Nabila Huda mengkritik pihak yg beli kucing semata mata utk post di Ig. Warganet terkedu dgn luahan hati Abil tentang isu ini.

artis Haiwan Viral

Memuat naik satu bebenang di laman Twitter, kata Nabila Huda, dia meluahkan ketidakpuasan hati apabila ada individu yang meminta bantuan perubatan untuk kucing akibat tidak mampu. Malah, dia membidas pihak yang sanggup membeli kucing tanpa ada rasa tanggungjawab. Semata-mata untuk bergaya di Instagram.

“Ok Lagi satu nk bgtau. Sebenarnya lama jugak Saya perhati kan. Ada tweet mintak bantuan sebab kucing sakit tak mampu Nak bayar kos perubatan mintak bantuan Pada semua.Dan Tiba-tiba Saya ter fikir benda ni.. “Saya memang akan terharu bila nampak orang Yang adopt Dan jaga stray cats and wouldn’t mind to help Kalau mereka perlu kan bantuan sebab kucing tu tidak bertuan.Dia Di buang Dan pulak tu sakit. Memang Saya tak boleh la. Lemah part kucing sakit tu.

Untuk mereka Yang memang ada niat memiliki kucing, beli kucing untuk di jaga.( walaupun sebenarnya kite tak boleh jual or beli kucing) Pada 1st masa dah plan Nak jaga kucing tu, apa Yang ada dalam kepala adalah tanggungjawap And Mesti ada bnyk soalan Pada diri sendiri.. “What if”,” tulisnya.

Katanya, sebelum mengambil keputusan untuk membela kucing, fikirkan dahulu kos yang akan ditanggung. Janganlah asyik memberi nasi gaul dengan ikan sahaja.

Ini bebenang luahan hati Nabila.

Sumber : MH

9 Tips Perjalanan Kereta Bersama Kucing Anda.

Merancang nak bawa kucing anda jalan-jalan atau nak bawa pulang ke kampung? Tahukah anda perjalanan dalam kereta bersama kucing anda boleh jadi satu pengalaman ikatan yang hebat?. Anda tidak lagi perlu mencari penjaga kucing dan kucing anda tidak akan merindui anda kerana mereka sentiasa ada bersama. Walaubagaimana hebatnya pengalaman ini, pentingnya untuk bersedia.

Ini adalah 9 tips yang dapat membantu anda dan kucing anda untuk bersama-sama merasai perjalanan dalam kereta yang selamat dan seronok!

1. Membiasakan kucing dengan kereta anda. Mulakan dengan membawa kucing anda masuk ke dalam kereta sebelum rancangan perjalanan anda. Duduk di kerusi belakang bersama-sama dan bawa bersama beberapa treats dan snek untuk kucing anda kemudian belai dan memberus mereka.

Beri peluang untuk kucing anda menghidu dan meneroka seluruh kereta. Kemudia bawa carrier mereka dan letakkan di mana yang ingin anda letak semasa dalam perjalanan. Mainkan muzik yang menenangkan. Mungkin membawa kucing anda berjalan-jalan di sekitar, bawa kereta dengan perlahan dan cermat supaya kucing anda membiasakan diri dengan pergerakan jadi anda boleh melihat bagaimana respon kucing anda apabila berada di dalam kereta.

2. Berbincang dengan veterinar. Jika kucing anda tidak merespon dengan bagus dengan cubaan pemanduan anda, anda boleh berbincang dengan veterinar anda mengenai rawatan untuk kegelisahan atau motion sickness. Veterinar anda mungkin ada beberapa pilihan yang dapat membantu menenangkan kucing anda sepanjang perjalanan.

3. Bagi makanan dan minuman sebelum perjalanan bermula. Berikan makan dan air kepada kucing anda sebelum memulakan perjalanan. Beri masa kucing membuang najis dan kencing selepas makan dan minum. Jika kucing anda mudah mengalami motion sickness, berikan hanya sedikit kuantiti makanan.

NOTA: Jika kucing anda mudah menjadi sakit di dalam kereta, lebih baik puasakan kucing anda 8 jam sebelum memulakan perjalanan. Anda juga mungkin mahu berbincang dengan veterinar anda.

4. Pastikan kucing sentiasa berada di dalam carrier. Tidak selamat sekiranya anda membiarkan kucing anda bebas bergerak di dalam kereta. Kucing anda mungkin duduk di bawah pedal dan menyukarkan pemanduan anda. Carrier memberikan ruang yang selamat, sunyi untuk kucing anda yang dapat membantu kegelisahan yang mungkin kucing anda alami.

5. Bersedia untuk segala huru hara. Sentiasa bersedia dengan tuala serta lapik khas untuk membersihkan ‘kemalangan’ kencing dan najis yang akan berlaku. Pastikan juga anda membawa beberapa plastik sampah.

6. Rancang beberapa perhentian. Pin lokasi perhentian sepanjang perjalanan anda supaya anda dapat berhenti untuk memberi makan dan minum kucing anda dan berpeluang untuk menggunakan kotak pasir setiap dua ke tiga jam

7. Bawa mainan. Idea yang bagus untuk membawa beberapa mainan yang baru dan menarik perhatian kucing anda jadi kucing anda dapat bermain sepanjang perjalanan. Ini boleh membantu kucing anda leka dan gembira.

8. Buat seperti berada di rumah. Haiwan peliharaan kita juga selalunya merasakan apa yang kita rasa. Kucing kita juga akan merindui rumah semasa dalam perjalanan. Bawa baju lama yang anda pernah pakai, selimut kegemaran mereka di dalam carrier mereka supaya mereka sentiasa mengigati rumah mereka. Bau-bau seperti ini dapat menjadikan suasana di dalam kereta seperti di dalam runah, mengurangkan kegelisahan kucing anda.

9. Pandu dengan selamat. Ini tidak semestinya sewaktu membawa kucing juga, pada bila-bila masa kita disarankan memandu dengan selamat. Muzik yang kuat dan berhenti secara tiba-tiba akan menjadikan perjalanan ini lebih tekanan kepada kucing. Jadi bawa kereta slow dan steady, serta pasang muzik yang menenangkan.

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *