Permaisuri Johor menghadiahkan ank kucing kpd pengiringnya. Tak sangka ini sebab DYMM Raja Zarith Sofiah berbuat demikian.

Haiwan Viral

Simpati terhadap nasib dialami menyebabkan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menghadiahkan seekor anak kucing kepada salah seorang anggota pengiringnya. Menurut kiriman dimuatnaik di laman Facebook rasmi keluarga diraja Johor, pemberian itu berikutan kehilangan kucing peliharaan seorang anggota pengiringnya, Koperal Nilam Syafina Abdul Sukor.

Memahami kesedihan dialami pengiringnya, Raja Zarith Sofiah berkenan menghadiahkan seekor anak kucing kepada Koperal Nilam Syafina kelmarin di Istana Bukit Serene, di sini. Baginda bertitah pemberian anak kucing itu bukan sahaja dapat mengubati kesedihan Koperal Nilam Syafina, malah sebagai penghargaan kepada anggota polis itu yang berkhidmat lebih sepuluh tahun bersama keluarga diraja Johor.

“Dia begitu sedih atas pemergian kucingnya itu, jadi saya memberi anak kucing ini sebagai penghargaan atas jasanya mengiringi dan menjaga Tunku Tun Aminah dan saya sendiri sepanjang 10 tahun yang lalu,” titah Raja Zarith Sofiah kepada Royal Press Office. Menurut kiriman itu lagi, Koperal Nilam Syafina amat tersentuh dengan pengurniaan itu.

“Lion (kucing) pergi pada hari sebelum saya mengiringi Tuanku Permaisuri berangkat ke London bulan lalu akibat demam panas. “Tuanku begitu baik kepada kami semua dan patik sentiasa mendoakan yang terbaik buat Tuanku sekeluarga. “Junjung Kasih Tuanku” katanya.

Sumber : myMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *