Gara gara kucing ini terkurung dalam carrier selama 2 tahun sehingga tinggal kulit dan tulang. Warganet terkejut dalam masa setahun sahaja kucing ini telah menjadi kucing yang hensem dan gebu.

Haiwan Viral

Terkurung di dalam carrier kucing yang kecil sepanjang hidupnya, Samuel hanya tinggal kulit dan tulang sahaja apabila ia dibawa ke BARC, pusat perlindungan haiwan di Houston, Texas. Kedua matanya tertutup rapat kerana bengkak dan menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang mengambil kos yang tinggi. Oleh kerana kesihatannya yang sangat teruk, Samuel dijadualkan untuk dieuthanisasi (dipengsankan). Agak ajaib Samuel mampu hidup dengan keadaan sebegini selama dua tahun.

Terasing dari manusia dan haiwan lain selama dua tahun, kucing yang selalunya penyayang ini seperti tidak pernah merasai kasih sayang langsung. Namun beberapa jam sebelum ia dijadualkan untuk euthanisasi, seorang pekerja di BARC mengepos gambar Samuel online.
Nasib menyebelahi Samuel apabila Leslie Raines juruteknik veterinar di kawasan Houstan sedang cuti sakit di rumah dan terlihat  gambar Samuel.

Kata Raines, “Ada seseorang telah mengepos gambar kucing yang sangat kurus dan positif FIV  (feline immunodeficiency virus) . Keadaannya yang sangat teruk membuatkan saya ingin membawanya keluar dari pusat perlindungan haiwan tersebut.” Jadi saya menghubungi beberapa kumpulan penyelamat mengatakan jika saya dapat mengembalikan kucing ini kepada keadaan yang lebih baik, saya akan membelanya untuk sementara.”

Tanpa membuang masa, penyelamat dari Save A Purrfect Cat Rescue (SAPCR) mengambil Samuel dan salah seorang klien di klinik Raines menawarkan diri memberi Samuel tumpang keretanya. “Dia (klien) betul-betul rasa Samuel akan pergi buat selamanya semasa berada di dalam kereta,” kata Raines. “Keadaannya sangat teruk.”

Setibanya Samuel di klinik veterinar, mereka segera melakukan rawatan perubatan terhadapnya. Para veterinar boleh lihat betapa kurusnya Samuel dan dipenuhi kudis dan mempunyai luka tekanan kerana berada di dalam ruang yang sempit untuk tempoh yang lama. Walaupun keadaannya yang serabut dan kulit berkuping ini Raines kekal optimistik dan rakannya tahu yang Samuel telah menemui individu yang tepat untuk membantu dan berkata,

 “Saya janji yang kucing ini kucing yang sangat cantik disebalik keadaannya yang teruk ini. Kita akan berusaha menyelamatkannya.”. Setelah Samuel mula menambah berat dan penglihatannya kembali elok, Samuel masih lagi ketakutan dan sering menyembunyikan diri di bawah sofa selama beberapa hari.

“Setelah ia mula keluar dari kepompongnya ia seperti baru mula belajar untuk menjadi kucing,” kata Raines. “Ia tidak tahu untuk bermain dan jika anda meletaknya di atas kerusi ia akan turun.” Setelah berbulan bulan berlalu, bulu tebal Samuel mula tumbuh namun ia masih tidak dapat mengatasi ketakutannya.

 “Ia takutkan bayang bayangnya sendiri dan refleksi diri nya sendiri di cermin pun boleh membuatkan ia takut ia menjadi kucing yang sangat curiga,” kata Raines. Apabila tiba masa untuk bertemu pengadopsi yang berpotensi hampir setahun kemudian, Samuel mula menjadi seperti anak kucing yang takut akan manusia.

Sehinggalah seorang lelaki bernama Bryan Smith menemui gambar Samuel di Petfinder. Samuel sangat serupa kucingnya yang bernama Smith yang telah tiada kerana barah. Apabila kedua duanya bertemu semuanya mula berubah. “Pada hari saya bertemu Bryan, kami bawa (Samuel) ke klinik dan Bryan hanya duduk di atas lantai dan mula bercakap kepada Samuel. Wajah Samuel kelihatan sangat berbeza dari kebiasaannya. Samuel kelihatan sangat tenang.” kata Raines.

Namun Raines masih belum yakin, sehinggalah Samuel seperti memberitahunya yang Bryanlah manusia yang ditunggu-tunggunya. “Ada satu ketika dimana Samuel datang dan miaow kepada saya kemudian ia berjalan menuju ke Bryan. Ini seperti ia memberitahu saya yang ‘inilah dia’,” tambah Raines.

Dalam masa setahun sahaja, Samuel berubah menjadi kucing yang hensem, gebu seperti mana ia sepatutnya. Kini Samuel gembira bersama sama ayahnya dan Samuel mula mengatasi ketakutannya. Ia sudah mula melompat ke atas katil dan kerusi makan. Ia suka mengurut urut tangannya setiap kali Smith memberitahu yang ia kucing yang baik. Kisah bagaimana Samuel boleh terkurung di dalam carrier selama dua tahun, tiada siapa yang tahu. Yang penting Samuel kini gembira dengan hidupnya yang sekarang.

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *