Isteri sakit rahim tahap 3 nekad beli tiket bola untuk ajak suami tengok bola. Tapi suami tolak dengan alasan Ot. Sekali malam tu suami kantoi buat ot dengan ex di stadium siap pernah check in lagi.

Kisah Rumahtangga

Foto sekadar hiasan. Kemenangan Malaysia menentang Indonesia baru baru ini mendapat perhatian meluas dari seluruh warga Malaysia. Masih terbayang2, gol cantik yang dihasilkan Safawi Rashid serta permainan berpasukan yang kemas ditunjukkan oleh pasukan negara kita wajar mendapat pujian.

Namun, dalam kegembiraan kita menyambut kemenangan pasukan negara, melalui ruangan FB KRT, seorang isteri meluahkan curahan hatinya yang telah mendapat simpati ramai. Niat nya untuk bersama suami ke stadium pada malam tersebut terbantut kerana alasan ‘OT’ yang terpaksa dilakukan si suami. Rupanya, si suami telah pun pergi menonton perlawanan malam itu di stadium bersama kekasih hatinya. Tambah memilukan, si isteri rupanya penghidap sakit rahim stage 3. Ikuti curahan hatinya yang memilukan dibawah.

Assalam min. Saya nak luahkan curahan hati. Saya baru kahwin 3 tahun dan ada baby umur 5 bulan. Tadi saya tunggu suami saya balik keje kul 5 dalam keadaan excited dan gembira sangat. Ingatakn nak suprisekn kat dia yang saya ada ticket bola Malaysia Vs indonesia untuk dua orang.

Jadi saya WhatsApp lah dia, “Balik awal tau, saya ada suprise bila awak balik nanti” So dia reply , “Tak leh la , saya ada banyak kerja lagi, kena OT” Tapi tak pe, saya faham, dia cari rezki untuk kami sekeluarga. So tiket tu saya let go bagi kat abang2 saya. Saya duduk sorang kat rumah dengan baby.

Tengah2 online instagram , tiba2 kawan ada DM saya. Dia send screensht gambar suami saya dengan pompuan lain yang sedang menonton bola kat stadium. Pastu saya terus stalk pompuan tu kat IG. Rupanya betul lah. Suami saya tipu saya. Mti2 saya percayakan dia selama ni.

Saya nampk pompuan tu update2 gambar mereka date pada time yang suami saya cakap OT hingga lewat tu. sakit hati saya min. Dah lah mereka berpegangan mesraa bagai. Mereka berhubungan selama ni saya tak tahu. Siap pmpuan tu ada tag yang dah check in kat suatu hotel. Huhu.

Alahai , saya tak tahu apa nak buat. Saya asyik terfikir apa salah saya , apa kurang saya. Mungkin dari kecantikan saya kalah kot😅. Dan saya dapati pmpuan tu adalah ex dia. Tak pela wahai encik suami, saya akan pertahankan rumah tangga kita selagi saya mampu 😘.

Abang, kalau abang nampk curahan hati saya ni, saya tengah hidap sakit rahim stage 3 😊. Saya tahu abang ada kat dalam KRT ni. Cuma nak pesan, bila saya dah takde nanti, abang tolong jaga kan baby kita ye. Dan pompuan tu boleh lah jadi mak tiri kat baby kita. Saya cuma nak luangkan masa dengan abang je. Dan masa ni lah yang sesuai sebab abang suka tengok bolaa.

Terima kasih budi baik abang selama ni. Anak kita tu Jaga elok2 nah. Sayang abang. Saya bukan nak raih smpati. Just nak pesan dekat kita semua. Hargai lah suami dan istri korang. Nak menduakan? Jangan. Lama2 mereka akan tau juga. Sekian luahan saya. Tq admin.

Reaksi warganet.

Perkongsian memilukan dari wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka. Ummul Syabinar –Cerita paling sedih tahun 2019. Terima kasih mengalir air mata saya ni. Semoga awak diberikan kesembuhan dan dimudahkan segala urusan ya. . Take care.

Dedek Sadan -Sebelum ni ada juga sorang tt luahkan yang dia s4kit suami takpeduli. Die luahkan kat page ni. Taklama lepas tu laki dia sdarii yang mluahkan pulak baru tahu bini sakit dan selama ni taklayan bini baik2. . Tp sayag bini dah tenang disana. . 😥jangan pulak yang ni sejarah berulang kmbali😭

Rabbah Sufi -Allah. Engkau beri kan lah keajaiban untuk saudari kami yang dalam kesakitan ini. Engkau angkat lah penyakit nye dari tubuh badan nye. Kurnia kan lah saudari kami ini kesembuhan. Beri kan lah kesihatan tubuh badan nye. . Untuk dia merasa nikmat bahagia dalam dunia sementara ini. Ya Allah hanya engkau lah yang berkuasa di muka bumi ini. Aku bermohon dari mu ya Allah ya rahman ya rahim. Aamiin

Firdaus Syak1rin -Pesanan untuk awak, fokus kepada pemulihan diri awak daripada penyakit tu. Sentiasa berdoa untuk Allah angkat penyakit tu daripada diri awak. Tiada apa yang mustahil untuk terjadi dengan izin-Nya. Pesanan untuk suami awak, kau lelaki tak guna.

Hernie Yusliza -Sis, Tengok mata anak awak dan cakap dekat diri sendiri awak kena bangun dan kuat untuk tengok dia mmbesar. Cncr bukan bererti mti. Ramai pejuang cncr diluar. Termasuk diri saya sendiri. Cncr akan hilang dengan cara awak bahagiakan diri awak. Cncr anti pada kebahagiaan. Always remember pasangan kita bukan hak kita.

Kalau bukan kita yang mncintai diri kita sendiri, siapa lagi. Betul tak. So take a chill pill sis. Fikirkan diri awak dan anak. Saya doa awak akan sembuh. Dan bebas cncr dan awak akan bersama memimpin tangan anak untuk ke universiti nanti. . Much love for you sis.

Azira Azman -Ya Allah apaa ni min. Kuatnya awak, berderai luruh jantung jiwa saya yang baca ni. Kami akan mendoakan kesihatan awak, semoga sentiasa dibawah lindungan Nya. Untuk suami awak kami doakan semoga Allah buka mata dia untuk hargai awak sebelum ada yang membuatakan dia menyesal seumur hidup. Memang rasa nak carrut berbakul2 depan muka laki awak ni tapi siapa lah kami.

Sedangkan awak mampu dan kuat hadapi dugaan ini sambil tersenyum. Semoga yang baik baik sahaja untuk awak. Anggun Inara -Allahu. Sedihnya. Teringat kakak. Dikala perut memboyot bawa zuriat si suami, suami berpoya2 dengan prmpuan lain.

Di kala bertrung nywa untuk melahirkn, suami bergembira berjumpa bakal mertua. Ya Allah betapa tabahnya beliau sehingga ke nafasnya yang terakhir. Bertahan untuk stage 4, demi anak2 tercinta. Bila anak2 dah pandai uruskn diri sndiri, akhirnya Allah lebih sayangkn dia, dia pergi dengan tenang 😥.

Tak terluah dengan kata2 untuk lelaki yang sebegini. Andai satu hari nanti, Allah pilih kamu wahai lelaki untuk ujian seberat ini, jangan sekali kau salahkn takdir. Tolehlah kebelakang dan ingat smula apa yang pernah kau lakukan. Alfatihah untuk aruwah kakak.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sungguh memilukan curahan hati seorang isteri ini. Sungguh kuat dan tabah hatinya. Tidak sekalipun dicci mki suaminya. Semoga si suami tersedar sebelum terlambat. Moga si isteri diberikan kesembuhan dari pnykitnya.

Apa pula kata anda. Yang baik itu kita jadikan tauladan. Yang buruk kita jadikan sempadan. Kongsikan, moga memberi pengajaran dan peringatan buat kita semua. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: http://edisimaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *