Tak pernah dapat kasih sayang dari bapa. Fasha Sandha tampil buka mulut dedah cerita tentang keluarganya buat warganet terkedu.

artis

Pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu amat sukar untuk dibalas, apatah lagi bergelar ibu tunggal membesarkan anak-anak. Itulah yang yang dikongsikan oleh pelakon jelita Fasha Sandha tentang ibunya, Hatijah Teh Man atau lebih mesra dipanggil Mama Sandha.

“Ibu saya, Mama Sandha adalah ibu yang membesarkan kami adik beradik di atas penat lelah bekerja siang dan malam. I am so proud of her, walaupun seorang ibu tunggal, masih mampu memberikan keselesaan dan membeli rumah buat kami tinggal.

“Kehidupan kami tidak senang, ke sana kemari berbasikal, berpanas, tapi Alhamdulillah, kami bahagia, walau TANPA kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa, mama berjaya membesarkan kami sehingga besar,” tulis Fasha tentang ibunya.

Tambah Fasha, apabila teringatkan ibunya, pasti dia akan terkenang saat ibunya mengayuh basikal menghantar mereka ke sekolah. Kemudian bergegas ke tempat kerja dan memasak di pagi hari sebelum keluar. “Walaupun selalunya hanya telur ayam dan ikan rebus untuk Puss (kucing kami) kenangan yang mampu membuatkan saya tersenyum. Hari Sabtu jalan-jalan dengan mama pergi pasar dan mama masakkan lauk sedap.

“Syukur Alhamdulillah, kami selalu bersyukur. Sejak kecil, walaupun bukan hidup senang, Hari-hari selalu pesan pada diri untuk bersederhana dan selalu bersedekah. Walaupun memberi makan pada haiwan, itu juga sedekah.

“Syukur berkat kesyukuran, kini Allah gantikan dengan kebahagiaan, keselesaan dan kesempurnaan kerana kini saya juga seorang ibu kepada #iburayfalraysha dan anak dalam kandungan. Alhamdulillah,” coret Fasha lagi.

Fasha mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mama yang tersayang dan mendoakan semoga diberi kesihatan yang baik dan semoga bahagia dunia dan akhirat. “Ya, Hari-hari adalah hari untuk ibu tetapi hari ini (10 Mei, Ahad) Adalah hari yang diraikan di seluruh dunia.

“Selamat hari ibu juga buat ibu mertua terbaik ku dan semua ibu yang ada didunia ini. Sesungguhnya Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas. Hargailah mereka selagi mereka masih ada,” tulis Fasha. Fasha Sandha yang berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada tahun 2019 kini sedang menanti kelahiran anak pertama mereka berdua.

Melalui perkahwinan Fasha sebelum ini bersama Toh Muda Rizal Ashram, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *