Masih ramai lagi yang ingkar arahan untuk bagi nama dan nombor telefon sebenar semasa masuk premis. Akhirnya Ds Ismail Sabri tampil bersuara lantang beri respon padu.

berita

SEGELINTIR orang ramai didapati masih tidak memberikan nama atau nombor telefon yang sebenar apabila mendaftar masuk ke premis perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, orang ramai tidak perlu bimbang kerana nombor kad pengenalan dan alamat rumah tidak diperlukan untuk mendaftar masuk, tetapi sekadar nama sebenar dan nombor telefon yang mudah untuk dihubungi.

“Tujuannya sekiranya berlalu apa-apa berkaitan dengan Covid-19. Katakan ada yang positif, jadi kita boleh menghubungi mereka yang tinggalkan nombor telefon. “Tapi saya difahamkan ada ramai yang beri nama atau nombor yang betul. Ada yang tulis nama sendiri, nama dia Badang ke Superman ke Batman ke, macam-macam lagi.

“Kalau jadi apa-apa, tak boleh nak hubung dia,” katanya pada sidang media. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masih terdapat organisasi dan syarikat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang meminta nombor kad pengenalan semasa mendaftar masuk ke premis mereka semasa PKPB.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, kemungkinan premis meminta nama pada kad pengenalan supaya nama sebenar boleh diketahui. “Jadi, saya harap kepada pengunjung-pengunjung premis-premis perniagaan sama ada restoran dan sebagainya… letak nama dan nombor telefon yang sebenar.

“Sebab kalau terjadi apa-apa kecemasan dan dia adalah kontak rapat dengan yang berkait positif Covid-19. Kalau restoran telefon, tengok nama Superman, siapa dia? “Tiba-tiba nombor pun tak betul, dia main tulis je nombor. Akhirnya yang susah adalah mereka yang tak bagi nombor dan nama sebenar,” tambahnya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kekurangan pusat kuarantin di Sabah merupakan punca pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah tidak dibawa pulang sebagaima yang menjadi rungutan segelintir ibu bapa. Beliau bagaimanapun berkata, perkara tersebut telah diselesaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Kerajaan Negeri Sabah

“Oleh kerana, kita sudah menganggap pelajar-pelajar ini datang dari kampus mereka di kawasan zon hijau lebih satu bulan, tiada ada gelaja dan sebagainya, jadi Kementerian Kesihatan menganggap mereka bersih daripada Covid-19.

“Kalau dulu, semua pelajar yang balik akan dikuarantin. Jadi, kita membuat persetujuan bahawa sebelum mereka pulang, mereka akan menjalani saringan kesihatan melalui ujian swab. Jika negatif, mereka boleh terus balik ke Sabah dan tidak akan dikuarantin di pusat kuarantin tetapi kuarantin di rumah. “Ini membolehkan pelajar-pelajar dari Sabah untuk dihantar pulang ke Sabah. Yang positif pastinya dihantar ke hospital,” katanya.

Wartawan Berhimpit Himpit Ketika Bertugas Langsung Tak Patuhi SOP KKM. Akhirnya SD Ismail Sabri Bersuara Lantang Menegur Pengamal Media Yang Masih Ingkar SOP

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa pengamal media yang bertugas membuat laporan berita diminta supaya mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM. Menurutnya, telah timbul satu isu semalam dimana pengamal media yang datang terlalu ramai berhimpit-himpit dan jelas tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Justeru, beliau memohon kepada pengamal media supaya mematuhi setiap SOP yang dikeluarkan termasuklah jarakkan sosial. Pengamal media diminta mematuhi SOP KKM semasa membuat laporan berita – @IsmailSabri60#KomunikasiKita#PKPB#KitaJagaKita #KitaTeguhKitaMenang#COVID19#DudukRumah#StayHome#CMCO

Sumber: Bernama

Berani berhimpit semasa bertugas ingkar SOP KKM, bakal “Kluster Wartawan”?

Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenar diadakan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVI1D-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berikut adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid, surau Solat Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dan empat negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam.

1.Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid. 2.Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut. 3.Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan

4.Jemaah menghidap penyak1it kroni1k, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid. 5.Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing ke masjid

6.Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang. 7.Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat. Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, seperti berikut:

”Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah” ”Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat”

”Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa” ”Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran”

Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan. Namun, perkongsian daripada Syed Shahridzan mencuri perhatian warganet dengan kapsyen ringkas nya:

Jumlah wartawan lagi ramai dari jemaah, lepas tu tak jaga jarak sosial. Kalau ditakdirkan mereka ini menjadi punca penyeb4ran Covi1d-19, agak-agak siapa yang kena kecam? Mungkin muncul istilah “Kluster Masjid”. Berani media nak letak “Kluster Wartawan”? Mungkin institusi agama bakal menjadi mangsa keadaan kerana kesilapan sendiri.

Rata rata warganet setuju dengan kenyataan pemuda ini. Namun, kita seharusnya sentiasa bersangka baik dan mendoakan kesejahteraan bersama. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Syed Shahridzan via RIMBABARA

Boleh Solat Jumaat Terawih Dan Solat Aidilfitri Di Masjid. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Tentang Perbincangan Melibatkan Solat Jumaat Buat Ramai Terkedu

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan jangkaan mengenai situasi penularan Cov-19 dalam tempoh dua hingga empat minggu kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Mesyuarat yang bermula awal hari ini kata Noor Hisham, adalah untuk memberikan memberikan pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung cadangan membenarkan silat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya sudah membentangkan perkembangan COV-19 dari mula hingga kini dan jangkaan kita (mengenai situasi penularan) dalam tempoh dua hingga empat minggu. “Selain solat Jumaat, ada banyak yang dibincangkan, saya jawab semua soalan yang dibangkitkan dengan sebaik mungkin termasuk kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Noor Hisham berkata demikian menjawab pertanyaan media tentang nasihat KKM tentang mesyuarat yang membincangkan tentang saranan solat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri semasa PKPB. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah memberikan penerangan dan langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Kita berharap kebijaksanaan jawatankuasa muzakarah terbabit untuk memberikan pandangan dan sebarang keputusan daripada muzakarah terbabit akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja,” katanya. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,

garis panduan solat Jumaat dalam tempoh PKPB yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja. Garis panduan itu adalah sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.

Garis Panduan Solat Jumaat dalam tempoh PKPB akan diputuskan Majlis Raja-raja

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam hari ini memutuskan satu garis panduan solat Jumaat semasa tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagaimanapun berkata, resolusi muzakarah itu akan di bawa kepada Majlis Raja-Raja. “Ia bagi sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Awal hari ini, Zulkifli berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah meneliti cadangan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan dan surau untuk mencegah jangkitan Cov-19.

Kata Zulkifli, faktor masa yang sesuai untuk pelaksanaan garis panduan itu akan berpandukan kepada nasihat dan saranan KKM selaku pihak yang berkepakaran. Tambah Zulkifli lagi, Raja-raja Melayu mempunyai hak untuk memutuskan sebarang urusan berhubung hal ehwal agama di negeri-negeri.

“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak beraja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh umat Islam untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang. “Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” katanya.

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *