Kerajaan tiada kompromi. Akhirnya Ds Ismail Sabri bersuara lantang selepas ini rentas negeri tidak dibenarkan lagi sama sekali. Rupanya ini puncanya.

berita

Pergerakan merentas negeri sama sekali tidak dibenarkan lagi selepas ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ujar beliau, keputusan itu diputuskan setelah kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi susulan kes yang berlaku semalam melibatkan seoarang wanita yang didapati positif setelah merentas negeri untuk sampai ke kampung.

”Akibat rentas negeri seorang perempuan didapati postif apabila sampai ke kampung akibat merentas negeri. ”Sebab itu kita tak ada kompromi lagi atau bertolak ansur dalam soal rentas negeri,” kata beliau.

PDRM Dan ATM Spotcheck Rumah Ke Rumah Semasa Rakyat Sedang Sambut Hari Raya. Akhirnya DS Ismail Sabri Bersuara Lantang Bongkarkan Keadaan Sebenar Pada Hari Raya Pertama

Menerusi sidang media yang berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarakt (PKPB) yang disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengenai rondaan pihak polis dan angkatan tentera akan menjalankan ron daan setiap kawasan perumahan pada hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, walaupun hari raya rakyat perlu ikut SOP yang ditetapkan dan jika pihak polis manpak atau melihat kenderaan banyak dalam satu rumah mereka akan mengambil tindakan.

Jangan Terkejut Kalau Ada Polis Datang Beraya Di Rumah. Polis Nekad Buru Individu Yang Terlepas Rentas Negeri Untuk Pulang Beraya. Rupanya Ini Tindakan Yang Akan Diambil.

Jangan seronok sangat kepada yang dah berjaya balik kampung. Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit. ”Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan

kampung untuk mengesan mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya. ”Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara,” katanya kepada BH hari ini.

Polis ada rekod butiran individu serta kenderaan

Beliau berkata, polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan. ”Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri,” katanya.

Sebarang kesalahan pergerakan rentas negeri boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967. Sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

berulang-kali menegaskan supaya masyarakat tidak melakukan sebarang pergerakan rentas negeri semasa musim perayaan ini. Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang sebelum ini sudah ‘terlepas’ pulang ke kampung halaman tidak semestinya akan ‘terlepas’ apabila hendak kembali semula ke rumah.

Jangan menyusahkan diri sendiri, kata Ismail Sabri

Sementara itu sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

”Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia berdegil untuk balik kampung …semalam juga sebanyak 1,175 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM.

”Walaupun pelbagai nasihat dikeluarkan dan pihak polis mengarahkan untuk patah balik dan memberi nasihat,” katanya dalam sidang media harian mengenai perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hari ini. Dua hari lepas, sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri telah diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, ditanya mengenai dapatan soal selidik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), beliau berkata lebih 70 peratus daripada 215,712 responden bersetuju meraikan Hari Raya Pertama bersama ahli keluarga di rumah yang sama sahaja.

Kenderaan cuba rentas negeri tambah sekali ganda

ANGGOTA polis bersama tentera membuat pemeriksaan setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di Beranang, Semenyih. TERDAHULU, seperti dilaporkan portal berita Harian Metro jumlah kenderaan yang ditahan polis kerana cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung, meningkat sekali ganda berbanding kelmarin.

Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,248 kenderaan ditahan semalam, berbanding 508 kenderaan kelmarin dan masing-masing diarahkan berpatah balik. “Maknanya lebih ramai rakyat yang cuba masih pulang ke kampung dengan pelbagai alasan.

“Ada yang bersiap-siap lepas sahur bawa anak isteri tapi bila sampai sekatan jalan raya diarah patah balik. “Alhamdulillah polis arah patah balik, kalau dikenakan dikompaun RM1,000 jadi yang rugi adalah kita. “Saya harap tidak perlulah cuba balik kampung terutama rentas negeri,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau memahami perasaan orang ramai yang amat merindui kampung halaman masing-masing, namun jika masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kes jangkitan Covid-19 berkurangan, pastinya PKP berakhir segera.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan warganet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *