Terkini Kuala Selangor kembali jadi zon kuning. Rupa rupanya ini yang berlaku pada kawasan yang tiba tiba kes meningkat sekaligus.

berita

SHAH ALAM: Kuala Selangor kembali memasuki zon kuning apabila empat mukim di daerahnya merekodkan k3s aktif COV1D-19, semalam. Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web menteri besar, amirudinshari.com, sehingga 12 tengah hari semalam, daerah itu merekodkan tujuh kes aktif baharu sekaligus mengembalikannya ke zon kuning.

Empat mukim berkenaan adalah Ijok, Jeram, Kuala Selangor dan Pasangan. “Hari ini (semalam) pertambahan kes baharu mempengaruhi demografi kes aktif Selangor di mana daerah Kuala Selangor kembali ke zon kuning. “Kami sudah ingatkan berulang kali bahawa penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai pelitup muka itu bukanlah soal main-main, ia semata-mata untuk keselamatan dan keselesaan anda juga.

“Sekiranya terjadi jangkitan baharu, kesemua kebebasan ini akan ditarik balik,” katanya. Selain Kuala Selangor, daerah lain masih berada dalam zon kuning adalah Hulu Langat (33), Gombak (14), Klang (11), Hulu Selangor (8) dan Sabak Bernam (3) dan satu di Sepang.

Petaling masih kekal di zon merah dengan pertambahan satu kes kepada 50 kes berbanding 49 pada Ahad lalu manakala Kuala Langat pula mengekalkan status zon hijau sejak 8 Mei. Sementara itu, sebanyak lapan kes baharu COV1D-19 direkodkan di Selangor semalam menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 1,644 kes. Sebanyak 127 kes aktif, 1,450 kes sembuh serta 21 pemergian direkodkan sehingga kini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : BH

Pesakit Terakhir Covid 19 Dibenarkan Pulang. Akhirnya Terengganu Diisytiharkan Zon Hijau Lepas Rekodkan Sifar Kes Positif Covid 19 Dalam Tempoh 14 Hari.

Selepas 53 hari menerima rawatan di Hospital di Terengganu, seorang pemuda yang juga merupakan pesakit terakhir positif Covid-19 di Hospital  Hulu Terengganu telah disahkan sembuh dan dibenarkan keluar. Hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 25 pemuda berasal dari Betong, Sarawak ini menzahirkan rasa syukur diatas kesembuhannya.

Memetik daripada Bernama, Hafiz yang juga merupakan peserta ijtimak Tabligh Sri Petaling mengakui berasa gembira kerana dapat pulang ke negeri kelahirannya bagi meneruskan puasa dan merayakan hari lebaran nanti.

Sedih rakan2 dah keluar wad lebih awal

Namun begitu, disebalik kegembiraannya, dia mengakui berasa sedikit sayu apabila rakan-rakan pesakit yang sama-sama dirawat telah pun dibenarkan pulang pada minggu lepas. Hal ini kerana hubungan antara mereka bagaikan sebuah keluarga.

“Hubungan kami bagaikan sebuah keluarga, begitu juga hubungan dengan kawan-kawan (pesakit Covid-19 lain) juga sangat erat, cuma saya agak terkesan apabila beberapa kawan rapat dibenarkan keluar pada minggu lepas.”

Berharap agar pendemik akan berakhir kelak

Dalam pada itu, Hafiz turut menitipkan pesanan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak mengambil mudah akan Covid-19 dan sentiasa mengamalkan gaya hidup seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar pendemik ini akan cepat berakhir supaya semua orang dapat kembali hidup secara normal. “Harapan saya agar wabak ini segera berakhir supaya kita semua dapat hidup seperti biasa secepat mungkin.”

Terengganu Zon Hijau

Setakat ini, kesemua lapan daerah di Terengganu kini dikategorikan sebagai zon hijau kerana telah merekodkan sifar kes positif Covid-19 bagi tempoh 14 hari dengan kes terakhir dikesan pada 23 April di Besut dan kesemua 13 pusat kuarantin juga sudah ditutup kecuali satu di Kemaman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Bernama

Wad mula kosong tapi sayu bila bekas pesakit Covid 19 keluar. Akhirnya ini luahan rindu jurujawat yang merawat kluster tabligh dan tahfiz

Sejak akhir-akhir ini, kita dapat melihat bahawa ada penurunan dalam laporan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah. Penurunan ini sedikit sebanyak berjaya membuktikan bahawa langkah yang di ambil bagi mengekang penularan wabak ini adalah tepat sekali.

Tidak kurang juga bilangan pesakit yang telah pulih dan discaj dari h0spital. Bilangan kes pulih saban hari meningkat dan lebih tinggi daripada jumlah kes baru yang dilaporkan.

Seorang jururawat yang ditugaskan untuk merawat pes@kit-pes@kit Covid-19 bernama Rabiatul Adawiyah ini ada berkongsikan tentang suasana dan situasi yang sedang terjadi di wad di mana dia bertugas. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Bye-bye memori covid-19

16 march 2020 – 29 april 2020. Ward teratai 2c h0spital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sayu bila tengok ward kami dah lengang tiada patient. Dah takde dengar suara laungan azan, ayat suci al-quran dan solat berjemaah. Terkesan di hati rindu saat ade mereka yang muliakan agama walaupun di uji di asingkan dari keluarga dan masyarakat sekeliling.

Sebak apabila malam 4 ramadhan mereka menunaikan terawih diketuai imam pes@kit tabligh dan di akhiri dengan takzirah yang terkesan di hati para pes@kit dan juga kami frontliner yang bertugas. i will remember miss this moment. Kenangan indah menjaga pes@kit covid-19. Kluster tabligh, kluster adik tahfiz, kluster uia.

Terima kasih kerana dikurniakan pengalaman kenangan yang paling berharga. Semoga kite jumpa lagi di lain masa. Maaf atas kekurangan yang ada. semoga kite semua dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga semua ward ward lain akan clear dan dikosongkan. Masih ada lagi beberapa ward yang masih buka and di negeri lain beransur kurang pes@kit covid-19. Semoga covid-19 zero case dan kite boleh beraya bersama family.

Thanks a lot untuk team 2c yang sukarela berjihad demi merawat patient covid. Tq team covid 2c. Walaupun baru kenal berbeza tempat betugas sebelum ni ada yang di ward, klinik dan h0spital lain. Kite sama-sama bantu membantu dalam memberi per@watan pes@kit covid-19 . We are fighter!! Dan last sekali alhamdulillah baju berlapis-lapis bukan baju raya kami.

#fightercovid19 #covid19malaysia #covid19 #stayathomekitajagakita #kitapastimenang #zerocovid. Bye bye memori covid 19 16 march 2020 – 29 april 2020ward teratai 2c h0spital tengku ampuan afzan,kuantan.sayuuu… Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit: Rabiatul Adawiyah via SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *