Masih ramai yang tak dapat dan BPN belum masuk. Tak sangka akhirnya Menteri Kewangan bersuara lantang dedahkan sesuatu kepada pemerima yang masih menunggu

berita

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang giat memproses rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan akan memberi pertimbangan sewajarnya. Pemohon juga diingatkan untuk mengemukakan rayuan dengan kadar segera sebelum tarikh tutup rayuan yang dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.

Bayaran fasa kedua BPN sehingga 22 Mei. Malah, bayaran bagi fasa kedua BPN yang sepatutnya selesai hujung minggu lalu akan diteruskan sehingga 22 Mei ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai Kementerian Kewangan, LHDN dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menjalankan tugas membantu rakyat dengan penuh dedikasi.

“Selama hampir dua bulan tanpa henti, pegawai-pegawai ini bertungkus-lumus memastikan BPN dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya ketika membentangkan Laporan Keenam Pencapaian Prihatin-Laksana, hari ini.

Menurutnya, bayaran untuk BPN bagi permohonan baharu dan rayuan mula diberikan sejak 15 Mei lalu yang membabitkan 830,000 penerima dengan bayaran sebanyak RM620 juta. “Sehingga 17 Mei lalu, bagi fasa pertama, seramai 7.84 juta penerima sudah menerima bayaran sebanyak RM5.54 bilion.

“Bayaran yang sudah selesai ini termasuklah untuk penerima yang tiada akaun bank atau gagal kredit. “Kadar pencapaian fasa pertama masih pada tahap 96 peratus, seperti minggu lalu,” katanya. Menurutnya, bagi fasa kedua pula, seramai 7.61 juta penerima BPN sudah menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion.

“Ini mewakili pencapaian 93 peratus daripada peruntukan untuk fasa kedua. Sasaran sebelum ini adalah untuk menyempurnakan bayaran pada hujung minggu lalu, namun disebabkan beberapa kekangan teknikal, usaha menyalurkan pembayaran akan berterusan sehingga 22 Mei ini,” katanya.

830,000 pemohon baharu BPN sudah terima bayaran. Seramai 830,000 daripada 2.3 juta pemohon baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah menerima bayaran sejak 15 Mei lalu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia membabitkan pembayaran berjumlah RM620 juta.

“Susulan lanjutan proses rayuan yang diumumkan minggu lalu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang giat memproses rayuan yang diterima dan akan memberi pertimbangan sewajarnya.

“Pemohon diingatkan untuk mengemukakan rayuan dengan kadar segera sebelum tarikh tutup rayuan yang telah dipanjangkan sehingga 31 Mei 2020,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HMETRO ONLINE/ Oh MyMedia

Pembayaran BPN kedua selesai hujung minggu ini

KEMENTERIAN Kewangan mensasarkan untuk menyempurnakan kesemua pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Kedua selewat-lewatnya menjelang hujung minggu ini. Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bayaran Fasa Kedua sudah bermula membabitkan 5.79 juta penerima dengan jumlah RM2.63 bilion.

“Daripada (keseluruhan) 8.3 juta penerima yang sudah diluluskan, pencapaian pembayaran Fasa Pertama adalah pada kadar 96 peratus manakala Fasa Kedua yang sedang berjalan ini di tahap 49 peratus,” katanya semasa membentangkan Laporan Kelima Pencapaian Prihatin-Laksana, hari ini.

Beliau berkata bayaran Fasa Kedua akan diteruskan pada minggu ini dan bagi penerima yang tiada akaun bank atau berstatus Gagal Kredit, penerimaan bayaran secara tunai boleh dibuat di BSN mulai 14 Mei. “Ini dianggarkan akan membabitkan 800,000 penerima dengan peruntukan RM300 juta,” katanya.

Sementara itu, bagi pelaksanaan projek kerajaan berskala kecil, Tengku Zafrul berkata, senarai projek yang sudah dimuktamadkan adalah bernilai RM2.4 bilion. Katanya, kementerian sudah mengeluarkan pekeliling berhubung tatacara perolehan selaras dengan keperluan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sebagai contoh, dengan keperluan penjarakkan sosial, proses cabut undi tidak lagi diadakan dalam dewan dengan dihadiri beratus kontraktor tetapi dibuat di pejabat kerajaan dengan siaran langsung melalui media sosial. “Agensi kerajaan yang berkenaan disarankan mengguna garis panduan baharu untuk menyegerakan proses perolehan dan pelaksanaan projek,” katanya.

Sumber hmetro

Jangan Terkejut Kalau Ada Polis Datang Beraya Di Rumah. Polis Nekad Buru Individu Yang Terlepas Rentas Negeri Untuk Pulang Beraya. Rupanya Ini Tindakan Yang Akan Diambil.

Jangan seronok sangat kepada yang dah berjaya balik kampung. Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit. ”Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan

kampung untuk mengesan mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya. ”Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara,” katanya kepada BH hari ini.

Polis ada rekod butiran individu serta kenderaan

Beliau berkata, polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan. ”Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri,” katanya.

Sebarang kesalahan pergerakan rentas negeri boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967. Sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

berulang-kali menegaskan supaya masyarakat tidak melakukan sebarang pergerakan rentas negeri semasa musim perayaan ini. Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang sebelum ini sudah ‘terlepas’ pulang ke kampung halaman tidak semestinya akan ‘terlepas’ apabila hendak kembali semula ke rumah.

Jangan menyusahkan diri sendiri, kata Ismail Sabri

Sementara itu sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

”Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia berdegil untuk balik kampung …semalam juga sebanyak 1,175 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM.

”Walaupun pelbagai nasihat dikeluarkan dan pihak polis mengarahkan untuk patah balik dan memberi nasihat,” katanya dalam sidang media harian mengenai perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hari ini. Dua hari lepas, sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri telah diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, ditanya mengenai dapatan soal selidik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), beliau berkata lebih 70 peratus daripada 215,712 responden bersetuju meraikan Hari Raya Pertama bersama ahli keluarga di rumah yang sama sahaja.

Kenderaan cuba rentas negeri tambah sekali ganda

ANGGOTA polis bersama tentera membuat pemeriksaan setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di Beranang, Semenyih. TERDAHULU, seperti dilaporkan portal berita Harian Metro jumlah kenderaan yang ditahan polis kerana cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung, meningkat sekali ganda berbanding kelmarin.

Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,248 kenderaan ditahan semalam, berbanding 508 kenderaan kelmarin dan masing-masing diarahkan berpatah balik. “Maknanya lebih ramai rakyat yang cuba masih pulang ke kampung dengan pelbagai alasan.

“Ada yang bersiap-siap lepas sahur bawa anak isteri tapi bila sampai sekatan jalan raya diarah patah balik. “Alhamdulillah polis arah patah balik, kalau dikenakan dikompaun RM1,000 jadi yang rugi adalah kita. “Saya harap tidak perlulah cuba balik kampung terutama rentas negeri,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau memahami perasaan orang ramai yang amat merindui kampung halaman masing-masing, namun jika masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kes jangkitan Covid-19 berkurangan, pastinya PKP berakhir segera.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *