Tindakan ibu kucing ini membawa anak anaknya bertemu dengan seekor anjing mengejutkan warganet. Ini yang berlaku apabila mereka bertemu.

Haiwan Viral

Jika dahulu mungkin anjing dan kucing tidak boleh bertemu. Pantang bertemu pasti mahu berbalah. Ada sahaja isu dan masalah antara dua spesies tersebut. Tidak hairanlah jika ada ‘perang’ besar berlaku antara mereka berdua walaupun sebenarnya tiada apa yang serius berlaku.

Tetapi itu semua dahulu. Anjing dan kucing pada zaman moden ini kini lebih ‘berdiplomasi’ dan tidak suka bergaduh. Mungkin masih ada yang bermusuh tetapi banyak juga antara mereka yang telah melakukan ‘genjatan senjata’ sejak dahulu lagi. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat dua spesies ini kini boleh berteman dengan baik sekali.

Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam video ini. Selepas melahirkan anak-anaknya, ibu kucing ini dirakam membawa anak-anak kecilnya bertemu dengan kawannya yang menrupakan seekor anjing. Sekali lihat anjing ini mungkin nampak garang tetapi hakikatnya dia mempunyai hati yang lembut.

Lihatlah bagaimana dia melayan anak-anak kucing itu dengan lembut sekali, seperti anaknya sendiri. Mereka juga boleh bermain dengan gembira sekali tanpa kisah akan perbezaan antara mereka. Apa yang penting mereka saling menyayangi!

Sumber : Era Baru

Sejarah Mengenai Asal Usul Kucing Kampung.

Apabila bercerita mengenai kucing kampung mesti ramai yang berkata baka kucing kampung ini jenis yang biasa-biasa saja. Tidak istimewa seperti baka kucing-kucing yang mahal seperti mainecoon, parsi, Bengal dan banyak lagi.

Ini ditambah lagi banyak kucing jenis ini hanya menjadi kucing gelandangan dan terbiar di jalanan. Namun jika anda seorang pencinta kucing yang sejati, anda tidak akan mengklasifikasikannya jenis baka kucing kampung ini direndah-rendahkan martabatnya kerana ianya juga sebenar antara makhluk ciptaan Allah.

Malay Cats. Kucing kampung sebenarnya lebih dikenali sebagai “Malay Cats” di dalam dunia kucing. Kriteria fizikal yang terdapat pada seekor kucing kampung “Malay Cats” adalah ianya adalah dari jenis berbulu pendek atau Domestic Short Haired dan corak bulunya adalah berceloreng seakan-akan jenis kucing Tabby. Telinganya pula jenis telinga besar dan bentuk fizikal badannya adalah besar terutama sekali kucing jantan. Ekornya panjang serta mempunyai hujung ekor yang berbelang-belang seakan-akan ekor seekor musang dan ada juga kucing kampung “Malay Cats” yang ekornya panjang serta dihujungnya bengkok.

Asal-usul kucing kampung. Mengikut  asal usul keturunan si Kucing Kampung “Malay Cats” dikatakan bahawa kucing kampung sebenarnya berasal dari kucing baka Manx yang origin asalnya adalah dari Isle of Man, sebuah negara jajahan Koloni British yang terletak di sebuah pulau di Laut Irish di Great Britain.

Wujudnya kucing kampung di bumi Malaysia sekarang adalah akibat daripada kucing baka Manx telah dibawa masuk oleh orang Eropah daripada bumi asal mereka sewaktu mereka bertapak di bumi Malaysia suatu waktu dahulu dan kemudian mengahwinkannya dengan kucing baka-baka tempatan yang lain maka terjadilah Kucing Kampung yang dikenali dengan nama “Malay Cats” sekarang.

Memandangkan baka kucing Manx itu sendiri adalah daripada kucing yang mempunyai bulu yang pendek serta berbelang-belang maka adalah tidak mustahil Malay Cats juga sedemikian rupa malah fizikalnya juga boleh mengikut baka kucing Manx yang besar serta tegap.

Untuk itu jika sekiranya ada yang berkata bahawa kucing kampung “Malay Cats” tidak mampu membesar seperti kucing baka maincoon itu adalah tanggapan yang salah. Ini kerana sekiranya kucing kampung “Malay Cats” diberikan makanan kucing premium serta mempunyai persekitaran yang kondusif nescaya ianya juga akan membesar seperti kucing-kucing baka mahal yang lain.

Ekor bersimpul. Bagi pencinta kucing yang mempunyai baka kucing kampung “Malay Cats” yang mana ekor kucingnya panjang dan bengkok sebenarnya ada cerita legenda mengenai mengapa ianya sedemikian rupa. Diceritakan bahawa kucing kampung “Malay Cats” yang berekor bersimpul sebenarnya adalah kerana suatu waktu dahulu ada sesetengah bangsa Eropah terutama sekali bangsa Portugis mempunyai adat resam yang pelik terhadap kucing mereka.

Dikatakan bahawa kucing-kucing di Portugis suatu waktu dahulu memang disengajakan untuk mereka mengepit hujung ekor kucing sejak daripada anak kucing lagi kerana dikatakan ianya akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada pemiliknya. Apabila kedatangan bangsa Portugis ke bumi Melaka suatu waktu dahulu mereka juga membawa kucing-kucing baka Manx yang berekor bersimpul dan akhirnya wujudlah kucing kampung “Malay Cats” berekor bersimpul.

Inilah sedikit informasi perkongsian bijak di dalam kita cuba mengenal kucing kampung “Malay Cats” yang sebenarnya banyak terdapat di sekeliling kita di Malaysia sekarang. Janganlah mereka dipandang sebelah mata sahaja dan dibuang di jalanan seperti tiada harga kerana sebenarnya kucing kampung ini juga mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri contohnya mereka bijak untuk berkomunikasi dengan tuannya samada melalui isyarat mahupun dengan berbunyi miaow.

Dan yang pasti kucing kampung “Malay Cats” adalah antara pemburu yang terhandal di dalam dunia kucing. Berikan peluang kepada kucing jalanan untuk hidup bahagia di dalam rumah yang selesa dan aman. Please adopt dont shop!

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *