Baru beberapa jam pkp dilonggarkan Kkm kesan ada satu lagi kluster baru yang libatkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur. Rupa rupanya ini yang terjadi di tapak pembinaan itu.

berita

SERAMAI 28 warga asing disahkan positif covid-19 sekali gus mewujudkan kluster baharu dipanggil kluster pembinaan. Ketua Pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian kesihatan Malaysia sedang menjalankan siasatan di tapak pembinaan dan mengesan kaitannya dengan kluster lain.

“Individu dijangkiti didapati tinggal sekali dalam apartment, mungkin jangkitan daripada kluster lain. “Jadi kita masih jalankan siasatan ada kaitan dengan kluster perhimpunan Sri Petaling berikutan ada antara mereka yang hadir tetapi sudah lama sangat,” katanya pada sidang media harian covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan sama ada boleh atau tidak dikaitkan kluster baharu ini dengan jangkitan pasar borong berikutan ada rakan serumah mereka bekerja di situ selain kemungkinan juga kluster Kampung Baru.

“Tetapi setakat ini kita masih tak dapat bukti kukuh untuk kita kaitkan kluster ini dengan kluster pasar borong atau Kampung Baru, jadi kita namakan kluster pembinaan. “Semalam (kelmarin), tiada pertambahan kes baharu dan setakat ini kita ada 28 kes bukan warganegara yang bekerja di tapak pembinaan Kuala Lumpur,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : cempedakcheese

Baru 72 Jam Pkp Dilonggarkan Kkm Kesan Satu Lagi Kluster Baru Telah Dijumpai. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu wabak koronavirus (Cov19) melibatkan pelajar Maahad Tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas enam kes positif dikesan di kawasan tersebut.

“Mereka yang ada kontak rapat dengan enam kes positif ini kita akan jalankan saringan kesihatan. “Walaupun madrasah telah tutup tetapi masih ada yang tinggal dalam madrasah itu. “Jadi kita akan lihat bagaimana cara untuk kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di madrasah itu sebagaimana di madrasah Kampung Sungai Lui, Selangor,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini sebanyak 8,030 sampel telah diambil daripada pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling. “Hasil pengesanan pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling, sebanyak 378 kes positif,” katanya.

Berita Lain ..

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan perkhidmatan kesihatan dari rumah ke rumah bagi mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan ataupun hospital di seluruh negara. Pengarah Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM ketika ini perlu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kesesakan serta mengamalkan penjarakkan sosial termasuk menggunakan perkhidmatan dalam talian.

“Sebagai contohnya peskit boleh mengambil ubt melalui pos dan kita juga perlu fikirkan sama ada kita juga boleh memberi rawtan rumah ke rumah. “Sebelum ini kita telah melakukan rawatan di pusat-pusat jagaan di mana warga KKM telah memberikan perkhidmatan di rumah dan ini merupakan satu lagi konsep yang boleh diketengahkan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, waktu operasi perkhidmatan bakal diketengahkan itu juga boleh dilanjutkan sehingga Sabtu dan Ahad. Katanya, selain itu, tempoh operasi perkhidmatan juga boleh dipanjangkan sehingga jam 10 malam sekaligus membolehkan peskit dapat melakukan temu janji secara berperingkat.

“Kita mungkin akan mengeluarkan arahan bagi mereka yang datang awal untuk kekal duduk di dalam kereta atau tunggu di kawasan lapang sebelum mereka boleh masuk ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. “Ini kerana kita tidak mahu berlaku kesesakan khususnya di tempat menunggu,” katanya.

Sementara, Dr Noor Hisham menggesa masyarakat untuk memperkasakan komuniti dan bersama-sama menjalankan tanggungjawab sosial serta kepatuhan terhadap penjarakkan sosial yang diamalkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, amalan-amalan baharu di dalam komuniti perlu dipraktikkan untuk membantu negara dalam mengawal penularan wab4k Covi1d-19. “Rakyat Malaysia perlu mengamalkan dua daripada enam kriteria penting daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu mengamalkan norma baharu dan pemerkasakan komuniti untuk menjaga dan memantau tanggungjawab sosial dalam masyarakat,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

KERAJAAN Kedah menangguhkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas Covi1d-19) Selasa ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB yang diumumkan Kerajaan Persekutuan semalam.

Katanya, pelaksanaan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini. “Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai Zon Hijau selepas tiada lagi kes aktif Covi1d-19 dikesan di semua daerah.

“Oleh yang demikian, pelaksanaan di bawah PKPB ditangguhkan sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas Covi1d-19) pada 5 Mei ini,” katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Katanya, keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi dengan mereka diminta terus kekal di rumah serta amalkan penjarakan sosial buat sementara waktu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam,

mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPB mulai 4 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula. Muhyiddin berkata, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.

Sumber : Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *