Air sungai di Itali kembali jernih. Angsa dan beratus ikan mula berenang. Tak sangka ini punca air jernih sehingga nampak ke dasar sungai.

Dunia Haiwan Viral

Di itali, selepas mereka diarahkan untuk berkurung dan tidak boleh pergi kemana atau bahasa mudahnya lockdown. Alam sekitar mereka mulai bertambah bersih dan cantik. Jika di cina, cuaca dan udara kembali bersih kerana kurangnya asap kenderaan suasana di itali pula hampir sama yaitu sungai mereka kembali bersih.

Beberapa keping gambar telah disebarkan di internet, seorang pengguna twitter bernama @ikaveri telah memuat naik gambar dengan caption “Here’s an unexpected side of pandemic – the water’s flowing through the canals of venice is clear for the first time in forever. The fish are visible, the swans returned.”

Ini adalah sesuatu yang tak dijangkakan apabila perlaku pandemik- air mengalir di sungai dengan sangat jernih untuk pertama kalinya. Ikan kelihatan berenang dan angsa juga telah kembali. Air sungai yang murky atau kotor telah kembali jernih, kelihatan beratus ekor ikan berenang di dalamnya. Tiada pembuangan sampah yang menyebabkan air sungai kotor dan berbau yang menyebabkan ikan lari kerana tak suka.

Kedudukan daripada atas juga dapat dilihat dengan jelas. Anak ikan berenang dengan sangat gembira daripada atas sungai boleh nampak air jernih sehingga ke dasar sungai. Angsa juga telah kembali berenang di atas sungai, sesuatu yang sangat tidak dijangkakan. Tanpa kehadiran manusia alam sekitar menjadi semakin bersih dan teratur. 14 hari kawalan pergerakan, apa yang akan terjadi kepada Malaysia agaknya? Sama sama kita nantikan.

Sumber : hmtpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *