Ini sebab mengapa kucing datang menggeserkan badannya kepada orang yang tidak menyukai mereka.

Haiwan Pengetahuan Viral

Anda pasti pernah dengar perkataan Ailurophobia bukan?. Ailurophobia adalah sejenis fobia yang dikaitkan dengan kucing. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud ailurous iaitu kucing dan phobos iaitu takut. Jadi, Ailurophobia ialah sejenis fobia dimana seseorang takut dengan kucing.

Salah satu daripada ironi tingkah laku kucing adalah bagaimana kucing tertarik kepada orang yang tidak menyukai mereka. Dengan membongkar tingkah laku mereka yang tidak menyukai kucing, sudah pasti si pencinta kucing dapat belajar satu atau dua perkara mengenai perkara ini.

Secara umumnya, apabila manusia tidak peduli dengan kucing, mereka cuba untuk mengelak daripada melihatnya dan pada masa yang sama mengawasi mereka untuk memastikan bahawa kucing tidak datang dekat dengan mereka. Tindakan itu secara amnya telah menyebabkan kucing tersebut semakin ingin mendekat dengan mereka.

Hal ini kerana, pada pandangan mata kucing, tindakan seperti itu telah menyebabkan mereka tertarik dengan anda kerana kucing merasakan diri tidak akan terancam jika berada berdekatan dengan anda kerana tidak akan menyentuhnya bahkan memberi ancaman kepada dirinya.

Kebanyakan kucing dikatakan hanya suka perhatian. Jika anda berfikir tentang hal-hal dari perspektif kucing, tingkah laku ini sebenarnya logik jika difikirkan akal. Sentuhan mata secara langsung dianggap sebagai tanda dominasi dan juga pencerobohan di kalangan kucing, jadi hubungan mata anda boleh dianggap mengancam mereka. Tindakan ini hanya membuat makhluk itu mengelak daripada anda.

Sebaliknya mereka yang tidak menyukai kucing akan cuba untuk mengelak daripada melihat mereka. Ini membuatkan kucing merasakan mereka ialah orang yang ‘selamat’ kerana tidak membuat hubungan mata atau mencabarnya. Kucing juga tidak akan merasa terancam dan, sebagai makhluk bebas mereka boleh membuat hubungan dengan istilah mereka sendiri.

Kesimpulannya , tidak hairanlah jika kucing dikatakan gemar mendekati orang yang tidak suka akan dirinya kerana mereka berasa “selamat” ketika berada dengan anda. Oleh itu, kucing akan mula mendekati anda, menggeserkan badannya di kaki anda dan juga kadang-kala mengikuti anda walau ke mana sahaja anda pergi.

Sumber : Petplace, Dr. Jessica Vogelsang & PetMD

10 Tips Untuk Membantu Kucing Kita Hidup Lebih Lama Dan Sihat

Kucing kelihatan seperti haiwan peliharaan yang low-maintenance sehingga kita merasakan jika betul kita sudah lakukan yang terbaik untuk kekalkan mereka gembira dan sihat.Ada lagi ke perkara yang perlu dilakukan untuk memperkuatkan hidup kucing kita? Dengan informasi dari WebMD, PetMD, Health, dan WikiHow, berikut merupakan 9 tips-tips untuk membantu kucing kita hidup lebih lama dan sihat.

1. Indoorkan kucing kita. Sememangnya kucing indoor lebih selamat dari bahaya dunia luar berbanding kucing yang dibiarkan bebas berkeliaran. Tetapi bagi MM, disebabkan kucing adalah haiwan yang bersifat sukakan kebebasan tiada salahnya anda luangkan masa sekejap untuk biarkan kucing-kucing menikmati dunia luar dengan pemantauan ya. Kucing yang meluangkan masa di dunia luar mempunyai jangka hayat selama 2-5 tahun manakala kucing indoor boleh hidup sehingga 15 ke 20 tahun!

2. Kasi dan mandulkan kucing kita. Kucing yang tidak dimandulkan akan sering cuba keluar dari rumah untuk mengawan. Mungkin anda merasakan yang kucing anda perlu melahirkan anak terlebih dahulu sebelum dimandulkan, ketahuilah yang banyakkkkk kucing-kucing yang disuntik mati setiap tahun untuk mengurangkan populasi kucing-kucing di jalanan.

3. Memberus kucing kita setiap hari. Pemberusan secara harian dapat membantu mengurangkan hairball dan keguguran bulu, mengelak dari bulu kusam dan boleh meningkatkan ikatan antara anda dan kucing anda.

4. Sentiasa kekalkan kucing kita terhidrat. Pastikan kucing anda sentiasa mempunyai akses kepada air yang segar dan bersih.

5. Sediakan permainan untuk kucing kita. Kucing mudah bosan dengan permainan mereka, jadi simpan beberapa permainan dan ganti dengan permainan yang lain dari masa ke semasa. Pastikan untuk menggalakkan kucing anda bermain dari menunggu mereka bermain sendiri. Obesiti adalah satu masalah bagi kucing sama seperti manusia jadi masa bermain sangat penting untuk memastikan kucing kita sentiasa sihat.

6. Bersihkan kotak pasir kucing kita setiap hari. Membersihkan kotak pasir secara harian dapat memberi kesan kepada kesihatan kucing kita. Anda juga dapat mengesan sebarang perubahan pada tabiat pembuangan najis atau urin kucing anda seperti, air kencing yang banyak, najis cair atau ada darah. Semakin cepat masalah ini dapat dikesan, semakin cepat anda dapat membawa kucing anda mendapatkan rawatan.

7. Elakkan berikan kucing kita makanan manusia. Kebanyakan makanan manusia termasuklah susu tidak dapat dicernakan dengan baik oleh kucing malah ada yang toksik kepada kucing.

8. Sediakan tempat mencakar untuk kucing anda dan galakkan kucing untuk gunakannya. Tempat mencakar bukan sahaja dapat melindungi perabot anda, tapi dapat memberikan kucing anda sesuatu yang ia boleh miliki sebagai kepunyaannya dan menjadikan mereka lebih selamat di dalam kawasan jajahan mereka sendiri.

9. Perhatikan mata, telinga, gigi dan kaki. Banyak masalah kesihatan dapat dikesan dan ditemui pada kawasan ini sebelum ianya menjadi lebih serius. Dengan pemeriksaan yang kerap, anda boleh kesan yang ada sesuatu yang tak kena pada kucing anda.

10. Sentiasa bawa kucing untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala. Bukan penting untuk manusia sahaja, pemeriksaan kesihatan secara berkala pun penting untuk kucing supaya kita sentiasa tahu tahap kesihatan kucing kita.

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *