Tak Sangka Pada Aidilfitri Ini PKPB Akan Ditamatkan Dan PKP Akan Dilaksanakan Semula. Penasihat Khas PM Dedahkan Ini Puncanya PKP Akan Dilaksanakan Semula.

berita

KERAJAAN diminta menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Hari Raya Aidilfitri sebagai langkah pencegahan peningkatan C0vid-19 di negara ini. Mencadangkan perkara itu, Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, ia berikutan terdapat peningkatan kes C0vid-19 di Korea Selatan dan Jerman.

Katanya perkembangan di kedua-dua negara itu begitu membimbangkan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika Aidilfitri. “Sangat bimbang melihat peningkatan kes di Korea Selatan dan Jerman dan bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan bahaya.

“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (C0vid-19), kita mungkin kalah daripada semua yang dibuat. Tuhan melarang. Mari berjaga-jaga.

Malaysiakini – Penasihat khas PM cadang laksana semula PKP pada …

“Mungkin lockdown semasa hari raya adalah langkah pencegahan yang baik. Mari kita laksanakannya dengan progresif, “katanya di laman Twitter hari ini. Ciapan itu turut mengundang sokongan warganet yang rata-rata mahu kerajaan lebih tegas dalam isu itu.

Dalam ciapan itu Jemilah turut menanda akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan pesta Kaamatan pada hari pertama dan hanya dalam kalangan ahli keluarga dengan jumlah tetamu seramai 20 orang, manakala rumah terbuka perayaan tidak dibenarkan.

Sedikit latar belakang penasihat khas PM Malaysia

YAB Perdana Menteri telah bersetuju melantik YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dan Setiausaha Bahagian Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Pada 2019, beliau dipilih sebagai pemenang ASEAN Prize 2019 iaitu anugerah berprestij rantau ASEAN bagi mengiktiraf pencapaian individu atau organisasi dalam memupuk identiti dan semangat serantau ke arah pembangunan Komuniti ASEAN menjelang 2025.

YBhg Tan Sri Dr Jemilah Mahmood merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau bertanggungjawab menasihati YAB Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan bidang kesihatan.

komen warganet rata2 besetuju dengan cadangan ini.. dibawah disertakan komen warganet berkenaan isu ini. Setuju raya ni kuatkuasakn pkp..sbb klu pasal raya ni mmg ade dikalangan rakyat yg takkan ingat dunia bila beraya ni..diorg takkn ikut SOP PKPB ni nnti..baik kuatkuasakn terus PKPD ni..lagi selamat..mencegah lebih baik daripda mengubati..

Tahun ni je berpantang tak payah ziarah menziarahi takkan tak boleh,asyik nak seronok,asyik nak enjoy ja time raya sebelum2 ni sampi tak ingat dunia..biar tahun ni takde benda2 tu semua..lagi elok..ada hikmah Allah datangkan wabak C0VID 19..

Ziarah menziarahi dlm Islam adalah pkara yg disunnahkn lebih2 lagi hari raya..tpi kebiasaan masykat kita ni ada antara mereka ni yg mencemarkan kesuciaan bulan syawal ngan pkara2 yg ditegah ugama.. makanya elok la Allah bgi wabak ni..bgi sedar muhasabah diri dan kembali pda ajaran Islam yg sebenar.. aku cdg buat mcm arab saudi,4 hari trus die buat perintah brkurung yg mmg rakyat x boleh kluar lgsung..so lpas tu hari ke-5 buatlah smula pkpb..walopun rugi tpi kite dh usaha kott..

Sumbe Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *