Bakal terima pesakit Covid 19 lebih ramai musim raya. Kali ini frontliners luah sesuatu yang mengejutkan orang ramai.

berita

Tatkala kebanyakan daripada kita bersiap sedia untuk kembali bekerja Isnin ini, majoriti frontliners pula rata-ratanya meluahkan rasa bimbang terhadap keputusan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu.

Salah satu hantaran Facebook yang ditulis Dr Ahmad Samhan ini mendapat reaksi tertinggi dengan hampir 4,000 likes dan 2,500 perkongsian. Beliau merupakan salah satu frontliner perubatan negara dari Jabatan Kecemasan & Trauma, hospital Kuala Lumpur.

Kebanyakannya bersetuju dengan perkiraan dan ramalan beliau tentang bahaya PKPB ini jika tidak mendapat kerjasama sepatutnya daripada rakyat Malaysia. Nampak gaya ramai akan beraya di hospital. Kita boleh lihat angka kes baru sudah seminggu lebih berada di angka 2 digit.

Ini adalah kesan daripada PKP fasa satu hingga tiga. Bila lebih ramai duduk rumah berbanding bilangan keluar rumah, lengkungan semakin landai. Daripada kajian dibuat, purata bilangan kontak kurang dari seorang dalam sehari. Jadi jika 4 Mei ini PKPB dilaksanakan apakah jangkaan yang akan berlaku? Simulasi yang dibuat oleh Team Prediction covid-19 UTM menjangkakan 3 kemungkinan:

Purata bilangan kontak 1 hingga 3 orang sehari.

Wabak akan semakin turun tetapi jauh lebih lambat dari jangkaan. Mungkin lebih 3 bulan. Purata bilangan kontak lebih 5 orang
Wabak akan berterusan dan bilangan kes aktif akan meningkat kepada 1700+- sehari. Sukar untuk turun untuk beberapa bulan tetapi masih terkawal.

Purata bilangan kontak lebih 7 orang. Kes aktif akan naik mendadak dan kita akan menghadapi satu lagi gelombang besar! Jadi bila semua sektor dibuka serentak, berapa jangkaan purata kontak bagi setiap hari? Sudah bersediakah rakyat Malaysia untuk kawal berjumpa orang tak lebih 3 orang sehari? Satu ofis mesti lebih 3 orang kan?

Bila kesan akan dapat dilihat? Dalam 2 hingga 3 minggu. Maksudnya masa raya! Mereka yang terdedah akan mula dapat gejala 14 hari dari tarikh 4 Mei. Kalau kena kuarantin di rumah masih boleh diterima. Kalau kena isolasi di hospital? Jawabnya berayalah di h0spital. Tiada pelawat dibenarkan masuk. Beraya seorang diri. sedih!

Kita sudah berusaha selama 6 minggu, kenapa nak hentikan secara mendadak? Benar PKP perlu ditamatkan tapi perlu dihentikan secara berperingkat bukan mendadak. Nak landing kapal terbang pun perlahan-lahan. Kalau tak, semua penumpang akan rasa gegarannya. Betul tak?

Mulakan dengan sektor ekonomi secara berperingkat. Buat persiapan. Majikan perlu buat persiapan, pekerja perlu buat persiapan. KKM lebih lagi perlu buat persiapan. Kempen habis-habisan norma baru yang sebenar supaya semua faham dan dapat praktikkan.

Tanggungjawab kerajaan memastikan rakyat faham dan bersedia. Rakyat kena patuh SOP yang ditetapkan. Ingat, rakyat memainkan peranan besar demi memastikan keberlangsungan wabak ini. Rakyat adalah hero negara! – Dr Ahmad Samhan (2/5/2020)

Luahan ini turut disokong oleh rakan Dr Ahmad Samhan iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh (klik). Tersentvh rasanya hati saat beliau menyatakan disiplin kita mula hiIang sedikit demi sedikit walhal hakikatnya kita masih belum menang (menntang c0v1d-19).

Seminggu ini orang ramai mula keluar ramai-ramai. Mula tak pakai mask. Mula tak bawa sanitizer. Mula abaikan langkah keselamatan. Padahal PKPB belum pun bermula. Trend memulih yang ditunjukkan oleh statistik sebelum ini hasil disiplin kita semua dalam PKP Fasa 1, 2 dan 3. Jelas minggu lepas penurunan drastik kes positif sebab kita berdisiplin.

Kini disiplin mula hiIang sedikit demi sedikit. Maka tidak mustahil apa yang Dr Ahmad Samhan tulis, “Kemungkinan raya tahun ni ramai akan beraya di hospital.” Di kuarantin di hspital ni, tiada siapa dapat ziarah bawa epal, bawa buah lai.

Yang ada cuma barisan staff KKM ke sana ke mari dengan peralatan PPE seluruh tubuh mereka bagai angkasawan. HiIang 100% kebebasan yang ada. HiIang nak lihat hilai tawa anak-anak kita. Yang ada sekeliling kita cuma mereka yang sama-sama sakit. Mungkin ada yang nzk, mungkin orang sebelah katil kita diusung keluar sebagai myt.

Come on Malaysian. Tak kira lah PKP Fasa 4 atau PKPB, kita masih perlu kekal berdisiplin. Jangan bergerak jika tak perlu. Jangan bawa anak bini keluarga tanpa alasan kukuh dan kecem4san. Jaga jarak. Pakai mask. Sentiasa basuh tangan. Kita belum menang.

Sudah lebih 6 minggu kita semua bertahan. Jangan kerana kecuaian, jangan kerana kedegilan, jangan kerana kita celebrate terlalu awal tahun ini kita beraya di hspital. Tolong teruskan amalan kebersihan dan amalkan langkah pencegahan. Semoga kita semua dilindungi Tuhan dan dijauhkan dari w4bak bah4ya ini. Dan tolonglah ingat, kita belum menang.

Kredit: Dr Ahmad Samhan & Mohd Fadli Salleh

Sumber : Nona via soya lemon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *