Kucing tidur atas riba pemuda semasa peperiksaan tular. Tak sangka kucing ini telah lakukan sesuatu kepada pemuda ini buat warganet terkejut.

Haiwan Viral

Kajian ada menunjukkan memelihara binatang seperti kucing mampu melegakan tekanan. Bagi pelajar ini, kajian tersebut terbukti apabila didekati haiwan itu ketika sedang menjawab kertas peperiksaan. Alliff Azlan, melalui akaun Twitter, pada Isnin memuat naik satu status tentang bagaimana dia didatangi seekor kucing ketika dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat menjawab peperiksaan, petik Awani.

Kata Alliff, biarpun pada akhirnya kehadiran kucing itu tetap tidak membantunya menjawab soalan peperiksaan, namun si comel itu berjaya menghilangkan tekanan yang dihadapinya. Turut disertakan bersama status itu adalah dua keping gambar kucing itu, yang dilihat cukup selesa tidur di atas riba Alliff.

Menariknya, status Alliff itu telah menerima lebih 13,000 retweet dan lebih 10,000 likes. Menerusi beberapa kemaskini status di Twitter, Alliff sendiri nampaknya tidak percaya apabila statusnya itu menjadi tular. Namun ada nada sedikit kesal apabila kata Alliff, status yang innocent seperti itu tetap menerima kritikan warganet.

Agak kelakar apabila ada yang mempersoalkan dia menggunakan telefon ketika dalam dewan peperiksaan, malah ada yang menuduhnya meniru. Menjawab dakwaan berkenaan, kata Alliff, dia mengambil gambar itu selepas tamat peperiksaan. Apapun rata-rata reaksi warganet adalah postif dan menyifatkan Alliff sebagai the chosen one. “Anda bertuah, kucing itu memilih anda. Allah hantar kucing itu kepada anda,” tulis pemilik akaun Twitter Kohi 912.

Sumber : SuaraTV

6 Baka Kucing Tertua Yang Masih Ada Sehingga Sekarang.

Dari menjadi tuhan kepada masyarakat Mesir Purba sehinggalah dikaitkan dengan ahli sihir pada zaman gelap sehinggalah kini mendominasi dunia internet, kucing sudah lama menjadi sebahagian sejarah manusia. Dikatakan kucing sudah didomestikkan pada 12,000 tahun yang lalu. Dengan kebahagiaan yang diberikan oleh kucing tak hairan lah kenapa kucing masih bertahan sebagai haiwan peliharaan yang popular.

Jom kita ketahui beberapa baka kucing purba yang masih ada sehingga hari ini:

1. Egyptian Mau. Mungkin inilah baka kucing paling purba, dipercayai nenek moyang kucing Egyptian Mau dijumpa dimumia bersama-sama Firaun di dalam keranda masing-masing. Ianya keras didebatkan sekiranya Egyptian Mau sebenarnya baka kucing domestik yang paling tertua, tapi ianya salah satu daripada beberapa baka kucing yang semulajadinya bercorak bintik. Kucing kampung juga dikatakan berasal dari kucing Manx yang juga keturunan dari kucing Egyptian Mau.

2. Norwegian Forest. Kucing Norwegian Forest (NW) secara am nya digelar Wegies oleh peminat kucing. Si gergasi gebu ini dikatakan berasal dari kucing yang berlayar bersama-sama di dalam kapal Viking. Yaa ianya kucing Viking! Nenek moyang kucing NW mungkin tergolong sekali kucing hitam dan putih berbulu putih yang dibawa ke Norway dari Great Britian selepas 1000 AD oleh Viking dan kucing berbulu panjang dibawa ke Norway oleh Tentera Salib.

3. Kucing Siam. Seperti kebanyakan kucing, asal usul sebenar kucing siam dipenuhi misteri. Tiada siapa pun tahu di mana sebenarnya kucing siam dibiakkan dan didomestikkan. Ada yang percaya kucing siam dibiakkan oleh golongan DiRaja ada pula yang berkata kucing siam dibiakkan oleh golongan sami Buddha. Namun dalam manuskrip Thailand yang berasal pada abad ke 14 yang bernama Tamra Maew (Buku Puisi Kucing), ada menyebut mengenai kucing yang mempunyai hujung telinga berwarna gelap dan dikatakan kucing siam adalah baka kucing yang sangat tua.

4. Turkish Angora. Kucing Turkish Angora dikatakan berasal di kawasan pergunungan Tukri di mana bulu lembut dan sederhana panjang muncul secara semulajadi untuk perlindungan dari cuaca yang teruk. Baka kucing secara tradisionalnya yang berwarna putih ini didokumenkan pada tahun 1600 di Perancis. Ada beberapa spekulasi uanh mengatalan kucing Turkish Angora berasal dari kucing Manul, kucing kecil yang didomestikkan oleh Tartar. Dikatakan juga kucing Nabi Muhammad SAW, Muezza merupakan kucing dari baka ini.

5. Maine Coon. Kucing Maine Coon (MC) yang juga dikenali sebagai “gentle giant” dan berkelakuan seperti anjing dalam dunia kucing adalah salah satu dari baka kucing yang paling popular sehingga hari ini. Dikatakan kucing MC berasal dari kucing yang dibawa ke Amerika oleh Viking atau selepas itu oleh pelayar Eropah yang mendarat di pelabuhan New England pada tahun 1700. Ujian genetik mengesahkan yanh kucing MC adalah sebenarnya keturunan dari kucing Norwegian Forest dan kucing domestik yang misteri dan sudah pupus.

6. Chartreux. Lagi satu baka kucing yang tertua adalah kucing Chartreux yang dikatakan berasal di Perancis pada tahun 1558 di mana kucing ini disebutkan dalam puisi oleh Joachim du Bellau yang bertajuk Vers Français sur la mort d’un petit chat (Kata-kata Perancis bagi kematian anak kucing kecil).

Puisi tersebut berbunyi:

“Di sini terbaringnya Belaud, kucing kelabu kecilku, Belaud, mungkin ciptaan alam semulajadi yang paling kacak dalam pakaian kucing. Inilah Belaud, kematian bagi sang tikus. Belaud, kecantikannya yang pasti, Ia layak untuk hidup abadi.”

Penjelasan yang paling yakin adalah nenek moyang kucing Chartreux sama seperti kucing Turkish Angora adalah kucing gunung liar dari Timur Tengah. Semasa abad ke 14, dikatakan yang perdagang atau Tentera Salib membawa kucing-kucing ini ke Perancis. Satu ketika di Perancis, baka ini disambung pembiakannya oleh paderi Grande Chartreuse Monastery di tenggara Perancis.

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *