Ramai yang merungut gara gara kelayakan bpn terbatal. Akhirnya lelaki ini dedahkan puncanya yang ramai tidak tahu.

berita

emasa pengumuman pekej rangsangan ekonomi yang lalu oleh PM, ramai yang mengambil maklum tentang pemberian bntuan prihatin buat golongan B40 dan M40. Pengumuman tersebut sedikit sebanyak melegakan majoriti rakyat yang terkesan dengan PKP kerana ramai yang terjejas dari segi sumber pendapatan apabila tidak boleh keluar bekerja.

Pekej rangsangan ekonomi yang diumum tersebut jelas meningkatkan popularitu TSMY kerana ia berbentuk inklusif tanpa mengabaikan mana-mana pihak dengan pengunaan tagline “no one left behind”. Namun begitu baru-baru ini heboh dilaman s0sial apabila ramai yang merungut apabila kelayakan mereka dibtlkan kerana mereka atau pasangan mereka mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan SSM.

“Zaman ni zaman susah untuk semua orang, kita pun try apply BPN ni harapnya adalah rezeki. Tak sangka pulak tak lulus sebab ada SSM. Kesianlah Makcik Kiah dengan Pakcik Salleh yang meniaga tu, dulu kata Makcik KIah boleh dapat sampai 8k. Ramai juga tengok kawan2 lain berbunyi perkara sama, ada yang ssm tak aktif pun tak dapat jugak. Dulu canang, “no one left behind” Selamatklah bersidang 18 Mei ni.” – Tulisnya

Berikut merupakan salah satu entri yang mendapat banyak perkongsian di laman sosial apabila beliau mempertlkaikan SSM sebagai indikator pemberian bantuan. “Kalau betul tak dapat bantuan sebab ada ssm, memang kesian. Apa kaitan ssm dengan kelayakan pemohon?”

“Ssm bukan indikator kekayaan/kemisknan. Ada orang tak ada sekeping ssm pun, tapi tanah bendang berpuluh relung. Ada orang ada 4-5 keping ssm, tapi masih susah berniaga rugi siap berhutng.” “Ada pula orang dia ada ssm setakat ada ssm, berniaga apa pun tidak, hidup struggle macam tu juga. Jadi apa kaitan ssm dengan skim bantuan yang dijanjikan?”

“Kita semakin hilang sekuriti pekerjaan (dah hilang beribu dan akan hilang beribu lagi) yet ssm pula jadi indikator kelayakan.” “Tak masuk akal punya struggle manusia sekarang jual kuih yang untng entah berapa kupang tu pun sanggup redah hujan panas naik motor hantar ke rumah orang woih.” Nak tunggu ssh macam mana lagi?” tulis Fdaus Ahmad.

Namun begitu ramai juga yang hanya tahu mempertikaikan tentang keperluan merujuk SSM dalam pemberian BPN sehinggalah diterangkan oleh pemilik akaun fb Johan al Fateh ini. “Saya ada baca banyak posting yang mengeluh, mereka tak dapat BPN sb dh ada SSM”

“Ini bg saya benda yg pelik tak pernah lg saya jumpa kes mcm ni, btw, yang masih belum mengenali saya, Kerja saya setiap hari duk bantu perniaga2 yang ada SSM ni, buat akaun dan submit cvkai mereka” “Mostly plngan saya yang B40 (ada SSM) semuanya LAYAK dapat BPN. Takda Masalah pun. Malah Ada yang pada tahun 2019 mereka dh capai tahap pendapatan T20 tetapi mereka masih layak dapat BPN RM 1,600”

“Ini bukan cerita ada SSM ke tak, Ini cerita awak buat akaun dan declare cvkai ke idok itu je? Bukan slh k’jaan, bukan slh SSM, sb data yg saya ada menunjukkan kesemua pelanggan saya yg pndapatan kurang rm8,000 (seperti yg mereka declare dalam borang B) semuanya dapat.”

“Bukan tu sahaja, malah kesemua mereka ni sedang menunggu kelulusan Geran Khas Perihatin RM 3,000” “Cuba tepuk dada, tanya diri sendiri, adakah aku dh submit dan declare pndapatan aku kpd k’jaan? Kalau tak tau macam mana haa”. Perkongsian beliau mendapat pelbagai reaksi masyarakat sehinggakan ramai yang tinggalkan komen.

“Senang je.. Ikut arahan.. Ape sush…ni duk pusing2 takut nk declare itu ini..kite xtolong diri kite mcm mn org nk tolong kn…pastu bising xdpt bntuan…. Bnde simple…usaha sikit je, proaktif.. Man jadda wajada… Semua ada penyelesaian, kite yg xcari…” kata Ibnu Arsad

“sy ade ssm.mmg xde declare pdpatan ke cukai ke sbb ssm yg ade pon utk nege pasar malam yg purata pndapatan xmnntu. dapat duit pon xtau kemane habis blnjer.. ssm skdr xnk kene saman je nege. nege plk ibarat kais pg makan pg jer…” tulis Ruzita Yakob.

“Rakyat msia ni org berniaga dia nak berniaga jugak, dah niaga kena ikutlah garis panduan berniaga. Makcik Kiah jual goreng pisang untung pasti tak cerita, pendapatan melebihi org makan gaji pun tak cerita, so kat mana Gomen nak tahu untung rugi korang mestilah diberitahu melalui LHDN bukan buku 555 … kalau berniaga mesti ada akaun untung rugi…ko declare pun tak semestinya nya ko kena bayar cukai…aduyai..” tambah Itah Mdtahir pula.

Nampaknya ramai juga yang tidak memahami keperluan untuk mengesahkan pndpatan. Walaupun sekadar memiliki perniagaan yang kecil atau tidak mengntngkan sekalipun, semua pemilik syarikat perlu untuk membuat pengesahan pndapatan.

Jadi melalui pengesahan tersebut barulah kerajaan dapat membuat penilaian sama ada pemilik syarikat tersebut layak untuk menerima bantuan atau tidak. Ada juga penjual produk kosmetik dalam talian yang mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan, jadi adakah individu tersebut layak untuk menerima bantuan?

Mengejutkan Ramai Orang Pergi LHDN Untuk Buat Rayuan BPN. Tiba Tiba Ada Peguam Dedahkan Jangan Datang Melenggang. Rupanya Ini Yang Perlu Bawa Untuk Buat Rayuan.

Penduduk sekitar bandar raya ini menyerbu Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor, di Bandar Baru Uda bagi membuat rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), sejak awal pagi tadi. Tinjauan di perkarangan bangunan berkenaan mendapati orang ramai berbaris panjang sehingga ke luar pagar premis berkenaan dan tidak berganjak walaupun hujan.

Bagaimanapun, kesemua mereka yang berbaris dilihat mematuhi penjarakan sosial selain memakai pelitup muka. Hampir 400 orang yang ingin membuat rayuan BPN difahamkan sudah mula berbaris di lokasi berkenaan sejak jam 7.30 pagi tadi bagi memastikan mereka sempat berbuat demikian sebelum waktu pejabat tamat.

Tinjauan di dalam premis LHDN pula mendapati sebanyak lima kaunter dibuka di bahagian lobi bangunan berkenaan dengan kemasukan pelanggan ke bangunan itu juga dipantau serta dihadkan pada satu-satu masa.

Menurut notis yang ditampal di hadapan pagar bangunan berkenaan waktu operasi LHDN bagi permohonan rayuan BPN bermula jam 8 pagi hingga 4 petang sehingga tarikh akhir 31 Mei depan. Semalam, kerajaan dilaporkan bersetuju melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung berkata, lanjutan itu dibuat selepas kerajaan menerima dan mendengar pelbagai rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima BPN atas pelbagai sebab.

BPN ditolak walaupun sudah diberhentikan kerja

Sementara itu, pemohon yang ditemui, Imran Selamat, 41, berkata, orang ramai sudah mula beratur di perkarangan bangunan berkenaan sejak jam 7.30 pagi. “Saya hadir untuk membuat permohonan semula BPN selepas permohonan sebelum ini ditolak walaupun sudah diberhentikan kerja bulan lalu. ”Diharap permohonan kali ini berjaya untuk digunakan sebagai modal berniaga kecil-kecilan bagi menanggung isteri dan empat anak yang berusia antara 15 sehingga dua tahun,” katanya.

Nasihat peguam bagi yang merayu BPN

Sementara itu seorang peguam berkongsi di Facebook menasihati orang ramai agar tidak melenggang masa datang buat rayuan, pastikan bawa dokumen lengkap. PM kata bagi permohonan BPN yang tak diluluskan, sila rayu lagi. Tempoh rayuan sampai 31/5/2020. Rayuan boleh mula dibuat dari 11/5/2020.

Dapatkan penjelasan apa yang tak kena. Boleh pergi kaunter LHDN. Dapatkan kepastian. ”Saya hendak pesan, kalau hendak ke kaunter, janganlah melenggang. Bawalah siap-siap bvkti atau dokumen yang relevan. ”Bayangkan orang ramai hendak beratur ikut penjarakan sosial, bukan main susah hendak sampai ke kaunter. Jadi siap sedia. Jangan ulang banyak-banyak kali datang sebab dokumen tak cukup.

1. Pastikan dah print out semua. 2. Kalau ada yang kata, gaji saya atau pendapatan tak sampai pun RM4000 tetapi tak dapat. Bawa semua bkti, slip gaji print out. 3. Kalau kita kata, anak kita ramai. Hendak tanggung beberapa orang. Bawalah salinan segala surat beranak dan Mykid.

4. Kalau ada SSM, bawa siap-siap bkti. Print out. Kalau ada bkti-bkti akaun yang menunjukkan memanglah perniagaan memang tak aktif. Bagus juga. 5. Kalau duda atau janda bawa salinan surat pisah.. 6. Pendek kata, bawalah dokumen apa-apa yang hendak menyokong hujah anda.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : Limau Ais

Pkp Dilonggarkan Bukan Bermakna Covid 19 Dah Tamat. Akhirnya Dr Noor Hisham Bongkarkan Ada 4 Kluster Baru.

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pembukaan semula ekonomi negara bukan bermakna Malaysia sudah pulih daripada C0VID-19. Malah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, persepsi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah tamat apabila

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula, adalah tanggapan yang salah. 4 kluster baharu ini buktikan COVID-19 belum berakhir! Tambahan pula, sejak seminggu lalu, masih wujud kes jangkitan C0VID-19 di beberapa lokasi di seluruh negara. Berikut adalah empat kluster baharu C0VID-19 yang direkodkan sejak tujuh hari lalu.

1. Kluster Pedas (8 Mei)

Penemuan kluster Pedas diumumkan pada 8 Mei melibatkan melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan. Dr Noor Hisham berkata, ia selepas 60 kes positif C0VID-19 direkodkan di kawasan tersebut. Menurutnya, kes positif itu melibatkan tujuh warganegara Malaysia, 25 kes Nepal, 18 kes Bangladesh, lapan kes Indonesia dan dua Myanmar.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April.

Sasaran mendapatkan rawatan dan ujian pengesanan saringan C0VID-19 di klinik kesihatan berhampiran lima hari selepas itu. Bagaimanapun dia disahkan positif pada 12 April. “Mereka terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga masing-masing.

Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan. Kes-kes positif kluster ini membabitkan tujuh warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Jumaat.

Daripada jumlah bukan warganegara yang dijangkiti, 25 kes merupakan warga Nepal, Bangladesh (18), Indonesia (8) dan Myanmar (2). Bagaimanapun ujarnya, punca jangkitan masih dalam siasatan. Noor Hisham, turut menasihatkan agar warga pekerja yang mengalami sebarang gejala untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.

2. Kluster pusat beli belah Cheras (7 Mei)

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya mengenal pasti kluster melibatkan anggota serta pengawal keselamatan di pusat beli belah Cheras. Sehingga Khamis, terdapat 10 kes positif C0VID-19 dalam kluster itu, melibatkan sembilan warga Nepal dan seorang warga Malaysia.

KKM telah mengenalpasti satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur. Sehingga 7 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak sepuluh kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan COVID-19 keatas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan

juga pekerja pasaraya yang berkait rapat. Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan

juga pekerja pasaraya yang berkait rapat. Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini. Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk saringan dan pendidikan kesihatan telah diberikan.

3. Kluster Taman BDC di Kuching (4 Mei)

KKM memaklumkan terdapat satu pertambahan kluster baharu di Sarawak dikenali sebagai kluster Taman BDC di Kuching, Sarawak. Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 37 kes positif dilaporkan dari kluster tersebut. Kluster tersebut juga dipercayai berpunca daripada perhimpunan tabligh Sri Petaling.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 37 kes positif dilaporkan dari kluster tersebut. Kluster tersebut juga dipercayai berpunca daripada perhimpunan tabligh Sri Petaling.

“Dan ingin dimaklumkan ada satu kluster baharu dikenal pasti di Kuching iaitu kluster Taman BDC melibatkan sejumlah 37 kes dan ini juga melibatkan perhimpunan tabligh iaitu kes indeks dan telah menjangkiti keluarga ahli masjid dan juga rakan sekerja iaitu melibatkan 3 generasi,” katanya semasa sidang media harian KKM pada Isnin.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham turut menyatakan bahawa sehingga kini, bilangan sampel daripada kluster perhimpunan di Masjid Sri Petaling yang telah diambil adalah sebanyak 35,288. Daripada jumlah tersebut, 2,266 kes didapati positif C0VID-19 melibatkan lima genarasi.

4. Kluster Lanchang (2 Mei)

Penemuan kluster Lanchang diumumkan pada 2 Mei lalu membabitkan pelajar tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang. Kluster Tahfiz Lanchang, kluster baharu dikenal pasti – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham

Boleh Solat Jumaat Terawih Dan Solat Aidilfitri Di Masjid. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Tentang Perbincangan Melibatkan Solat Jumaat Buat Ramai Terkedu

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan jangkaan mengenai situasi penularan Cov-19 dalam tempoh dua hingga empat minggu kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Mesyuarat yang bermula awal hari ini kata Noor Hisham, adalah untuk memberikan memberikan pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung cadangan membenarkan silat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya sudah membentangkan perkembangan COV-19 dari mula hingga kini dan jangkaan kita (mengenai situasi penularan) dalam tempoh dua hingga empat minggu. “Selain solat Jumaat, ada banyak yang dibincangkan, saya jawab semua soalan yang dibangkitkan dengan sebaik mungkin termasuk kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Noor Hisham berkata demikian menjawab pertanyaan media tentang nasihat KKM tentang mesyuarat yang membincangkan tentang saranan solat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri semasa PKPB. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah memberikan penerangan dan langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Kita berharap kebijaksanaan jawatankuasa muzakarah terbabit untuk memberikan pandangan dan sebarang keputusan daripada muzakarah terbabit akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja,” katanya. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,

garis panduan solat Jumaat dalam tempoh PKPB yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja. Garis panduan itu adalah sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *