Warganet terhibur dgn perkongsian pemuda ini tentang kucingnya yg meniru stail pelakon Ben Amir. Rata rata memberi komen yg mengundang gelak tawa org ramai.

artis Haiwan Viral

Lakonan Ben Amir menerusi drama bersiri Sweet Dreams ternyata kian mendapat perhatian penonton setia drama tempatan. Watak Qash Adam yang dibawanya cukup melekat sekali gus membuatkan skil lakonan bekas peserta pencarian Hero Remaja ini dipuji ramai.

Menariknya baru-baru ini, seorang individu yang ada berkongsi sekeping foto kucing peliharaannya menerusi akaun Twitter miliknya. Menghiburkan, foto tersebut kelihatan kucing peliharaan milik individu berkenaan sedang meniru gaya rambut Ben Amir.

“Ben ameow,” tulisnya.

Lantas, perkongsian individu berkenaan mendapat perhatian daripada warganet. Malah, rata-ratanya juga turut berasa terhibur melihat foto berkenaan.

Sekadar infomasi, drama bersiri Sweet Dreams dibintangi oleh Ben Amir, Mira Filzah, Sean Lee, Datin Nina Juren dan ramai lagi. Drama yang di adaptasi daripada novel ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber : MH

Menurut Kajian, Kucing Pun Setia Dengan Pemiliknya Sama Seperti Anjing

Kucing mempunyai sedikit reputasi apabila mengenai menunjukkan kasih sayang terhadap pemiliknya. Kucing seringkali dianggap sebagai haiwan yang menyendiri, berdikari dan jarang menunjukkan kasih sayang kepada pemiliknya. Tapi kita sebagai pemilik kucing tahu yang perkara ini tidak benar sama sekali. Ramai pemilik kucing mengatakan yang kucing juga menunjukkan kasih sayang mereka cuma dengan cara yang berbeza.

Dan dengan kajian yang baru ini, pemilik kucing akhirnya dapat beberapa bukti saintifik untuk menyokong kenyataan mereka! Para pengkaji di Oregon State University mengatakan yang sama seperti kanak-kanak, primat dan anjing dalam kajian yang sama, kucing juga dapat membentuk ikatan emosi terhadap penjaga mereka.

Ini termasuklah sesuatu yang digelar “ikatan yang selamat”, di mana hadirnya pemilik kucing untuk membantu kucing rasa tenang dan selamat. Kajian ikatan tingkahlaku kucing dilakukan dengan kucing dan anak kucing secara seekor-ekor meluangkan masa selama dua minit di dalam bilik bersama pemilik mereka. Kemudian pemilik mereka keluar dari bilik tersebut selama dua minit kemudian berjumpa semula selama dua minit.

Dalam 65% kucing dan anak kucing di dalam kajian ini didapati terikat secara kuat dengan pemilik mereka. Ini bermakna kucing yang mempunyai “ikatan yang selamat” kembali menereko persekitaran mereka dengan rileks sekali. Kucing yang mempunyai ikatan yang tidak selamat sama ada akan mengelak pemilik mereka atau sentiasa ‘melekat’ bersama pemilik mereka

Dalam kajian ini, kucing yang mempunyai ikatan yang selamat akan kembali meneroka persekitaran mereka selepas pemilik mereka kembali, sambil memberikan perhatian kepada pemilik mereka. Kucing yang mempunyai ikatan yang tidak selamat menunjukkan  tanda-tanda tertekan seperti ekor yang tidak berhenti-henti bergerak, menjilat bibir dengan kerap dan mengelak dari pemilik mereka.

Dalam kajian yang sama, 65 peratus kanak-kanak dan 58 peratus anjing menunjukkan tanda-tanda ikatan selamat yang sama terhadap ibu bapa dan pemilik mereka. similar signs of secure attachment to parents and owners. Menurut Kristyn Vitale, penulis kajian serta pengkaji di Oregon State University’s Human-Animal Interaction Lab,

“Majoriti kucing mempunyai ikatan yang selamat kepada pemilik mereka dan gunakan ia sebagai sumber keselamatan dalam persekitaran yang baru bagi mereka.”

Kajian ini juga menunjukkan ikatan yang terbentuk ketika kucing masih kecil akan berkekalan sehingga kucing meningkat dewasa. Menurut Vitale kepada CNN,

“Sejurus stail ikatan sudah terbentuk antara kucing dan penjaganya, ianya kekal stabil selama beberapa masa walaupun selepas latihan dan gangguan sosialisasi.

Tambah Vitale lagi, “Kucing yang rasa tidak selamat akak cenderung untuk melarikan diri dan bersembunyi atau menyendiri. Terdapat banyak cara berfikir yang bias mengatakan semua kucing berkelakuan seperti ini. Namun majoriti kucing menggunakan pemilik mereka sebagai sumber keselamatan.” “Kucing anda bergantung kepada anda untuk berasa selamat apabila mereka tertekan.”

Awwww so sweet…

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *