Tiga lelaki ini cuba rentas Negeri menggunakan basikal. Akhirnya kena tanya dengan abang polis. Tak sangka ini tindakan yang mereka terima.

Uncategorized

ELEBU: Tiga lelaki yang beriadah dengan berbasikal dari Ampang, Selangor ke Jelebu, Negeri Sembilan dikompaun kerana merentas negeri tanpa kebenaran. Ketua P0lis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata ketiga lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu dit4han di jalan masuk ke Kampung Chennah jam 10 pagi semalam oleh angg0ta p0lis dan rela yang meronda.

Katanya ketiga-tiga individu berkenaan gagal memberikan alasan munasabah dan merentas negeri tanpa kebenaran p0lis. “Berikutan itu, k0mpaun RM1,000 dikeluarkan ke atas ketiga-tiga lelaki terbabit mengikut Seksyen 25 Akta Penceg4han Dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988.

“Bayaran k0mpaun patut dilakukan di Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu sebelum 3 Jun depan bagi mengelakkan tindakan pend4kwaan, sekiranya gagal membayar k0mpaun,” katanya hari ini. Maslan turut mengingatkan orang ramai tidak merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB) sama ada riadah berbasikal, konvoi bermotosikal atau kereta tanpa kebenaran pihak p0lis.

PKPB : “Rentas Negeri Kini Tidak Lagi Dibenarkan” – Ismail Sabri

Kerajaan hari ini telah menarik kembali kelonggaran yang diberikan terhadap orang ramai yang layak untuk melalukan pergerakan rentas negeri. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memamklumkan perkara tersebut sewaktu sidang media harian di Putrajaya petang tadi.

Menurutnya kerajaan sebulat suara untuk tidak lagi membuka peluang tersebut kepada orang ramai justeru orang ramai tidak perlu lagi hadir ke mana-mana balai p0lis untuk membuat permohonan memandangkan tiada lagi pengecualian

“Mulai hari ini juga, kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika cuba rentas negeri akan dik0mpaun. Kita semua sedia maklum, semalam seorang perempuan p0sitif C0vid-19 akibat daripada rentas negeri. Oleh itu, sudah tidak ada kompromi dan tidak ada tolak ansur mengenai rentas negeri,” katanya ketika sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.

Semalam sahaja menurutnya terdapat sejumlah 2,412 kenderaan yang diarahkan berpatah balik kerana cuba rentas negeri untuk pulang ke kampung semalam. Tambahnya masih ramai orang yang seolah tidak ‘faham bahasa’ dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan sebelum ini sehingga berlaku kesesakan di balai p0lis oleh mereka yang ingin memohon merentas negeri.

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Mengejutkan PM Jalani Kuarintin Selama 14 Hari Mulai Hari Ini Kerana Pegawainya Positif Covid 19. Tak Sangka Ini Puncanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.

“YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19. YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

“Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” memetik kenyataan itu.

Selain Muhyiddin, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini. Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Semoga PM kita selamat sentiasa. Aminn

Tan Sri Muhyiddin Lantang Bersuara Tentang Sekolah Yang Bakal Dibuka. Akhirnya Perdana Menteri Dedahkan Murid Yang Akan Mula Bersekolah Semula Dengan Sop Yang Baru

Menerusi Perutusan Khas Perdana menteri sempena Hari guru tanggal 16 Mei 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM akan diberikan keutamaan untuk ke sekolah terlebih dahulu apabila sekolah dibuka nanti.

“Apabila sekolah dibuka nanti, untuk permulaan, kita berikan keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM untuk ke sekolah dahulu”, ujarnya. Pun begitu, beliau menegaskan bahawa SOP mengenai jarakkan sosial yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi supaya penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga sekolah dapat dielakkan.

“Ini untuk memastikan SOP mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi. “SOP ini meliputi prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain”, tambahnya lagi.

Sumber: Bernama/Muhyiddin Yassin

Covid 19 Belum Selesai Tapi Sesi Persekolahan Dibuka Semula. Akhirnya Menteri Pendidikan Bersuara Lantang Pelajar Perlu Kembali Ke Sekolah. Tak Sangka Ini Cabaran Dan SOP Yg Bakal Diambil

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam fasa merangka prosedur operasi standard (SOP) pasca Covid-19 bagi sesi persekolahan negara apabila ia dibuka semula. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap perubahan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran kepada 5.4 juta pelajar seluruh negara.

Menurutnya, ia cabaran besar kepada KPM untuk memastikan pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan agar keselamatan dan kesihatan tidak terjejas ketika di sekolah. “Jika dulu sebuah kelas boleh memuatkan sehingga 35 pelajar namun selepas ini jumlah itu akan dikurangkan kepada 16 hingga 17 orang bagi menjaga jarakkan sosial.

“Ini adalah cabaran KPM bagaimana untuk menempatkan pelajar ini agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan tetapi dalam masa sama SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Soal Rakyat Wawancara Khas Bersama Menteri Kanan Pendidikan terbitan TV3, semalam.

Beliau berkata, guru juga perlu bersedia memastikan pelajar terus bermotivasi selepas tidak hadir ke sekolah lebih dua bulan lalu kerana pandemik Covid-19. Katanya, peranan guru juga akan berbeza kerana perlu memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi pelajar apabila sekolah dibuka nanti.

“KPM akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan Lima dan Enam untuk hadir ke sekolah terlebih dulu untuk memantau tahap kepatuhan serta keberkesanan SOP yang ditetapkan. “Kementerian juga akan pastikan penerokaan ilmu itu akan terus berjalan dengan lancar walaupun dalam suasana pembelajaran yang berbeza,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Boleh Solat Jumaat Terawih Dan Solat Aidilfitri Di Masjid. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Tentang Perbincangan Melibatkan Solat Jumaat Buat Ramai Terkedu

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan jangkaan mengenai situasi penularan Cov-19 dalam tempoh dua hingga empat minggu kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Mesyuarat yang bermula awal hari ini kata Noor Hisham, adalah untuk memberikan memberikan pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung cadangan membenarkan silat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya sudah membentangkan perkembangan COV-19 dari mula hingga kini dan jangkaan kita (mengenai situasi penularan) dalam tempoh dua hingga empat minggu. “Selain solat Jumaat, ada banyak yang dibincangkan, saya jawab semua soalan yang dibangkitkan dengan sebaik mungkin termasuk kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Noor Hisham berkata demikian menjawab pertanyaan media tentang nasihat KKM tentang mesyuarat yang membincangkan tentang saranan solat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri semasa PKPB. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah memberikan penerangan dan langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Kita berharap kebijaksanaan jawatankuasa muzakarah terbabit untuk memberikan pandangan dan sebarang keputusan daripada muzakarah terbabit akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja,” katanya. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,

garis panduan solat Jumaat dalam tempoh PKPB yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja. Garis panduan itu adalah sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *