Gara gara selalu tengok tuannya menonoton filem seram. Tak sangka reaksi si bulus bila dia pula yang tengok filem seram.

Haiwan

Haiwan peliharaan adakalanya telah terbiasa dengan gaya hidup kita. Mereka menikmati keselesaan di rumah seperti melepak di atas sofa, tidur bersama di atas katil bahkan ada juga yang suka menonton televisyen. Setiap hari mereka tidak sabar melakukan hal yang sama dan ada juga yang mempunyai rancangan TV kesukaan. 

Mungkin kerana sering melihat tuannya menonton filem seram, anak kucing dalam video ini sepertinya tidak mahu melepaskan peluang melakukan hal yang sama. Mungkin mahu merasakan sendiri debaran menonton filem bergenre seram seperti tuannya. Jadi, dia memutuskan untuk duduk di hadapan TV dan menonton sendiri bagaimana jalan cerita filem tersebut.

Apa yang melucukan ialah melihat reaksinya ketika menonton filem tersebut. Nampaknya dia juga punya perasaan takut yang sukar disembunyikan. Dia kelihatan begitu terkejut dan sangat ketakutan. Dia mungkin tidak faham dialog yang disampaikan tetapi dia tahu bila adegan bahaya dalam filem itu muncul.

Era Baru

Unik Kucing Dijadikan Sebagai Hantaran Untuk Majlis Tunang. Tak Sangka Rupanya Ini Sebab Tunanganya Hadiah Kan Kucing.

KUALA TERENGGANU: Majlis pertunangan yang diadakan di Kuantan baru-baru ini dianggap unik dan menjadi perhatian ramai apabila seekor kucing dijadikan antara tujuh barang hantaran pada majlis berkenaan. Paling menarik, kucing itu seolah-olah memahami dan memberi kerjasama baik untuk kekal duduk dalam dulang hantaran sejak awal hingga selesai majlis berlangsung selama kira-kira dua jam.

Tengku Nurul Atika Nabiha Tengku Rosnan, 23, dan pasangannya, Mohamad Ibtisam Syafiq Azmi, 23, melangsungkan majlis pertunangan mereka di Taman Indra Sempurna, Kuantan, Pahang, dengan mencipta kelainan tersendiri pada 25 Disember lalu.

Tengku Nurul Atika berkata, tunangnya yang tinggal di Jerantut, Pahang pernah menyatakan hasrat menghadiahkan kucing kepadanya selepas kucing kesayangannya yang dipanggil Oyen pergi menghadap illahi Oktober lalu.

“Saya ternanti-nanti juga tunang memberikan kucing seperti dijanjikan, tetapi tidak sangka ia dijadikan satu daripada tujuh barang hantaran itu. “Kucing yang diberikan itu sangat istimewa dan seolah-olah memahami situasi majlis sedang berlangsung dengan tidak berganjak daripada dulang hantaran.

“Kebanyakan tetamu majlis berasa pelik dengan tabiat kucing betina kacukan baka Parsi dan British Short Hair itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Tengku Nurul Atika berkata, kucing dipanggil Mimi itu dibeli tunangnya dengan harga RM350 daripada seorang pembiak kucing di Kuantan dan disuntik vaksin supaya tidak mengalami nasib sama seperti Oyen yang mati akibat dijangkiti penyakit.

“Bagi saya, hadiah hantaran kucing itu paling bermakna kerana ia membuktikan sikap keprihatinan tunang yang tahu saya sangat sayangkan haiwan itu,” katanya. Beliau berkata, majlis pertunangannya itu memang agak berbeza dengan kebiasaan, tetapi mendapat sokongan keluarga dan rakan.

Sementara itu, neneknya, Fatimah Mamat, 60, berkata sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat kucing dijadikan hantaran. “Memang kami terkejut juga, tetapi boleh menerimanya dengan hati terbuka kerana mengetahui sikap Tengku Nurul Atika yang penyayang pada haiwan terutama kucing,” katanya.

Pemuda Ini Berkongsi Cerita Yang Mengejutkan Ada Sesuatu Yang Berlaku Pada Dirinya Selepas 2 Jam Memberi Makanan Kepada 2 Ekor Anak Kucing Sedang Kelaparan.

Pernah tak bila anda berada di kedai makan, tiba-tiba ada kucing yang datang? Dengan keadaan yang kotor dan kurus meminta makanan dengan anda. Ada yang memberi makan dan ada juga yang ‘menghadiahkan’ dengan sepak terajang. Realiti yang boleh dilihat pada hari ini. Setuju atau tidak?

Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan, bukan sahaja material dan wang ringgit. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.

Secebis kisah yang dikongsikan oleh Kedai Kucing Si Comel melalui pengalamannya sendiri diharap dapat membuka mata masyarakat di luar sana untuk berkasih sayang sesama haiwan. Jika anda tidak mendapat ganjarannya sekarang, yakinlah akan nilai pahalanya di akhirat kelak.

Saya memberi makan kepada 2 anak kucing yang kelaparan. Apa yang berlaku 2 jam selepas itu memang pelik…

3.45pm : Aku berhentikan kereta. Ternampak 2 ekor anak kucing lapar. Aku keluarkan makanan kucing dari bag, terus bagi mereka makan. Tak sampai hati.. Jika Rasullullah nampak, baginda mesti sedih.. sebab baginda sayang pada kucing… Niat sebab Rasulullah.

6.00 pm : Aku beli kuih. Makcik jual kuih bagi free kuih plak. Aku tak kenal pon makcik tu. Bayar seringgit tapi dapat banyak.

6.30pm : Aku order nasi goreng kampung special campur udang dan sotong. Lama tunggu sebab ramai orang. Masa nak bayar, cashier cakap FREE. Aku blurr… apasal free? Cashier cakap nasi ni tak perlu bayar… Aku terangkat kening sebab hairan, orang lain kena bayar, apasal free? Aku tak kenal pon tokey restoran ini.

Mungkin ramai ingat aku reka cerita sebab lapar Likes. Aku tak paksa korang percaya. Lepas aku kira semula, sebenarnya makanan kucing tadi tak guna duit aku pon, sebab ada SESUATU dah GANTI dengan kuih free dan nasi pon free. Duit aku tak terjejas. Agak pelik, dan agak seram juga. Apa pendapat korang?

Tu laa gambar budak 2 ekor.

Lepas dapat nasi free, aku terus tangkap 1 keping gambar nasi dgn makanan kucing yang aku beli untuk budak-budak Meow tadi.

Sumber : Siakap Keli via KL Viral

Ketahuilah Kalau Kucing Mencakar Dan Mengigit Tu Perkara Biasa. Ini Beberapa Tips Untuk Anda Kawal Tabiat Ini.

Anak kucing sangat suka bermain, namun apabila mereka menjadi terlebih eksited mereka seringkali mencakar dan menggigit. Tingkahlaku ini sebenarnya normal bagi anak kucing dan ia bukanlah tanda anak kucing anda sedang marah. Namun sekiranya tidak dibendung, ia akan menjadi masalah yang lebih serius. Lebih-lebih lagi teman bermain anak kucing anda adalah anak kecil anda sendiri. Mujurlah dalam kebanyakan kes, ianya mudah untuk menjinakkan anak kucing yang garang dan menghentikan tingkahlaku ini.

Kenapa anak kucing suka mencakar dan menggigit?

Dalam kebanyakan kes, anak kucing memang akan mencakar dan menggigit apabila bermain. Inilah caranya mereka belajar untuk bersosial bersama adik beradiknya yang lain, menguji sempadan dan dalam beberapa kes saja nak main-main. Walaubagaimanapun, mencakar dan menggigit juga merupakan tanda yang anak kucing anda ketakutan, marah dan dalam kesakitan. Untuk pastikan ia bukan hal itu adalah:

Jika seseorang selain dari anda komplen mengenai tingkahlaku anak kucing ini, lihat dan perhati interaksi anak kucing dan individu tersebut. Ada kanak-kanak kecil yang masih belum memahami yang mereka boleh menyakiti anak kucing jika bermain terlalu kasar.

Elakkan dari memegang tapak kaki dan perut anak kucing. Periksa setiap pelusuk tubuh anak kucing anda. Jika ia memberi respon negatif apabila dibelai, mungkin ada kelukaan pada anak kucing anda. Pastikan yang tingkahlaku kucing anda tidak dikaitkan dengan sesuatu yang menakutkannya.

Bagaimana untuk menghentikan tingkahlaku ini?

Apabila anak kucing menggigit dan mencakar, ia seperti mereka digalakkan untuk melakukan itu. Lebih-lebih lagi jika anda sering bermain dengan anak kucing dengan kasar. Bermain secara kasar dengan anak kucing anda

akan mengajar anak kucing anda bahawa tangan anda adalah permainan, ianya satu pengajaran yang sukar untuk dibendung dikemudian hari nanti. Cuba bermain dengan anak kucing anda dengan permainan yang bersesuaian. Hanya gunakan tangan anda untuk membelai sahaja.

Pastikan semua ahli keluarga dan pelawat mengetahui garis panduan ini jadi anak kucing anda menerima mesej yang berterusan.
Ini beberapa tips untuk anda mengawal masalah ini dan melatih anak kucing anda untuk menghentikan tingkahlaku ini:

Potong kuku

Walaupun ramai yang mengkritik tindakan ini tapi tahukah anda, pemotongan kuku tidak menyakiti anak kucing anda sekiranya dilakukan dengan betul. Pemotongan kuku perlu dilakukan dengan kerap dan jangan gunakan pemotong kuku manusia. Gunakan pemotong kuku khas untuk kucing.

Jerit “Ouch”

Jerit ala kadar sahaja tapi dengan kuat dan jelas. Apabila anda sudah mendapat perhatian dari anak kucing anda, perlahan-lahan lepaskan tangan anda dari cengkaman anak kucing tersebut. Jangan tarik tangan anda dengan cepat atau anak kucing anda akan fikir yang anda masih ingin bermain dengannya.

Berikan anak kucing anda“Time-Out”

Anda boleh pergi menjauhkan diri dari anak kucing anda atau anda boleh bawa anak kucing anda ke bilik yang kecil dan senyap dan tinggalkan ia dengan pintu bertutup. Anda juga boleh mengurung anak kucing anda dalam carrier atau dalam bakul. Anak kucing anda mungkin terlebih stimulasi dan perlukan sedikit masa untuk bertenang.

Periksa anak kucing anda semula selepas 15 minit. Jika anak kucing tersebut sedang tidur, biarkan sahaja. Jika ia terjaga, anak kucing anda mungkin memerlukan perhatian kasih sayang dari anda. Jangan bermain dengannya, tapi belailah anak kucing anda dan beritahu bahawa anda sangat menyayanginya.

Alihkan perhatian anak kucing

Selalunya bila anak kucing anda bermain dengan cara mencakar dan menggigit tahan ini anak kucing anda bosan sebenarnya. Luangkan masa bermain dengan anak kucing anda selama 15 minit dengan permainan yang aktif dengan menggunakan permainan interaktif seperti pancaran laser atau tongkat bulu pelepah. Anak kucing anda akan mengejar, menghendap dan permainan tersebut.

Langkah seterusnya

Jika anda sudah melakukan tips ini secara berterusan tapi anak kucing anda masih mencakar dan menggigit, mungkin tiba masanya untuk anda bertemu vet atau pakar tingkahlaku kucing dan berbincang dengan mereka. Mereka akan melihat penyelesaian untuk spesifik kucing, situasi dan cara hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *