang kena ni. Kenapa awak semua salahkan saya? “Mateen pun dikaitkan sama. Saya tak tahu apa-apa pun. “Dia nak tulis macam tu takkan saya nak tolong edit pula. Come on, guys!” tulis Hana sebagai reaksi balas.

Sebelum ini PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan menafikan tuduhan bekas isterinya iaitu Hana Azraa yang mendakwa kononnya dia bermain kayu tiga sewaktu wanita itu sedang hamil. Menurut PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, maklumat yang disebarkan bekas isterinya itu adalah spekulasi semata-mata.

Malah, Abu menyifatkan perbuatan isterinya itu sebagai melulu kerana bertindak berdasarkan emosi ketika hamil. Apa yang viral itu adalah spekulasi semata-mata dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar. “Hakikat yang sebenarnya ialah hal yang melibatkan kecurangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham, mungkin faktor emosi orang mengandung,” ujarnya kepada mStar.

Sumber:Musang Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *