Jangan pelik kalau tengok si bulus anda makan rumput. Ketahuilah ini sebabnya yang ramai tak tahu.

Haiwan

Kita semua tahu yang kucing makan rumput untuk membuatkan mereka muntah. Ia sepatutnya untuk melegakan perut kucing apabila mereka rasa sakit. Tapi macam mana kalau teori  ‘makan rumput melegakan kucing’ ini bukan sepenuhnya betul?

Pengkaji di University of California Davis School of Veterinary Medicine, menjalankan kajian yang mungkin mengubah presepsi anda mengenai apa yang anda tahu mengenai kenapa kucing memakan rumput. Perkara pertama yang pengkaji ini mendapati adalah memakan rumpun adalah tingkahlaku biasa bagi kucing di setiap lapisan umur. Hanya 11% dari kucing yang terlibat dalam kajian ini tidak memakan rumput.

Dari kesemua kucing yang makan rumput, hanya suku dari jumlah kucing yang muntah selepas itu. Ini adalah statistik pertama yang mempersoalkan teori sebelum ini yang kucing makan rumput untuk muntah. Untuk melihat dengan lebih lanjut, pengkaji mengambil nota sama ada ya atau tidak kucing menunjukkan simptom tidak sihat sebelum makan rumput. Perkara ini agak sukar kerana tidak semua pemilik kucing tahu yang kucing mereka sakit atau sihat kerana kucing sememangnya pakar dalam menyembunyikan kesakitan mereka.

Dari kesemua kucing yang makan rumput, 91% menunjukkan tiada tanda tidak sihat sebelum makan rumput. Seekor atau dua ekor kucing dilihat memakan rumput tanpa ada sebab yang jelas yang mungkin adalah satu kebetulan, namun majoriti kucing-kucing ini tiada tanda-tanda sakit.

Menemui teori baru

Dengan segala data-data dan bukti, pengkaji mula melihat sebab yang lain kenapa kucing makan rumput. Satu teori adalah tingkahlaku yang berdasarkan naluri. Sebelum ini sebelum kucing didomestikkan, kucing terpaksa melindungi diri sendiri dari parasit. Parasit usus adalah ancaman yang biasa berlaku selepas memakan tikus yang dijangkiti parasit. Salah satu cara yang kucing tahu untuk menghapuskan parasit ini adalah dengan memuntahkan apa yang dimakan. Dengan memakan rumput membolehkan kucing memuntahkan apa yang dimakan sebelum ini.

Pengkaji menyimpulkan bahawa dalam kebanyakan kes, kucing memakan rumput bukan kerana mereka rasa tidak sihat, ianya hanya kerana kucing sukakannya. mungkin kucing merasakan rumput adalah snek yang lazat dan mudah didapati. Jadi sekiranya anda mendapati kucing anda memakan rumput, anda tidak perlu risau kalau-kalau kucing tidak sihat. Tapi anda seharusnya mengawal rumput yang kucing anda makan, dikhuatiri rumput tersebut baru disembur bahan yang berbahaya.

Sumber : themamamiaowww

Elakkan Kucing Kencing Dan Membuang Najis Merata Tempat Dengan Tips Ini.

Walaupun sebagai pencinta kucing namun seringkali apabila berhadapan dengan masalah kucing kencing/ berak merata rata ni sangat mengundang keserabutan di kepala kita bukan?. Sekali dua boleh lagi bersabar namun jika keadaan berlarutan sehingga berbulan bulan rasanya geram jugak kan?

Ini merupakan petua petua yang ada di dunia ni untuk mengelakkan kucing anda kencing/ berak merata rata di rumah. Perlu diingatkan ya sebelum lakukan petua ini sila bawa kucing anda ke veterinar berhampiran untuk lakukan pemeriksaan kesihatan kerana ada kucing yang kencing/ berak merata rata kerana mengalami masalah kesihatan. Contohnya penyakit batu karang pada kucing.

Memang sukar untuk menghilangkan bau kencing kucing. Cucilah dengan sabun, clorox, cuka, soda penaik mahupun hydrogen peroxide, baunya masih ada. Ini kerana air kencing kucing mengandungi Urea, Urobilin, Uric acid, Sodium, Elektrolit, Creatinie, Pheromones dan lima jenis bakteria.
Apabila dibersihkan dengan air, ia bertindak dengan protein serta komponen-komponen ini secara tak langsung mengaktifkan bau.

Cuka dan soda penaik pula hanya meneutralkan bau untuk sementara waktu sahaja tetapi tidak mampu membuang kesemua komponen dalam air kencing. Pencuci khas yang mengandungi enzim sahaja yang betul betul menghilangkan kesan bau kencing kucing. Pencuci jenis ini ada terdapat di kedai haiwan. Shopee pun ada. Eh teriklan pulak. Jadi macam mana nak elak kucing kencing/ berak merata rata ni? Daripada terapi menenangkan diri bila bela kucing jadi serabut pula bila keadaan jadi macam ni kan.

1. SERAI. Kucing sangat tidak sukakan bau serai. Anda boleh beli produk pencuci yang berasaskan serai dan cuci kawasan kucing kencing/ berak setelah kawasan tersebut di sabun dan dibilas. Anda juga boleh meletakkan batang serai sebanyak yang mungkin di kawasan panas tersebut. Tapi ada juga kucing yang tidak lut dengan bau serai. Kena banyak try dan error.

2. LADA HITAM. Didihkan air dan masukkan satu atau dua sudu besar lada hitam. Sembur air campuran lada hitam itu di kawasan kucing selalu kencing.

3. BELERANG. Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing di kawasan tersebut.

4. KERAP MEMBERSIHKAN KOTAK PASIR. Kucing memang dikenali sebagai haiwan yang pembersih. Ada sebab kucing kencing/ ber4k merata mungkin kotak pasirnya sudah kotor.

5. CAT REPELLENT DAISO. Ketulan seakan arang ni sangat berkesan untuk mengelakkan kucing kencing di kawasan yang sama. Ini juga bagus untuk mengelakkan kucing jalanan kencing/ berak di kawasan rumah juga. Boleh dapati di semua kedai daiso. Namun kesan repellent ni tahan sebulan sahaja.

6. BOTOL SIRAP. Kedengaran macam pelik kan namun ada yang mengatakan bahawa petua botol yang diisi air sirap ni sangat menjadi. Tak tahu la sebab apa kucing takut sebab kucing sebenarnya tidak boleh melihat warna merah, mungkin itu kot sebabnya.

7. CUKA. Jika anda baru mengesan kucing anda kencing, segera lap air kencing tersebut, cuci dengan pencuci khas urin kucing dan bilas. Biarkan kering kemudian lap sekali lagi dengan air yang bercampur cuka. Cuka dapat menghilangkan kesan air kencing kucing.

8. KASIKAN KUCING ANDA. Ini merupakan petua yang paling susah orang nak ikut. Namun sebenarnya ini sahajalah solusinya. Dengan syarat anda perlu kasi kucing anda sebelum kucing anda memulakan tabiat kencing merata ni sebabnya ada juga kucing yang masih suka menyembur air kencing walaupun sudah dikasi. Banyak ok kebaikan kasi kucing ni.

Selamat mencuba. Perlu diingatkan di sini ya jangan denda kucing anda dengan menyakitinya kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber : themamamiaowww

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *