Pandai panjat tak pandai turun. Pengantin baru tular kerana sanggup ambil risiko selamatkan kucing peliharaannya di atas bumbung rumah.

Haiwan Viral

“PANDAI panjat tak pandai turun.” Demikian kata seorang pemilik kucing, Hanis Ishak, 28, berhubung kisah lucu melibatkan haiwan peliharaannya yang terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di Puchong, Selangor pada Jumaat lalu.

Mesra disapa Hanis, dia yang sanggup memanjat tangga untuk menyelamatkan kucing bernama Baby Tiger itu turut berkongsi video kejadian sehingga ia tular di laman Twitter. “Ia berlaku sekitar 9.30 pagi. Sebenarnya kucing saya ni dah tiga hari tak balik rumah. Tak tahu ke mana sebab ‘dia’ jarang sangat keluar rumah.

“Keluar rumah waktu musim mengawan je. Tapi pagi tu dengar suara Baby Tiger bising dari atas bumbung rumah. “Saya cuba panggil turun tapi Baby Tiger tak tahu nak turun ikut mana. Jadi saya buat keputusan ambil tangga, panjat untuk bawa ‘dia’ turun,” kata Hanis kepada mStar.

Posting Hanis yang tular di Twitter. Menurutnya lagi, bukan mudah untuk membawa turun kucing itu, malah percubaan pertama yang dilakukan oleh adiknya juga gagal. Biarpun agak berbahaya, Hanis nekad untuk memanjat tangga demi menyelamatkan haiwan itu yang sudah dibelanya sejak tujuh tahun lalu.

“Mana-mana pemilik kucing pun sanggup buat begitu. Sayang punya pasal. Baby Tiger tu dah macam keluarga. Dia anak saya, bukan kucing saya. “Terpaksa la panjat juga. Tu dia tak meronta. Dia bagi kerjasama. Kalau orang lain risau dia merontalah sebab dia tak percaya orang lain agaknya.

Tak banyak kerenah tapi tahun lepas baby Tiger sakit selepas abah saya pergi buat selamanya. “Mula-mula adik lelaki panjat tapi tak berjaya bawa turun. Jadi saya yang panjat, lama juga pujuk tapi Baby Tiger takut, akhirnya saya rentap tangan, baru dapat bawa turun,” kata Hanis mengimbas semula kejadian itu.

Dalam pada itu, aksi Hanis yang selamba memanjat tangga turut menjadi jenaka dalam kalangan rakan-rakannya.

“Saya baru sahaja berkahwin Rabu minggu lepas. Orang kata cairan merah manis lagi… bahaya memanjat, tapi demi kucing saya rela sahaja. “Kawan-kawan yang kata cakap macam tu. Warganet (komen Twitter) pula cakap bahaya panjat tangga sampai habis, risiko untuk jatuh tu tinggi.

“Tapi nak buat macam mana. Kucing tu nak saya juga yang tolong,” katanya lagi. Bercerita lanjut mengenai Baby Tiger, Hanis mendedahkan kucing itu pernah jatuh sakit selepas pemergian bapanya, Ishak Abdullah pada tahun lalu.

Imbas Hanis lagi, kucingnya itu terlalu rapat dengan bapanya memandangkan dia sendiri kekurangan waktu kerana sibuk dengan kerja. “Tak banyak kerenah tapi tahun lepas Baby Tiger sakit selepas abah saya pergi buat selamnya. Sebab dia manja dengan abah. Mungkin rasa kehilangan.

“Berbulan juga Baby Tiger sakit, kurus kering dan tak nak makan. Lepas jaga dia elok-elok barulah dia sihat dan gemuk balik. “Baby Tiger rapat dengan abah sebab saya sibuk kerja selama ni, jarang sikit nak ada masa dengan dia. Abah yang jaga dekat rumah, bagi makan minum dan tidur sekali.

“Lepas abah tak ada, Baby Tiger menang mencari. Masuk bilik, tunggu abah depan bilik, tapi abah dah tak ada,” kata Hanis lagi. Dalam pada itu, video aksi Hanis memanjat tangga untuk menyelamatkan kucingnya sehingga kini menerima lebih 230,000 tontonan di Twitter.

Sumber : Mstar

5 Kaedah Merawat Kucing Yang Demam.

Tanda yang biasa terjadi ketika kucing demam adalah suhu tubuhnya menjadi lebih tinggi dari kebiasaanya. Gejala ini biasanya timbul kerana tubuhnya sedang melawan bakteria dan virus penyakit. Rata-rata suhu normal untuk kucing sekitar 37.7 hingga 39.1 darjah celcius. Anda dapat menggunakan thermometer agar lebih mudah mengetahui suhu tubuh kucing.

Penyebab kucing terkena penyakit demam terdiri dari beberapa indikator seperti peradangan, infeksi bakteria, virus penyakit, kekebalan tubuh menurun, hingga alergi oleh ubat ubatan. Suhu badan yang tinggi memang dapat membantu kekebalan tubuhnya agar berfungsi lebih efektif, namun demam yang cukup tinggi mempunyai efek yang cukup bahayak bagi kucing.

Apabila hal ini dibiarkan, maka akan mengakibatkan kerosakan otak kucing kesayangan anda.

CARA MERAWAT KUCING DEMAM

1. Mendinginkan Tubuh Kucing. Salah satu cara alternatif tanpa menggunakan ubat iaitu dengan mendinginkan tubuh kucing yang terkena demam. Caranya dengan membawanya ke ruangan sejuk atau meletakkan kipas angin yang mengenai tubuh kucing. Bila perlu menuam pada tubuhnya atau cakarnya. Perlu diingatkan untuk tidak memandikan kucing anda sewaktu ia sedang demam. Dikhuatiri suhu badannya akan menurun dengan kadar yang cepat dan kucing anda akan mendapat selesema pula sudahnya.

2. Memberi Air Putih yang Cukup. Saat kucing mengalami demam maka tubuhnya akan mengalami dehidrasi, untuk itu catlovers perlu menyediakan air minum yang cukup banyak. Hal ini merupakan salah satu tips untuk menangani kucing demam secara alami tanpa ubat.

3. Memberi Suplemen tenaga dan Vitamin B. Selain ubat, catlovers dapat memberikan suplemen tenaga serta vitamin B untuk meningkatkan selera makannya. Biasanya kucing tidak mahu makan lantaran tubuhnya yang kurang sihat. Apabila dibiarkan saja dan jarang makan, kondisi kucing akan menjadi semakin buruk. Selain menambah selera makan, suplemen tenaga dan vitamin B dapat memberikan nutrisi yang tidak didapati pada makanan kucing.

4. Memilih ubat demam yang selesa. Ubat demam bagi kucing yang cukup baik iaitu tolfenamic acid kerana dapat menangani berbagai permasalah demam termasuk tr4uma, tumor, infeksi dan penyakit lainnya pada kucing. Tolfenamic acid dapat diberikan kepada kucing yang demam dengan dos 1 tablet untuk 3-5 hari khusus berat badan kucing hanya 1.5 kg sebanyak satu tablet sehari. Sedangkan bagi kucing yang memiliki berat mencapai 4.5 kg, anda perlu memberikan 3 tablet dalam sehari.

5. Penggunaan Meloxicam. Salah satu ubat yang cukup efektif untuk meredakan demam kucing iaitu Meloxicam. Dos pada kucing mencapai 0.5 mg/ml sesudah makan. Sebelum memberikan ubat ini kepada kucing anda, perhatikan dos yang tepat agar tidak overd0se.

Perlu diperhatikan juga ketika memberikan meloxicam pada kucing iaitu tidak melebihi 0.5 mg/ml agar tidak overdose. Selain itu, pemberian meloxicam sendiri tidak diperbolehkan pada kucing yang kekurangan cairan. Ini adalah kerana akan berlakunya kegagalan ginjal yang disebabkan kekurangan cairan sehingga fungsi ginjal menjadi lebih lemah serta aliran cairan merah kurang pada ginjal.

Setelah membaca beberapa penyebab dan cara merawat kucing yang terkena demam, semoga dapat mengatasi permasalah catlovers. Namun perlu diingatkan, jangan sesekali memberikan ubat demam manusia untuk kucing anda. Hal ini sangat membahayakan bahkan berbahaya untuk kucing. Sekiranya keadaan kucing anda tidak mengalami sebarang perubahan sila bawa berjumpa veterinar dengan segera.

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *