Selalu nampak mak guna kunyit untuk goreng ikan kali ini gajah pulak dilumurkan dengan 7kg kunyit. Tak sangka rupanya ini sebabnya.

Haiwan

Biasanya orang gunakan kunyit untuk masak ayam goreng kunyit atau makanan yang bergoreng. Tapi siapa pernah terfikir sebenarnya kunyit boleh digunakan sebagai bahan perubatan. Untuk pengetahuan anda, serbuk kunyit bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak ya. Ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan perubatan untuk haiwan. Hebat tak hebat kunyit ini? Wah.

Baru-baru ini pihak Adabi telah memuat naik satu posting Facebook ketika mereka bekerjasama dengan Zoo Negara untuk ‘mandikan’ seekor gajah dengan serbuk kunyit. Posting tersebut telah menarik perhatian ramai dan meraih lebih 9 ribu shares ketika artikel ini ditulis. Malahan, komen yang diberikan oleh pengguna Facebook juga sangat mencuit hati.

Sebelum itu, lihat terlebih dahulu bagaimana cara mereka ‘melumurkan’ serbuk kunyit di atas badan seekor gajah ini. Memang menarik! Sebanyak 7 kilogram serbuk kunyit jenama Adabi telah digunakan untuk dilumurkan pada badan gajah itu

Pihak Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit pagi tadi (18/3/2019 | 9pagi). Gajah tersebut telah dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya. Sebanyak 7 kg serbuk kunyit Adabi telah digunakan untuk melumurkan pada seekor gajah.

Kemudian lumuran kunyit itu akan dibiarkan pada badan gajah agar khasiat pada kunyit akan meresap masuk ke dalam kulit gajah. Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.

Untuk pengetahuan anda, kebaikan yang boleh diperoleh daripada serbuk kunyit ini adalah: 1) Merawat luka kecil. 2) Merawat gigitan serangga. 3) Bertindak sebagai anti septic pada kulit. 4) Sebagai agen pemulih kulit. Power juga serbuk kunyit ini! Ramai juga pengguna Facebook yang pernah menggunakan serbuk kunyit untuk tujuan perubatan:

Sumber: AdabiMY / Facebook

Khasiat Kunyit Kepada Kesihatan, Bukan Untuk Masakan Sahaja

Kunyit (turmeric), juga dikenali sebagai curcuma longa, adalah satu jenis herba yang sangat dikenali. Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai “Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan. Pada masa yang sama, kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium

Mencegah Knsr

Kunyit boleh membantu anda mencegah daripada menghidap knse, berhentikanperkembagan knsr prostat (sekiranya anda ada) dan bahkan menghilangkan sel knsr. Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat didalam kunyit ini yang boleh knsr sel dan pada masa yang sama melindung badan daripada mendapatnya.

Mengawal Berat Badan

Serbuk kunyit boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan lemak di dalam badan.

Menyembuhkan Luka

Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.

Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan dalam badan boleh menyababkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya adalah masalah jantung dan darah tinggi.

Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan daripada insulin. Kunyit boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini.

Kunyit boleh melambatkan proses pembekuan cairan merah. pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil kapsul kunyit, bagi menggunakan serbuk dalam masakan, tiada masalah. anda juga boleh dapatkan kunyit dengan mudah dan murah di kedai-kedai runcit dan pasar raya berdekatan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *