Lelaki ini terjumpa kucing di hutan. Lepas dibawa ke klinik tiba tiba kucing ini buat doktor haiwan terkejut. Lelaki itu juga terkejut dengan jawapan yang diberi doktor.

Haiwan

Lelaki Ini jumpa kucing di hutan, setelah dirawat ternyata kucing ini buat doktor haiwan Terkejut!! Memang Tak Sangka… Kucing ialah haiwan yang sangat disayangi dan disukai oleh banyak orang. Banyak keluarga ada pelihara kucing di dalam rumah mereka dan buat mereka jadi seperti salah satu ahli keluarga di dalam rumah mereka. Ada orang pelihara kucing disebabkan kucing nampak sangat comel dan manja. Ini buat hati banyak orang cair dan sayang mereka cam sayang ahli keluarga mereka. Sifat kucing ini buat kucing sangat disukai oleh orang ramai.

Ada orang memelihara kucing disebabkan rumah mereka ada banyak tikus. Tikus yang banyak di dalam rumah memang ialah sesuatu perkara yang amat buat orang marah sebab tikus sering rosakkan banyak benda di dalam rumah. Tikus suka gigit baju, kain, makanan, kasut, sofa dan sebagainya. Oleh itu, mereka akan pelihara kucing di dalam rumah mereka sebab kucing sangat suka kejar tikus dan makan mereka. Lepas ada kucing di dalam rumah, memang tikus akan takut dah nak keluar. Kucing akan naik ke atas siling dan cari tikus yang ada kat sana.

Tapi tahuka anda, kucing pun ada banyak jenis. Cuba lihat dalam gambar di bawah. Ada seorang jumpa lelaki jumpa seekor kucing liar yang sangat cantik di dalam hutan, dan bawa dia pulang untuk dirawat. Setelah dirawat ternyata kucing ini buat doktor haiwan Terkejut!! Jom saksikan

Artikel lain : Wanita Yang Berhati Mulia Ini Jaga 250 Ekor Kucing Terbiar. Tidak Hanya Kutip Kucing Yang Cantik Malah Menjaga Kucing Yang Memerlukan Penjagaan Selamanya.

Sangat berinsipirasi apabila melihat individu yang menjalankan pusat perlindungan haiwan. MM sendiri pun kalau diberikan rezeki yang melimpah ruah memang teringin sangat nak buat taman kucing. Kucing-kucing jagaan semua bebas berlari dalam taman tu. Mana tahu someday tercapai juga impian MM kan?.

Dita Agusta dari Parung, Jakarta tinggal bersama 250 ekor kucing yang dikutip di jalanan dan dia memberikan perlindungan kepada kesemua kucing-kucing ini. Dita melakukan semua ini dengan harapan satu hari nanti ada yang ingin mengambil bela kucing-kucing ini. Dita mempunyai semangat menyelamatkan kucing sejak dari kecil lagi dan sering melihat kucing-kucing terbiar di kawasan kejiranannya.

“Susah hati lihat kucing-kucing ini terbiar di tepi jalan”. Dita dan suaminya, Mohamad Lutfi berpindah dari Bekasi ke Parung yang menjadikan Dita lebih gembira kerana rumah yang lebih besar, jadi kucing-kucingnya lebih selesa.

Menjaga kesemua kucing-kucing ini bukan satu tugas yang mudah. Dita dan suaminya membelanjakan hampir 1 juta Rupiah (RM300) sebulan bagi makanan kucing, keperluan perubatan dan pasir kucing. Bukan itu sahaja mereka juga mengupah 5 orang pekerja untuk membersihkan rumah mereka sehari dua kali untuk memastikan kebersihan sentiasa terjaga.

Tambahan lagi, Dita memberitahu yang dia tidak hanya mengambil kucing yang sihat, cantik dan bersih malah dia juga menjaga kucing-kucing yang sakit atau kekurangan upaya yang memerlukan penjagaan selamanya.

Dita sering kali berjalan-jalan di kawasan perumahannya untuk memberi makan kucing yang dijumpainya. Dengan menjadi pemilik kucing yang bertanggungjawab, Dita memastikan kesemua kucing-kucingnya dikembiri untuk mengawal populasi dan membersihkan kucing-kucingnya untuk memastikan mereka sentiasa bersih.

Sumber : themamamiaow

10 Tips Untuk Membantu Kucing Kita Hidup Lebih Lama Dan Sihat

Kucing kelihatan seperti haiwan peliharaan yang low-maintenance sehingga kita merasakan jika betul kita sudah lakukan yang terbaik untuk kekalkan mereka gembira dan sihat. Ada lagi ke perkara yang perlu dilakukan untuk memperkuatkan hidup kucing kita? Dengan informasi dari WebMD, PetMD, Health, dan WikiHow, berikut merupakan 9 tips-tips untuk membantu kucing kita hidup lebih lama dan sihat.

Indoorkan kucing kita. Sememangnya kucing indoor lebih selamat dari bahaya dunia luar berbanding kucing yang dibiarkan bebas berkeliaran. Tetapi bagi MM, disebabkan kucing adalah haiwan yang bersifat sukakan kebebasan tiada salahnya anda luangkan masa sekejap untuk biarkan kucing-kucing menikmati dunia luar dengan pemantauan ya. Kucing yang meluangkan masa di dunia luar mempunyai jangka hayat selama 2-5 tahun manakala kucing indoor boleh hidup sehingga 15 ke 20 tahun!

Kasi dan mandulkan kucing kita. Kucing yang tidak dimandulkan akan sering cuba keluar dari rumah untuk mengawan. Mungkin anda merasakan yang kucing anda perlu melahirkan anak terlebih dahulu sebelum dimandulkan, ketahuilah yang banyakkkkk kucing-kucing yang disuntik mati setiap tahun untuk mengurangkan populasi kucing-kucing di jalanan.

Memberus kucing kita setiap hari. Pemberusan secara harian dapat membantu mengurangkan hairball dan keguguran bulu, mengelak dari bulu kusam dan boleh meningkatkan ikatan antara anda dan kucing anda.

Sentiasa kekalkan kucing kita terhidrat. Pastikan kucing anda sentiasa mempunyai akses kepada air yang segar dan bersih.

Sediakan permainan untuk kucing kita. Kucing mudah bosan dengan permainan mereka, jadi simpan beberapa permainan dan ganti dengan permainan yang lain dari masa ke semasa. Pastikan untuk menggalakkan kucing anda bermain dari menunggu mereka bermain sendiri. Obesiti adalah satu masalah bagi kucing sama seperti manusia jadi masa bermain sangat penting untuk memastikan kucing kita sentiasa sihat.

Bersihkan kotak pasir kucing kita setiap hari. Membersihkan kotak pasir secara harian dapat memberi kesan kepada kesihatan kucing kita. Anda juga dapat mengesan sebarang perubahan pada tabiat pembuangan najis atau urin kucing anda seperti, air kencing yang banyak, najis cair atau ada darah. Semakin cepat masalah ini dapat dikesan, semakin cepat anda dapat membawa kucing anda mendapatkan rawatan.

Elakkan berikan kucing kita makanan manusia. Kebanyakan makanan manusia termasuklah susu tidak dapat dicernakan dengan baik oleh kucing malah ada yang toksik kepada kucing.

Sediakan tempat mencakar untuk kucing anda dan galakkan kucing untuk gunakannya. Tempat mencakar bukan sahaja dapat melindungi perabot anda, tapi dapat memberikan kucing anda sesuatu yang ia boleh miliki sebagai kepunyaannya dan menjadikan mereka lebih selamat di dalam kawasan jajahan mereka sendiri.

Perhatikan mata, telinga, gigi dan kaki. Banyak masalah kesihatan dapat dikesan dan ditemui pada kawasan ini sebelum ianya menjadi lebih serius. Dengan pemeriksaan yang kerap, anda boleh kesan yang ada sesuatu yang tak kena pada kucing anda.

Sentiasa bawa kucing untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala. Bukan penting untuk manusia sahaja, pemeriksaan kesihatan secara berkala pun penting untuk kucing supaya kita sentiasa tahu tahap kesihatan kucing kita.

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *