Gelagat kucing ini slps mendapat tahu dirinya hamil telah mengundang gelak tawa warganet. Tak sangka ini yg berlaku.

Haiwan Viral

Pada pertengahan bulan April, seekor kucing jalanan yang merayau-rayau di Nuuk, Greenland telah diselamatkan dan dibawa ke pusat perlindungan haiwan, Dyrenes Venner yang bermaksud ‘Pelindung Haiwan-Haiwan di Greenland’. Menurut ahli lembaga pengarah di Dyrenes Venner iaitu Inunnguaq Christiansen, “Kucing jalanan yang sesat berhadapan dengan waktu-waktu sukar terutamanya pada musim sejuk. Kucing-kucing ini selalu berlindung di bangunan-bangunan lama.”

Para sukarelawan telah menamakan kucing bertuah itu sebagai Ulla. Sejak diselamatkan, Ulla jelas kelihatan jauh lebih gembira dan bahagia berbanding semasa Ulla menjadi kucing liar. Ulla juga mempunyai personaliti yang menarik di mana ia gemar untuk bermanja-manja dengan manusia selain suka berkawan dengan haiwan lain yang turut berada di pusat perlindungan haiwan itu seperti anjing dan kucing lain.

“Ulla adalah seekor kucing yang penyayang. Saya pernah membawa anjing peliharaan saya iaitu Yaris ke sini dan sebaik sahaja Ulla melihatnya, ia terus melompat keluar dari sangkar.” Semakin lama Ulla tinggal di pusat tersebut, para pekerja merasakan tingkah laku Ulla semakin aneh. Selain gemar bermanja dengan haiwan lain, berat badan Ulla juga semakin bertambah terutamanya di kawasan perutnya.

Mereka kemudian memutuskan untuk membawa Ulla ke sebuah pusat rawatan haiwan yang terletak di Greenland. Setibanya di sana, Ulla dibawa untuk menjalani pemeriksaan ultrabunyi dan pada ketika itulah, mereka mengetahui bahawa Ulla sebenarnya bunting! Semua pekerja yang berada di situ amat terkejut mendengar perkhabaran gembira tersebut termasuklah Ulla! Reaksi Ulla yang terkejut setelah mendapati dirinya bunting benar-benar melucukan!

“Gambar itu sungguh melucukan sehingga membuatkan saya mahu memuat naik gambar itu ke .” “Beberapa jam kemudian, gambar itu menjadi tular sehingga meraih 90,000 likes dan lebih 900 komen. Ramai yang berterima kasih atas usaha kami dan perkara ini membuatkan seluruh sukarelawan di pusat perlindungan ini gembira.”

Sejak itu, Ulla telah dipelihara oleh seseorang yang turut mempunyai kucing lain bernama Sofus. Ulla kelihatan sangat bahagia tinggal di rumah baharunya sementara menantikan ketibaan cahaya mata yang comel-comel!

Sumber : happiest

Tips Penjagaan Anak Kucing.

Baru-baru ini MM adopt anak kucing kurang umur 6 bulan. Sekarang ni dah pandai menyesuaikan diri dah si kecik tu dalam rumah ni. Jadi artikel kali ni MM nak kongsikan tips menjaga anak kucing. Bila jaga anak kucing ini sama sahaja macam jaga baby manusia ni. Jika anda memberikan penjagaan dan latihan yang betul semasa anak kucing masih kecil, peluang untuk menjadi kucing yang berkelakuan baik, sihat dan gembira lebih mudah. Jika anda baru adopt anak kucing, ha jom tengok tips ni. Harap dapat membantu anda:

1. Jangan layan anak kucing anda macam kucing yang sudah dewasa. Sama seperti bayi manusia juga yang mempunyai banyak keperluan berbanding manusia remaja, anak kucing juga mempunyai banyak keperluan berbanding kucing yang sudah matang. Jadi anda perlu mengetahui tahap tumbesaran anak kucing apabila menjaga mereka:

Bawah 8 minggu. Pada ketika ini, anak kucing perlu berada bersama ibu dan adik beradiknya. Jika anda membela anak kucing dalam lingkungan usia ini, banyak penjagaan khas yang perlu dibuat termasuklah memberi susu setiap dua jam sehinggalah anak kucing berusia 4 minggu. Anda juga perlu membantu anak kucing tersebut membuang najis dan urin.

8 ke 11 minggu. Ketika ini anak kucing selalunya sudah putus susu dan patut diberikan diet khas untuk anak kucing yang memberikan tenaga, kaya dengan protein dan mudah dihadam. Tidak kisah jenama makanan apa yang penting beli makanan yang khas untuk anak kucing. Perubahan besar semasa tempoh ini adalah motor skill anak kucing anda mula berkembang. Pendek ceritanya ketika ini anak kucing mula aktif. Melompat, berlari, bermain dan meneroka.

Dua ke empat bulan. Fasa ini merupakan fasa tumbesaran anak kucing sangat cepat di mana mereka mempunyai tenaga hampir tiga kali ganda berbanding kucing dewasa. Mereka memerlukan 3 ke 4 hidangan ketika sianh. Menurut Vetstreet.com, hidangan ini perlukan mempunyai sekurang-kurangnya 30% protein berkualiti tinggi.

Empat ke enam bulan. Anak kucing dalam kelompok usia ini hampir mencapai kematangan fizikal dan seksual. Ketika ini anda bolehlah membawa kucing anda untuk dikasi dan dimandulkan.

2. Bawa ke veterinar untuk pemeriksaan. Yang ni memang kena utamakan dulu. Memang penting untuk pemeriksaan anak kucing lebih-lebih lagi jika kita selamatkan anak kucing terbiar. Anak kucing perlu dinyah cacing kerana anak kucing sudah pun dijangkiti parasit dan cacing melalui ibunya. Bila dah cukup umur dan berat sudah mencapai 1kg boleh mulakan vaksin pertamanya.

3. Berikan masa. Kalau anak kucing anda tidak penakut, pemalu atau gelisah perkara ini sedikit memudahkan anda. Namun sekiranya anak kucing yang anda jumpa, adopt atau selamatkan itu sedikit pemalu dan penakut sila beri masa untuk anak kucing tersebut. Sediakan ruang khas untuk ia bersembunyi seperti contoh bilik air. Letakkan makanan dan minuman berdekatan supaya ia dapat membiasakan diri dengan ruang itu terlebih dahulu sebelum membiasakan diri dengan seluruh kawasan rumah.

Macam kucing yang MM baru bela ni memang sedikit liar dan penakut. Apa-apa hal ia akan lari bersembunyi masuk bilik. Apa MM buat sentiasa bersama anak kucing tersebut, masa makan, rajin belai dan rajin sembang supaya ia terbiasa dengan keadaan bersama manusia. Tunggu anak kucing itu keluar meneroka dengan sendirinya namun jangan sampai anda langsung tidak pedulikannya. Anak kucing perlukan interaksi bersama manusia supaya ia boleh membesar menjadi kucing yang peramah dan friendly dengan manusia.

4. Bersedia dengan keaktifan anak kucing. Yang ni penting ya. Anda kena bersedia dengan gelagat anak kucing yang seperti tiada erti penat. Berlari satu rumah, memanjat sana sini, bermain, menyerang, mencakar dan menggigit. Malam-malam jangan terkejut ada budak tiba-tiba gigit kaki kita ya.

Anda perlu kerap bermain bersama anak kucing supaya tenaganya dapat dikeluarkan. Sediakan banyak permainan stimulasi untuk anak kucing. Jangan sesekali bermain dengan tangan anda kerana tingkahlaku menggigit akan membawa sampai ke dewasa.

5. Sentiasa berinteraksi. Bersosial dan melatih kucing anda semasa ia kecil akan memberi kesan terhadap bagaimana ia akan berinteraksi dengan manusia dan haiwan yang lain apabila ia dewasa. Sentiasa pastikan anak kucing anda dapat membiasakan diri dengan bunyi bising, orang asing dan sebagainya. Jadi anda seharusnya sentiasa bersama anak kucing anda, bermain, membelai, merapi dan sebagainya.

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *