Sanggup kerja lebih masa untuk cari duit lebih demi si comel ni. Tak sangka sampai macam ni sekali lelaki ini sanggup buat.

Haiwan

DEMI memastikan nasib kucing jalanan tidak terabai, Mohamad Azhar Alias sanggup melakukan pekerjaan sambilan sebagai pekerja pembersihan di lebuh raya untuk meraih pendapatan sampingan. Mohamad Azhar, 43, berkata, pekerjaan itu dilakukan sejak Jun lalu bagi menampung perbelanjaan membeli makanan untuk kucing jalanan yang terbiar di hentian berhampiran lebuh raya.

Katanya, ia didorong oleh aktiviti memberi makanan kepada kucing yang dilakukan sejak Februari 2018 dan berterusan hingga kini dengan memberi tumpuan di lima hentian lebuh raya iaitu berhampiran Plaza Tol Taman Rimba Templer, Rawang serta empat lagi di kawasan sekitar.

Walaupun berdepan cabaran dari segi kewangan, dia tekad meneruskan aktiviti itu kerana simpati dan enggan melihat kucing berkenaan terbiar dalam keadaan kelaparan memandangkan ada di antaranya dibuang pemilik asal.

“Saya pernah bekerja sebagai eksekutif di jabatan Sumber Manusia selama tiga tahun bermula 2005 tetapi meletak jawatan kerana mahu memberi tumpuan kepada perniagaan kek yang diusahakan bersama isteri sejak Disember 2008.

“Hasil pendapatan daripada perniagaan itu membantu saya membeli keperluan 18 kucing peliharaan di rumah dan makanan untuk yang ditemui di jalanan. “Namun, pulangan hasil jualan kek agak berkurangan berbanding dulu dan disebabkan itu,

saya ambil keputusan bekerja sebagai pekerja pembersihan dengan harapan ia dapat menampung perbelanjaan makanan kucing, terutama yang terbiar di hentian lebuh raya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Plaza Tol Taman Rimba Templer.

Mohamad Azhar berkata, pada mulanya, isteri, Samsida Mohd Ali, 50, tidak menyokong hasratnya bekerja sebagai pekerja pembersihan kerana kurang yakin dengan kemampuannya. “Memang dia (isteri) tidak galakkan dan minta saya cari kerja lain yang lebih bersesuaian kerana sebelum ini, saya bekerja di pejabat.

“Bukan kerana malu cuma dia bimbang jika saya tidak dapat menyesuaikan diri tetapi sebab utama saya bekerja di sini adalah kerana waktu kerjanya yang fleksibel. “Lagipun, saya memang memerlukan wang, sekurang-kurangnya RM1,500 setiap bulan untuk membeli makanan kucing terbiar itu jadi mahu atau tidak,

saya perlu melakukan pekerjaan sampingan tanpa bergantung dengan keuntungan perniagaan semata-mata,” katanya yang menetap di Taman Tun Teja, Rawang. Berkongsi rutin hariannya, Mohamad Azhar berkata, sebelum ke tempat kerja, dia akan menguruskan kucing peliharaannya di rumah terlebih dulu.

Kemudian, katanya, barulah dia akan ke tempat kerja dengan membawa bersama makanan untuk diberi kepada kucing yang ada di setiap hentian. “Saya memperuntukkan kira-kira 3.5 Kilogram (kg) makanan setiap hari untuk diberi kepada kucing di lima hentian berkenaan.

“Kebiasaannya, aktiviti itu dilakukan selepas selesai melakukan kerja pembersihan di setiap hentian dengan menempatkan makanan dalam bekas di satu tempat supaya tidak mengotorkan kawasan berkenaan. “Setakat ini, saya puas kerana dapat membantu dan akan terus melakukannya selagi termampu,” katanya.

Lelaki Ini Mendekati Kucing Di Jalanan. Tiba Tiba Dia Terkejut Dengan Permintaan Kucing Itu. Akhirnya Tak Sangka Ini Yang Berlaku.

Seorang lelaki ini cuba menghampiri seekor kucing jalanan, Namun dia terkejut dengan permintaan dari kucing tersebut.. Lelaki Ini Menghampiri Seekor Kucing Jalanan & Dia Terkejut Dengan ‘Permintaan’ Kucing Itu | BICARA ISLAM – Setiap individu akan melalui pengalaman yang berbeza semasa percutian. Ada pengalaman yang menyeronokkan dan ada juga pengalaman yang akan memberikan pengajaran seumur hidup kepada kita.

Bukan sahaja itu, kita juga akan bertemu dengan ramai kenalan baru serta belajar beberapa perkara tentang kebudayaan sesebuah masyarakat, sejarah lokasi yang kita pergi dan sebagainya. Pengguna Instagram yang bernama korochkin.denis telah mengunjungi dan mengembara ke Kotor, Montenegro beberapa hari yang lalu dan telah mengalami satu pengalaman yang luar biasa dengan seekor kucing jalanan di sana.

Tanpa disangka-sangka, korochkin.denis berjaya membentuk satu perhubungan yang baru bersama kucing tersebut. Pada awalnya, kucing dewasa berbulu jingga, kelabu dan putih ini menghampirinya sambil merenung botol minuman yang sedang dipegang oleh korochkin.denis.

Setelah lama kucing ini merenung, korochkin.denis seolah-olah memahami apa yang dihajati oleh kucing comel itu. Jadi, sebaik sahaja korochkin.denis membuka penutup botol air, kucing ini terus memegang tangannya seolah-olah berkata:

“Boleh awak beri saya sedikit air? Saya sudah lama tidak minum air yang bersih dan segar.”

Menyedari dan memahami apa yang dimahukan oleh kucing itu, korochkin.denis segera menuang sedikit air di tapak tangannya. Lantaran itu, kucing yang kehausan ini terus menjilat-jilat air di dalam telapak tangan korochkin.denis. Haus sungguh kucing ini ya? Kasihannya…

Setelah habis dijilatnya kesemua saki-baki air, korochkin.denis kemudian menuang lagi air ke tapak tangannya untuk diberikan kepada kucing yang manja itu. Nasib baik ada korochkin.denis di situ. Rupa-rupanya, dia sememangnya seorang yang menyayangi haiwan. Oleh itu, setiap kali dia pergi bercuti, dia pasti akan menghampiri haiwan-haiwan terbiar dan membantu mereka dari pelbagai segi seperti memberikan makanan dan belaian kasih sayang.

Sumber : Era Baru Via Beauties of Life(Visited 2 times, 1 visits today)

Artikel lain : Hebat Abg Ni. Sekali Panggil Je Terus Lari Semua Kucing Jalanan Ke Paagar Rumah. Sampai Bila Dengar Bunyi Peti Ais Pun Boleh Cam.

“BILA saya panggil ‘mai mai’ (mari mari), semua pakat serbu pintu pagar belakang rumah,” demikian kata seorang lelaki yang videonya memberi makan kucing-kucing terbiar berhampiran rumahnya tular di laman sosial. Berkongsi cerita dengan mStar,

Mohamed Zulfadhli Azmi berkata, rutin memberi makan kepada kucing-kucing berkenaan dilakukannya setiap pagi sejak hampir setahun yang lalu sebelum pergi kerja. Bertugas sebagai seorang pegawai bomba, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Zulfadhli berkata, kucing-kucing berkenaan akan dijamu dengan ikan yang dibeli setiap hujung minggu di pasar.

“Mula-mula hanya dua ekor saja yang datang makan, sekarang sudah bertambah sehingga sepuluh ekor yang datang ke rumah saya. Mungkin dah beranak pinak. “Memandangkan bilangan kucing-kucing ini makin bertambah,

saya akan beli ikan di pasar setiap hujung minggu. Biasanya saya akan beli dua hingga tiga kilo setiap minggu. Jenis ikan yang saya beli tak tentu juga, kadang-kadang ikan kembong, kadang-kadang ikan selayang. “Kos yang dibelanjakan tidak menentu, bergantung kepada harga ikan. Secara purata saya hanya keluarkan kira-kira RM19 setiap kali membeli,” ujarnya.

Selain memberi makan kucing terbiar, Zulfadhli turut memelihara lima ekor kucing di rumahnya.

Tambah Zulfadhli lagi, kucing-kucing terbiar tersebut seolah-olah sudah terbiasa dengan rutin ‘dijamu’ selepas waktu subuh setiap hari. “Disebabkan sudah kenal siapa yang suka beri mereka makan, kadang-kadang tu masa saya keluarkan ikan dari peti ais pun mereka dah cam. Ada yang nakal sedikit, siap panjat tingkap.

“Bila dah tiba masa nak beri makan, saya panggil ‘mai mai’ (loghat utara), masing-masing yang sedang bermain atau berkeliaran secara automatik serbu pagar belakang rumah saya,” ujar pemuda berusia 31 tahun ini. Dalam pada itu ujar anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini, dia amat bersyukur kerana jiran sekeliling amat memahami tabiatnya itu.

“Apa yang penting, saya tetap menitikberatkan kebersihan. Setiap kali beri makan, saya pastikan kucing-kucing ini diberi makan di satu tempat dalam satu bekas. Tak mahulah nanti jiran-jiran terganggu dengan bau atau sisa ikan dan sebagainya,” ujar Zulfadhli.

Sebelum ini video yang memaparkan sekumpulan kucing berlari pecut tatkala dipanggil untuk dijamu makan, mengundang perhatian warganet. Video yang dimuatnaik di Twitter oleh seorang pelayar yang juga merupakan adik kepada Zulfadhli itu sehingga kini meraih lebih 18,700 retweet selain ditonton sehingga 190,000 kali. Video berkenaan turut mengundang komen positif warganet yang memuji tindakan lelaki berkenaan, malah turut mendoakannya dimurahkan rezeki kerana sifat mulianya itu.

“Sebenarnya saya hanya masukkan video tersebut dalam WhatsApp group keluarga, tapi adik saya, Nurzaimah yang muatnaik di Twitter. “Langsung tak terfikir ia akan jadi tular. Cuma apabila membaca komen-komen positif warganet, saya rasa terharu. Sekurang-kurangnya ia boleh menghantar mesej kepada orang di luar sana.

“Saya rasa sangat puas dapat beri kucing-kucing makan. Apabila melihat mereka kekenyangan, saya rasa lega. Moga-moga ini menjadi amal jariah saya kerana kita tak sedar, mungkin Allah akan balas dalam bentuk rezeki yang lain kepada kita,” katanya lagi. 

Jangan Bimbang Kalau Kucing Anda Tidur Berdengkur Kuat. Ketahuilah Ini Beberapa Sebab Dia Tidur Berdengkur.

Kucing salah satu haiwan peliharaan yang paling banyak dipelihara dan disukai ramai orang. Mungkin ramai antara anda pencinta haiwan yang perasan atau tidak, bahawa kucing kuat berdengkur ketika tidur. Bukan sahaja kuat berdengkur malahan suka mengiau terutama ketika lapar.

Kucing memiliki vokal suara yang luas dan inilah sebab mereka sering mengiau dengan manusia untuk memberikan pesanan atau mesej, dalam bahasa manusia kita panggilnya ‘bahasa’. Apabila lapar, kucing akan datang kepada kita dan mengiau sambil menggesel kaki yang kadangkala tingkahlaku ini hanya ingin menarik perhatian kita. Kucing ketika brbalah mereka akan mengiau dengan suara yang dalam, seakan sedang m4rah.

Bunyi kucing mengiau dapat dibezakan dalam 4 situasi, iaitu ketika ket4kutan, kel4paran, m4rah, dan inginkan perhatian. Setiap bunyi yang dihasilkan amat berbeza. Selain, kucing kuat berdengkur ketika sedang tidur adalah disebabkan signal yang dihantar ke otot yang membuatkan kontraksi otot dan menutup glotis. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Jangan Terkejut Kalau Kucing Anda Suka Makan Rambut. Rupanya Ini Sebab Yang Ramai Tak Tahu.

Pernah tidak kucing anda gigit atau mengunyah rambut anda? Mungkin perkara ini tidak menganggu anda kerana anda memikirkan yang tingkahlaku ini adalah sesuatu yang positif. Kucing kita seringkali melakukan ini apabila anda sedang tidur dan membelai bersama kucing anda. Namun tahukah ini tingkahlaku ini kadangkala menunjukkan kucing anda sedang ketakutan atau tekanan?

Allogrooming

Walaupun kucing yang berada di dunia liar adalah haiwan yang suka bersendirian, kucing yang hidup secara berkumpulan seringkali menunjukkan tingkahlaku perapian bersama yang dipanggil allogrooming. 

Sekumpulan kucing akan menggosok, menjilat dan menggigit dengan lembut kucing lain dalam kumpulan tersebut. Kucing seringkali memperlihatkan tingkahlaku ini bersama kucing yang mempunyai ikatan istimewa seperti ibu bapa atau adik beradik mereka. Melalui momen perapian yang intim ini, ikatan akan kukuh dan tekanan akan berkurangan. Interaksi ini juga akan mengesahkan hierarki sosial.

Perhubungan yang dipilih

Dikalangan kumpulan ini, kucing individu dari perhubungan istimewa atau pilihan bersama individu, dipanggil “perhubungan yang dipilih”. Kucing ini akan saling berinteraksi dengan cara yang istimewa, sentiasa bersama-sama dan akan saling merapikan antara satu sama lain.

Anak kucing yang putus susu awai akan memaksa mereka melakukan tingkahlaku ini termasuklah mengunyah dan menghisap rambut pemilik mereka. Ada beberapa pemilik kucing percaya yang tingkahlaku ini adalah tingkahlaku menenangkan diri sendiri seperti budak menghidap jari. Namun tidak semua kucing yang memperlihatkan tingkahlaku ini sedang stress atau putus susu awal dari sepatutnya.

Sudah tentu rambut anda berbau seperti anda dan jelasnya ia kepunyaan anda jadi kucing anda memasukkannya dalam senarai perapiannya. Anda lebih mengenali kucing anda. Jika ia memperlihatkan tingkahlaku ini semasa anda membelainya ia mungkin tiada kena mengena dengan tekanan atau tingkahlaku menenangkan diri sendiri.

Apabila kucing anda menggigit dan mengunyah rambut anda ini membuktikan yang anda merupakan “perhubungan yang dipilih” atau manusia kegemarannya. Jika anda tidak suka tingkahlaku ini, cuba menukar perhatian kucing anda dengan sesuatu yang lain atau berhenti sahaja sesi belaian.

Sejak kucing anda sukakan masa bersama anda, ia akan faham yang anda tidak suka dan berdamping bersama anda dengan cara yang lain selagi anda konsisten jadi kucing anda akan tahu yang anda tidak mahu ia lakukan perkara tersebut.

Tapi jangan sesekali menghukum kucing anda. Lagipun kucing anda tidak mahu perhubungan yang dipilih bersama orang lain. Anda sudah dipilih untuk diterima dalam kumpulan elit oleh makhluk yang sangat cerewet dan memilih. Jadi bukankah itu satu perkara yang perlu dibanggakan?

Ini Respon Individu Yang Cuba Menakutkan Kucing Dengan Botol Air Sirap.

Pecinta kucing pastinya tahu pelbagai petua mengenai haiwan kesayangannya itu. Namun, bagi yang tidak gemarkan haiwan ini, pelbagai petua dibuat untuk memastikan si kucing tidak menjengah atau lepak di kawasan kediaman mereka.

Lebih geram lagi, jika kedatangan kucing-kucing luar ini memberi pengalaman kurang baik kepada mereka apabila si bulus-bulus ini meninggalkan ‘hadiah’ yang kurang menyenangkan. Ironinya, semakin dihalau semakin kerap pula si kucing ini datang melepak. Dan dari situ timbullah idea untuk menakutkan kucing-kucing ini dengan meletakkan botol air di sekitar halaman rumah.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan kucing ini menjengah ke tempat menjadi kegemarannya. Botol air sirap. Lain orang, lain petuanya. Malah pelbagai cara untuk menakutkan haiwan comel ini yang antara yang sering menjadi pilihan adalah mengisi air sirap ke dalam botol dan susun di kawasan pilihan.

Ada juga juga yang mengisi air putih ke dalam botol dan meletakkan di kawasan tertentu bagi menakutkan kucing. Namun persoalannya adakah idea ini benar-benar menjadi? Atau adakah geng si bulus ini tidak lagi ke tempat larangan itu? Berkongsi pengalaman ini, salah seorang pencinta kucing, Ayu Sofea Shaari memberitahu, dia ada mendengar mengenai petua botol air sirap ini dan telah cuba mempraktiknya di rumah.

“Saya ada tiga ekor kucing yang memang tinggal dalam rumah sahaja dan tak pernah keluar rumah. Salah seekornya memang suka buat perangai kencing di depan pintu bilik saya. “Setiap kali saya tak ada di rumah, memang port dia kat situ. Jadi apabila dengar pasal petua botol sirap ni, saya pun cubalah.

“Malangnya ia tidak menjadi, sebaliknya ketiga-tiga ekor kucing itu jadikan botol sirap sebagai barang mainan. Langsung tidak takut,” jelasnya ringkas kepada mStar. Pengalaman tersebut membuktikan setiap petua yang dicadangkan tidak semua menjadi. Jadi apa pula pandangan anda? Benarkah kucing takut dengan botol air sirap… atau mungkin ada petua yang lebih sesuai bagi menakutkan si bulus ini.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *