Jangan pelik kalau si comel anda suka usap kepala di badan anda. Ketahuilah ini puncanya yang ramai tak tahu.

Haiwan

Kucing adalah antara haiwan peliharaan ramai daripada kita. KUCING antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan kita sebagai peneman terutamanya yang masih solo. Tapi sebenarnya masih ramai yang tidak tahu

tentang tingkah laku kucing kesayangan dan ‘bahasa’ yang digunakan untuk menzahirkan sesuatu maksud kepada kita. Apa kata kita semak antara gelagat si bulus ketika bersama tak kira waktu dan tempat.

1. Pandangan kucing. Pernah kucing anda menatap wajah anda dengan pandangan penuh makna? Atau si bulus tiba-tiba mengedipkan matanya kepada anda? Sebenarnya ia bukan mengemis makanan atau demam sebaliknya pandangan mata diberikan kerana ia cuba berkomunikasi dengan anda.

Ia seperti sebuah ciuman dan menandakan si bulus percaya kepada anda sebagai pemiliknya. Kucing jantan biasanya akan menandakan tempat jajahannya. 2. Kucing kencing di tempat tertentu. Jangan cepat marah jika kucing anda tiba-tiba kencing di tempat yang bukan kebiasaannya.

Ini kerana ia sedang menanda ‘kawasan’ bagi memberitahu kucing lain itu adalah tempat jajahannya. Kucing lain yang mencium bau kencing tersebut tidak akan berani mendekati kawasan itu atau akan berlaku pergaaduhan. Selalunya ia dilakukan oleh kucing jantan.

3. Kucing berdengkur. Jangan takut apabila si bulus berdengkur kuat ketika tidur. Ia menandakan bahawa si kucing berasa tenang dan nyaman berada di sisi kita. 4. Menggerak-gerakkan ekornya. Jika kucing menggerak-gerakkan ekornya ia menggambarkan apa yang sedang dirasainya. 

Jika ekornya menegak dan sedikit melengkung itu bererti kucing anda bahagia berada di sisi anda atau dia ingin bermain. Namun boleh jadi juga ia berasa terancam dengan keadaan sekelilingnya. Pandangan kucing memandakan ia cuba berkomunikasi dengan anda.

5. Kucing mencakar dinding dan sofa. Sikap kucing yang suka mencakar dinding dan sofa bukannya suka-suka sebaliknya si bulus sedang menajamkan kukunya. 6. Si bulus meow kepada anda. Apabila kucing mula mengeluarkan suara meow kepada anda ia bukan sahaja petanda si bulus lapar tetapi juga mahukan perhatian anda. Sebaik-baiknya belailah ia dan berinya makan.

7. Kucing mengusap kepalanya ke badan kita. Ini pasti perkara biasa apabila kucing mengusap mukannya ke badan kita. Ia membawa maksud si bulus mencintai anda. Ia juga bererti kucing anda belum makan dan anda tidak beri perhatian kepadanya.

8. Ikut ke mana sahaja anda pergi. Kadang-kadang sampai pergi bilik air pun kucing anda ikut! Itu tanda dia benar-benar menyayangi anda dan suka berada di dekat dengan anda.

Sumber mstar

Tak Sangka Rupanya Hanya Gunakan Arang Boleh Hilangkan Bau Najis Kucing. Caranya Pun Mudah Je.

Ramai yang suka membela kucing, tetapi tidak tahu bagaimana cara yang betul menguruskan najis haiwan comel ini. Sehingga ada yang menimbulkan rasa kurang selesa jiran. Menurut Norliza Hani, penggunaan arang dapat mengatasi masalah bau najis kucing kerana arang mempunyai fungsi untuk menyerap bau yang kurang selesa itu.

Sekadar berkongsi tanggungjawab sebagai penjaga kucing. Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing harus tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing. Bila kucing dibela sejak dari kecil, corak pemakanannya adalah berbeza dan perlu diperhatikan. 

Selain pemakanan, banyak lagi perkara lain yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual makan ubat, temu janji doktor, mandi kucing, sikat bulu, melatih kucing untuk membuang di tempat yang disediakan dan sebagainya. 

Pemilik kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda ada alahan dengan kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang menganggu ketenteraman awam. 

Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud:Demi Allah, tidak beriman!Demi Allah, tidak beriman!Demi Allah, tidak beriman!Apabila ditanya siapakah yang Baginda SAW maksudkan? Baginda menjawab seseorang yang jirannya berasa tidak aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya.(HR Al-Bukhari & HR Muslim)

Tips:Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah, letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.

Simpan sebotol minyak kelapa dara sebagai persediaan merawat kucing anda yang sakit. Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkan sistem pencernaan dan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kepada kucing. 

Minyak kelapa dara juga mampu meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Anda boleh campurkan minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dalam mulut kucing. Tips sudah diberi, jangan pula tuan kucing malas nak bersihkan bekas najis kucing. Pandai bela, pandailah bertanggungjawab sepenuhnya. 

Untung Anda Jika Memiliki Wanita Yang Suka Kucing. Ketahuilah Wanita Yang Suka Kucing Ni Merupakan Calon Isteri Yang Terbaik.

Semua orang tahu bila seseorang itu pencinta haiwan maksudnya dia miliki sifat penyayang, penyabar, suka menolong, hati yang baik dan menurut pakar wanita seperti ini sangat sesuai dijadikan isteri. Betul ke? ikuti perkongsian ini.

#1 Penyayang
Kita sendiri maklum membela kucing memberi kesan banyak aspek kepada kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya. Jadi, jika sesuatu berlaku pada si kucing, pasti si dia sanggup lakukan apa sahaja untuk yang si comel yang tersayang.

#2 Bertanggungjawab
Sejak dia nekad mahu membela kucing, maknanya dia sudah bersedia dengan tanggungjawab. Dia bawa si comel berjumpa dengan doktor apabila memerlukannya, membersihkan makanan, membuang najis dan pelbagai lagi secara teratur. Dia menganggap diri sebagai ibu kucing, jadi tanggungjawab ini sudah sebati secara semulajadi.

#3 Mudah Berkomunikasi
Sebagai contoh kalau kita lihat mereka selalu berborak dengan kucing, meluahkan perasaan pada kucing kesayangan nya. Kerana selalu berkomunikasi dengan kucing dia tahu jika dia tidak selalu berkomunikasi dengan pasangannya pasti akan terjadi masalah dalam hubungannya.

#4 Setia
Tiada siapa hadir di antara dia dan kucing. Bayangkan saja walaupun sepenat mana dia bekerja pasti akan meluangkan masa bersama dengan kucingnya, setia menanti. Dan semestinya wanita tersebut akan melakukan perkara yang sama untuk bakal suaminya.

#5 Suka Menolong
Jika dilihat ada kucing yang meminta makanan, tanpa segan silu dia cepat-cepat memberikan makanan. Ada kucing sakit pasti dia akan hulurkan pertolongan. Pantang nampak episod duka si kucing terus terbit rasa sedih. Bagus jika wanita suka kucing.

Kucing sering usap kepala dibadan anda? Ketahui 8 ‘bahasa’ si bulus.

Kucing antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan kita sebagai peneman terutamanya yang masih solo. Tapi sebenarnya masih ramai yang tidak tahu tentang tingkah laku kucing kesayangan dan ‘bahasa’ yang digunakan untuk menzahirkan sesuatu maksud kepada kita. Apa kata kita semak antara gelagat si bulus ketika bersama tak kira waktu dan tempat.

Pandangan kucing. Pernah kucing anda menatap wajah anda dengan pandangan penuh makna? Atau si bulus tiba-tiba mengedipkan matanya kepada anda? Sebenarnya ia bukan mengemis makanan atau demam sebaliknya pandangan mata diberikan kerana ia cuba berkomunikasi dengan anda. Ia seperti sebuah ciuman dan menandakan si bulus percaya kepada anda sebagai pemiliknya.

Kucing kencing di tempat tertentu. Jangan cepat marah jika kucing anda tiba-tiba kencing di tempat yang bukan kebiasaannya. Ini kerana ia sedang menanda ‘kawasan’ bagi memberitahu kucing lain itu adalah tempat jajahannya. Kucing lain yang mencium bau kencing tersebut tidak akan berani mendekati kawasan itu atau akan berlaku pergaduhan. Selalunya ia dilakukan oleh kucing jantan.

Kucing berdengkur. Jangan takut apabila si bulus berdengkur kuat ketika tidur. Ia menandakan bahawa si kucing berasa tenang dan nyaman berada di sisi kita.

Menggerak-gerakkan ekornya. Jika kucing menggerak-gerakkan ekornya ia menggambarkan apa yang sedang dirasainya. Jika ekornya menegak dan sedikit melengkung itu bererti kucing anda bahagia berada di sisi anda atau dia ingin bermain. Namun boleh jadi juga ia berasa terancam dengan keadaan sekelilingnya.

Kucing mencakar dinding dan sofa. Sikap kucing yang suka mencakar dinding dan sofa bukannya suka-suka sebaliknya si bulus sedang menajamkan kukunya.

Si bulus meow kepada anda. Apabila kucing mula mengeluarkan suara meow kepada anda ia bukan sahaja petanda si bulus lapar tetapi juga mahukan perhatian anda. Sebaik-baiknya belailah ia dan berinya makan.

Kucing mengusap kepalanya ke badan kita. Ini pasti perkara biasa apabila kucing mengusap mukannya ke badan kita. Ia membawa maksud si bulus mencintai anda. Ia juga bererti kucing anda belum makan dan anda tidak beri perhatian kepadanya.

Ikut ke mana sahaja anda pergi. Kadang-kadang sampai pergi bilik air pun kucing anda ikut! Itu tanda dia benar-benar menyayangi anda dan suka berada di dekat dengan anda.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *