Selepas tular gambar askar pakaikan topeng muka dekat makcik kurang upaya hari ini giliran Ustaz Ebit datang melawat. Tak sangka luahan makcik ini buat ramai yang sedih.

berita

Hi kepada semua pembaca Era Kini 🙂 Moga komen yang murni murni dan baik baik je ye dibawah artikel ni! Selamat membaca! Jangan lupa like dan komen artikel dibawah 😉 Semoga yang membaca ni dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan ya, amin ya rabb!

Semalam, tular di media sosial rakaman video seorang anggota tentera memakaikan penutup muka dan hidung kepada seorang warga kurang upaya yang bergerak hanya menggunakan kerusi roda, untuk membeli barangan dapur. Tersentuh dengan kejadian itu, pendakwah Ustaz Ebit Lew tergerak hati untuk pergi berjumpa makcik itu sendiri bagi menghulurkan bantuan.

Terus menangis tengok saya

Menerusi hantaran di Facebook, Ustaz Ebit telah berkongsi antara momen ketika sampai di rumah makcik tersebut yang merupakan seorang muallaf, bernama Noraini Wong. “Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik.

Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Tengok ada adik muda yang baik nak pergi rumah makcik ini tapi dia tak nak buka pintu. Bila saya sampai buka mask. Dia menangis. Dia kata ustaz cina penceramah tv. Ebit lew. Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz.

Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada disitu. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan. Sekarang dah tak jual sebab PKP. Dengan kerusi roda elektrik tu dia kesana sini cari rezeki. Allahuakbar.

Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya.Menangis mendengarnya. Dari mula kakak ni menangis. Tanya pasal Islam. Dia betul-betul kenal saya. Dulu berisi sikit katanya. Saya tak pandai mengaji. Kadang Tahajud susah nak bangun berwuduk. Beliau peluk Islam umur 20an.

Saya beri belanja padanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan. Katanya doa ini ajaib dapat jumpa ustaz. Berulang dia kata happy dapat jumpa saya.

Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua. Saya minta beliau doakan saya. 3 doa saya minta dia tolong doakan saya. Saya dah ambil nombor adiknya di singapura untuk dapatkan nombor maknya. InsyaAllah akan ziarah maknya nanti. Dan bawa akak ini. Doakan ye.

Teruskan perjuangan ustaz Ebit. Melihat kesungguhan ustaz Ebit menyalurkan bantuan kepada makcik itu, rata-rata warganet meluahkan rasa terharu dan gembira melihat kerja murni tersebut. Semoga makcik dalam lindungan Allah.

Semoga ustaz Ebit terus dimurahkan rezeki, dan sentiasa dilindungi daripada wabak penyakit agar dapat meneruskan kerja-kerja amalnya.

Sumber : Ebit Lew

Tak sangka askar ini nekad tahan makcik kurang upaya dan berikan sesuatu yang mengejutkan. Apa yang makcik ini bongkarkan buat semua tergamam

Siapa yang tidak sedih apabila mendapati bahawa ada insan yang sedang dalam kesusahan ketika PKP ini. Lebih-lebih lagi melibatkan warga emas yang kelainan upaya (OKU). Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Zulkefli, dia telah memuat naik satu perkongsian berkenaan sikap mulia anggota tentera yang bertugas apabila membantu seorang makcik.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mula disalurkan kepada orang ramai sejak isnin lalu selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020. Bagi yang layak, duit bantuan telah diagihkan mengikut bank masing-masing.

Video tersebut meraih simpati warganet kerana dia hanya pergi berseorangan tanpa sebarang teman dalam keadaan berkerusi roda. Mak cik ni OKU, dia nak pergi pasaraya NSK, tapi takda mask. So kami bagi mask dan glove pada makcik ni. Dia sorang-sorang je pergi beli barang, takda siapa yang bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran BPN. Semoga dipermudahkan segala urusan mak cik ini.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang anggota askar yang berada di tempat kejadian memberi topeng muka dan sarung tangan getah kepada warga emas tersebut. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga agar warga emas tersebut tidak dijangkiti sebarang virus.

Menerusi perbualan bersama warga emas tersebut, dia mengatakan bahawa dia duduk di kawasan Kampung Laksamana. Dia turut memberitahu bahawa dia tinggal berseorangan tanpa anak mahupun sanak saudara. Tambahnya lagi, dia sudah biasa pergi membeli barang keperluan seorang diri.

Sehubungan dengan perkongsian yang begitu menyentuh hati, warganet telah tampil tingglkan komen diruangan Facebook sumber. Rata-rata daripada mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota tentera tersebut. Mereka juga menzahirkan rasa sebak apabila melihat wanita tua yang juga kelainan upaya terpaksa berdikari untuk mencari keperluan harian dalam kondisi seperti itu. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Khairul Zulkefli via OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *