Hanya 16 kes baru hari ini paling rendah sejak pelaksanaan Pkp. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil buka mulut dedahkan sesuatu buat warganet teruja.

berita

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 12 Mei 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 16 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 6,742.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi. Kes sembuh= 110, Jumlah sembuh= 5,223, Kes positif= 16, Jumlah positif= 6,742. Sebanyak 16 kes dirawat di ICU dan 3 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan.

KKM juga mengenalpasti bahawa daripada 16 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 3 kes adalah kes import dan 13 kes penularan tempatan. KKM melaporkan bahawa daripada jumlah positif terdapat 9 kes adalah daripada bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai 16 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiga kes memerlukan bantuan pernafasan. Dimaklumkan bahawa tiada kes pemergian baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sasaran yang pergi seramai 109 orang atau 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan.

110 Pesakit Lagi Telah Sembuh, Jumlah Keseluruhan Cecah 5,223

Sebanyak 110 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat Selasa (12 Mei 2020). Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi.

Sebanyak 110 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih adalah sebanyak 5,223. Tahniah kepada barisan hadapan! Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 5,223 orang.

Laporan Pengembara Malaysia Positif Covid-19, 12 Mei

Daripada 16 kes baharu dilaporkan hari ini, 3 adalah membabitkan kes import dimana rakyat Malaysia masing-masing telah mengunjungi UK, Singapura dan Jepun. 3 Kluster Covid-19 (Kawasan PKPD) menyaksikan tiada pertambahan kes pada hari ini termasuk PKPD terbaharu iaitu Kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya. BWN = Bukan Warga Negara

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

Sumber: Sidang Media KKM, Twitter KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *