Kesian ibu kucing ini. Menangis selepas pemergian anaknya. Perkongsian pemuda ini telah menyentuh perasaan warganet.

Haiwan Viral

Bermula pada 8 April 2018 seorang pemuda di twitter bernama Muazz_T bertemu dengan seekor anak kucing yang lapar. Kisahnya telah pun di tulis di dalam thread twitter nya. “Aku bertemu dgn seekor kitten yang lapar. Aku pun campaklah seketul ayam bagi dia makan. Habis je makan ayam tu, dia panjat kaki aku duduk atas riba aku. Lama jugak dia duduk, sampai aku dah habis lepak dia duduk. Aku pun rasa attached dgn dia lalu bawak balik rumah

Sampai je dekat rumah aku letak dia dalam kotak bersama susu dengan tuna yang aku jumpa dekat dapur. Esok paginya, aku tunjuklah kucing ni kat mak aku, tanya okay tak nak simpan. Mak aku pun setuju sebab comel, lepastu bagi nama dia Siti Afiyah, sama macam anak Dato Siti. Aku jaga dia, bagi makan minum sampailah dia dah tak muat nak pegang satu tangan. Walaupun dia nakal, kuat gigit orang, tapi dengan aku dia lembut je. Suka tidur dekat2, suka manja2. Makin lama makin sayang aku kat afiyah ni. Dia dah jadi macam anak aku

Dalam April-May 2019: Afiyah mula nak keluar rumah diam diam. Dia berbaik dengan kucing hitam kat taman yang aku tak berapa nak berkenan. Banyak kali dah pesan jangan dekat dgn kucing hitam tu tapi balik2 benda sama, keluar dating jugak. Akhirnya bunting si afiyah ni Man facepalming. Ni anak anak dia Oden, Oreo dengan Oyen. Sejak jadi mak ni, afiyah dah tak active macam dulu. Dia jadi seekor pemalas. Bila tak makan dan tak shishi, dia akan duduk atas katil dia yang takde orang lain boleh duduk. Garang

November 2019:
Afiyah pregnant sekali lagi dengan kucing jantan yang sama. Dia lahirkan 5 ekor kalini. Tapi afiyah nampak tak senang,cairan merah still mengalir selepas 1 hari dia bersalin. Mak aku terus bawak pergi klinik sekali dengan anak2 dia. Afiyah terpaksa buang rahim dia. Doktor buat operasi dan operasi tersebut berjaya. Dia diletakkan semula dengan anak2 dia. Apa yang jadi lepastu membuatkan vet pun terkejut. Afiyah himpit semua anak dia sampai takde pun yang survive, 2 hari je dekat vet tu semua anak dia tidak bernyawa.

Yang peliknya, lepas afiyah punca anak dia pergi buat selamanya, dia sedih, dia jadi depressed. Doktor kata dia menangis. Dia cium, peluk anak2 dia. Sedih sangat bila dengar. Tak lama lepas tu, afiyah dibawa pulang ke rumah. Sampai je kat rumah dia dah tak sama, dia sedih je manjang. Makan pun kurang, minum air pun kurang. Aku pun heran, siap suap lagi makanan kat dia baru nak makan. Itu pun sikit je dia nak telan. Dah hampir sebulan rehat pun sama je, nampak tak bermaya, makin kurus dan sebagainya.

10 Febuari 2020:
Aku tengok afiyah lemah sangat, berat dia yg 3.2kg sekarang dah jadi 1.8kg. Aku pun ambil keputusan nak bawak dia pergi klinik. Doktor cakap afiyah ada selsema yang menyebabkn dia takde selera nak makan dengan minum. Doktor suruh tinggal dia kat sana untuk 3 hari Hari khamis hati aku macam nak hancur dah bila dapat berita daripada mak aku. Aku terkejut sebab bila aku hantar afiyah pergi vet 3 hari sebelum tu, elok je dia boleh jalan, boleh lompat. Petang tu kami pergi dekat vet tu nk tengok afiyah.

Sampai saja di vet, Ya Allah sedihnya tengok dia. Lumpuh satu badan, sawan setiap 15 minit. Muka dia nampak ters3ksa sangat. Mak aku terus menangis tgk dia cmtu. Lepas sembang dengan doktor pasal afiyah, dia kata lebih baik bawak afiyah balik rumah, spend time dgn dia

Sejak hari khamis tu, 3 kali sehari aku dengan mak aku bagi dia makan minum pakai syringe macamni. Sawan dia semakin kurang, dan mula nampak kurang pucat muka dia. Nampak dia macam ada hope lagi since masalah dia adalah malnutrition.

Semalam doktor wasap mak aku bagitau yang afiyah sebenarnya ada disease yang bernama Dry Feline Infectious Peritonitis. Penyakit ni merupakan satu wabak yang menyebabkan kucing demam, turun berat badan, banyak kencing and dia affect organ dalaman kucing. Penyakit ni takde cure.

15 Febuari 2020:
Dalam pukul 8 malam aku dengan mak aku bagi makan dengan minum kat afiyah. Suap dia macam kat video atas tadi, banyak dia makan. Penuh selera dia telan takde pun yang dia ludah balik. Aku happy sangat tengok dia mcm tu, mungkin slow2 dia akan get better

Lepas je bagi dia makan, aku dengan mak aku keluar makan kat kedai mamak. Mak aku yang sepanjang 3 hari ni sedih, nampak happy sikit lepas tgk afiyah makan banyak tadi. Dalam sejam lepastu kami balik rumah. Terus pergi jenguk afiyah, nak tengok dia macam mana. Sampai2 je dekat afiyah, kami tgk dia tengah muntah. Dia keluarkan balik semua makanan yang disuap tadi. Sambil2 tu dia kencing jugak. Aku pun ambil tuala dan lap sambil mak aku cucikan afiyah

Lepas je siap cuci semua, afiyah mula sawan balik. Mak aku pun cakap “ Ya Allah, kalau afiyah boleh baik, sembuhkanlah dia. Kalau dia tak boleh baik, ambil lah dia cepat2”. 5 minit kemudian, afiyah dah tak bernafas. Tepat pukul 12 tadi afiyah sudah pergi buat selamanya. Dia tak pergi sorg2 bila takde sape dengan dia. Dia tunggu aku dgn mak aku balik dari kedai baru dia nak tiada. Semoga kau tenang lah afiyah. Aku sayang kau. Walaupun kau hanya seekor kucing, tapi bagi aku kau sangat2 lebih daripada tu. Aku tanam kau dekat tempat yang kau suka main2 dulu. Harap kau suka.

Sumber : HMTpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *