Pemilik kucing ini terkejut bekas simpanan sneknya terbuka. Tak sangka kucingnya berjaya membuka tupperware itu. Reaksi kucing ini pula menjadi perhatian.

Haiwan Viral

Seekor kucing nakal langsung tidak menunjukkan rasa penyesalan selepas berjaya membuka sebuah bekas Tupperware dan mengigit semua biskut di dalamnya. Seperti kita semua, Nellie si kucing sangat sukakan makanan sehingga pemiliknya Allison berkata kucing itu hidup untuk makan berbanding makan untuk hidup.

Malah Nellie sangat taksub dengan snek sehingga dia dapat diajarkan untuk mematuhi arahan seperti anjing. Pemiliknya sentiasa mengajarnya helah-helah seperti duduk, pergi ambil, dan high five dengan menawarkan snek kepada kucing itu.

Walau bagaimanapun juga seperti kita semua, Nellie tidak suka berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diinginnya dan akan menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan makanan tanpa pengetahuan Allison.

Allison yang merupakan seorang sukarelawan di Klinik Perubatan Hidupan Liar telah bercadang untuk membuat sedikit biskut untuk rakan-rakan sukarelawannya. Sedar bahawa kucingnya seekor haiwan yang pelahap, dia meletakkan biskut-biskut itu di dalam bekas Tupperware yang cukup ketat dan sukar dibuka.

Ternyata tiada bekas yang selamat dari mereka yang mempunyai keinginan makan yang tinggi, dan Nellie adalah antara yang tidak dapat menahan keinginannya. Entah bagaimana kucing licik itu berjaya membuka bekas Tupperware tersebut dan mencvri biskut di dalamnya dengan menggigit satu persatu biskut keluar dari bekas.

Allison hanya sedar tentang kecvrian itu selepas Nellie terlanggar sesuatu di dapur, sebelum dia mendapati biskutnya bersepah di atas meja dengan kesan gigitan pada setiap biskut. Walaupun kucing itu sedar biskut tersebut bukan untuknya dia menunjukkan muka yang bangga kerana berjaya mendapatkan apa yang diingininya. Kejadian itu membuat Allison naik marah namun dia tidak dapat menahan rasa geli hati dengan kelicikkan kucingnya itu.

Sumber : The Dodo

Warganet Berang Dengan Tuan Kedai Kerana Tak Beri Kucing Mengandung Ini Makan Siap Tinggalkan Nota Depan Kedai. Akhirnya Tak Sangka Tuan Kedai Tampil Beri Respon Padu Yang Membuatkan Warganet Terkejut.

Hari ini sekeping gambar telah tular di internet berkenaan kucing dan sekeping nota supaya kucing tersebut jangan diberi makan. Menurut Nur Shafiqah Zareen Nazril berumur 24 tahun. Dia memahami  niat pemilik kedai berkenaan tetapi ada cara untuk menegur, bukan dengan meletakkan nota seperti itu. Nur Shafiqah memberi reaksi berhubung perkongsian kisah dan gambar yang dimuat naik di Facebooknya, semalam. Gambar itu menunjukkan seekor kucing duduk bersebelahan dengan nota pesanan bertulis ‘Jangan Letak Makanan Di Sini’.

Hantaran berkenaan tular di laman sosial dengan rata-ratanya warganet meluahkan rasa simpati dengan nasib kucing itu. Menceritakan perkara itu, Nur Shafiqah berkata, dia menemui kucing dan nota berkenaan sebelum melangkah masuk untuk menjamu selera bersama keluarga di sebuah restoran di Kulim, Kedah.

“Saya memang sukakan kucing dan kerana itu datang menghampirinya tetapi terkejut apabila melihat ada nota pesanan yang memberi peringatan supaya tidak meletakkan makanan. Bagi mendapatkan kepastian, saya bertanya kepada pekerja restoran dan menurut mereka, pemilik kedai berkenaan yang meletakkannya kerana tidak mahu kawasan premisnya kotor. Pemilik kedai itu berhak berbuat begitu tetapi sedih rasanya kerana kucing itu bunting dan nampak kelaparan,”

Menurut Nur Shafiqah, niatnya berkongsi kisah dan gambar di Facebook adalah untuk berkongsi pengalaman, bukannya memburukkan sesiapa. Namun, Nur Shafiqah tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai selepas dikongsi laman Penang Fast News Today di Facebook.

Katanya, ramai yang memberi maklum balas positif tetapi ada juga mengkritik dan menuduhnya sengaja mencari perhatian. “Sebagai pencinta kucing, sudah tentunya saya sebak apabila melihat keadaan seperti itu di depan mata. Bagi saya , kucing itu tidak bersalah begitu juga dengan individu yang memberi makanan cuma tempat saja kurang sesuai. Jadi, perlu ada tolak-ansur dan rasa kemanusiaan kerana haiwan juga berhak untuk hidup,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *