Mengejutkan kucing ini bekerja di kedai salon rambut sepanjang 4 tahun tak pernah ambil cuti walaupun 1 hari.

Haiwan

Kucing Bekerja Di Sebuah Salun Rambut, Tak Pernah Cuti Walaupun Sehari Sepanjang 4 Tahun. Pada tujuh tahun yang lalu, seekor anak kucing yang terbiar ini telah berjaya menambat hati seorang wanita. Wanita ini yang merupakan seorang pendandan rambut dari Melbourne, Australia telah menyelamatkan anak kucing itu.

Bagi membalas jasa tuan barunya itu, kucing tersebut telah mengambil keputusan untuk bekerja di dalam salon tuannya itu secara percuma. Betty hanya berumur lapan minggu ketika Chris Guglielmi menemuinya. Kucing yang berwarna belang itu mengalami kehidupan yang perit apabila ditinggalkan di tepi jalanan.

Selepas dia dirawat di sebuah klinik doktor haiwan, Betty telah kembali pulih dan menjadi sebahagian daripada keluarga Chris. Betty telah menjadi kucing yang sangat comel dan penyayang sejak itu. Dia suka orang dan terutamanya suka duduk di atas peha orang.

Chris telah membuka sebuah salun rambut, yang dipanggil sebagai BABAR Hair, pada Oktober 2013, dan Betty mahu menjadi sebahagian daripadanya. Bukan sahaja dia bekerja setiap hari, tetapi juga memainkan peranan sebagai pembantu dengan menyediakan layanan seperti duduk di atas peha kepada setiap pelanggan yang memasuki salon.

Sekiranya ada yang menunggu di sofa, Betty akan datang kepada mereka untuk memastikan mereka ditemani. Dia sering dilihat duduk di atas peha pelanggan ketika tuannya sedang memotong rambut mereka. Terdapat kerusi dan sofa yang disediakan di salon. Pelanggan yang memeluknya telah membuatkan Betty seekor kucing yang sangat gembira. Malahan Betty tidak pernah gagal meletakkan senyuman pada wajah pelanggan.

Apabila Betty melihat terdapat seorang di stesen membasuh rambut, dia akan pergi ke pangkuan mereka. Apabila Betty jatuh tidur di pangkuan pelanggan, tiada siapa yang sampai hati untuk membangunkannya. Sementara itu di Jepun, mereka ada menawarkan cat massage di SPA.

Rupanya Ini Cara Kucing Ambik Berat Dengan Tuannya. Ketahuilah Sebenarnya Kucing Anggap Tuannya Sebagai Ibuu Bapa.

Sama seperti anjing, kucing secara umumnya boleh hidup secara dalam kumpulan mahupun secara sendirian – semuanya bergantung kepada faktor perkembangan awal, pengagihan sumber dan pengalaman seumur hidup seperti interaksi dengan manusia.

Mereka sebenarnya berupaya membentuk ikatan istimewa dengan manusia. Kajian mendapati bahawa kucing mempunyai keupayaan kognitif sosial. Sama seperti bayi, kucing juga melihat anda sebagai ibu bapa mereka! Berikut merupakan beberapa penjelasan tentang anggapan berkenaan :

#1 Kucing merupakan haiwan yang bersosial

Kebanyakan kucing memiliki keperluan sosial. Mereka boleh berinteraksi dan bekerjasama dengan haiwan lain. Kucing juga merasai rasa kehilangan, justeru mereka akan cuba untuk bersosial dan mencipta ikatan dengan manusia. Malah, pakar juga mengatakan bahawa kucing turut menganggap bahawa kita adalah kucing juga. Bersaiz besar namun kita masih lagi dianggap sebagai kucing. Mereka melihat kita sebagai keluarga.

#2 Rasa terikat dengan anda

Kucing akan sentiasa berdekatan dengan anda. Mereka cuba untuk terlibat dalam apa yang anda lakukan. Setelah mereka mencipta corak ikatan dengan anda, ia akan menjadi stabil sepanjang masa. Tingkah laku ini akan berterusan sehinggalah mereka dewasa. Ini bermakna kucing anda melihat anda sebagai penjaga utama.

#3 Mereka tertekan jika anda tiada di sisi

Mengikut satu ujian yang dibuat, kucing akan mula rasa tidak selamat dan tertekan setelah ditinggalkan keseorangan tanpa tuan di dalam bilik selama 2 minit. Mereka lazimnya akan lari ataupun menyembunyikan diri. Tahap stres mereka akan berkurangan setibanya anda pulang.

#4 Anda merupakan tempat paling selamat baginya

Kucing mempunyai keupayaan untuk membezakan keselamatan dan rasa tidak selamat terhadap manusia. Menurut kajian, peratusan tinggi kucing merasa keselamatan mereka lebih terjamin apabila bersama pemiliknya. Majoriti kucing memilih tuan mereka sebagai sumber keselamatan pertama, sama sepertik anak-kanak dengan ibu bapa.

#5 Mereka sebenarnya ambil berat akan anda

Walaupun tidak ditunjukkan dengan jelas, kucing anda sebenarnya ambil berat akan tuannya. Terdapat beberapa cara berbeza untuk menzahirnya. Sebagai contoh, melalui dengkuran manja, mengerdipkan mata, mendedahkan perut, menggesalkan tubuh bahkan mahu menjilat anda!

Apabila kucing menjilat tuan mereka, mereka berasa sangat santai dan mahu membuktikan kepada tuan mereka bahawa mereka mempercayai anda sepenuhnya, sama seperti kepercayaan yang terbina di antara seorang anak terhadap ibu bapa sendiri.

Cuba anda perhatikan kucing anda di rumah. Kini anda sudah pun tahu bahawa mereka sebenarnya menganggap kita sebagai ibu bapa mereka bahkan turut mengganggap kita juga sebagai seekor kucing. Namun sejauh mana layanan anda terhadap mereka, adakah sama seperti melayan seorang anak?

Tak Sangka Rupanya Ini Sebab Kucing Suka Tidur Yang Ramai Tak Tahu. Kucing Boleh Tidur Hampir 16 Jam Sehari.

Kucing sememangnya pakar tidur pada bila-bila masa, di mana sahaja dan tak kira apa keadaannya lena sahaja tidur si kucing ni. Ketahui fakta mengenai tidur kucing… 1. Dah memang lumrah kucing Kenapa kucing tidur banyak?

Apabila menjawab persoalan ini kita ketahui dulu berapa lama kucing tidur. Kucing boleh tidur sehingga 16 jam sehari dan kucing yang berusia lebih banyak meluangkan masa untuk berehat sehingga 20 jam sehari. Tabiat tidur ini adalah hasil dari evolusi kucing, tabiat nutrisi dan fisiologi. Dalam dunia liar, kucing perlu memburu untuk makan dan menghendap, mengejar. sememangnya menggunakan tenaga yang banyak. Jadi tidur dapat membantu kucing menyimpan tenaga.

2. Bukan setiap masa kucing tidur

Satu perkara untuk dipertimbangkan apabila memikirkan kenapa kucing tidur banyak adalah bagaimana kucing tidur. Dalam setiap masa kucing tidur, suku dari semua masa kucing tidur adalah apa yang kita panggil tidur-tidur ayam.

Dalam keadaan ini kucing masih dapat rehat yang ia perlukan namun kucing masih dalam mode berjaga-jaga. Kita boleh tahu yang kucing tidur-tidur ayam apabila telinga mereka bergerak-gerak dan mata yang sedikit terbuka.

3. Kucing boleh tidur lena diri dan bermimpi

Masa tidur selebihnya bagi kucing, mereka tidur sangat lena atau tidur lena namun kucing yang berusia mungkin meluangkan masa sehingga 30% atau 40% dari masa tersebut. Kucing yang tidur lena selalunya baring meringkuk dan mata yang tutup serapat-rapatnya. Kadangkala tidur terlentang seakan-akan tiada masalah.

Tidur lena sangat penting bg kucing supaya keupayaan tubuh kucing dapat regenarasi dengan sendiri dan kekal sihat. Kalau lihat kucing sedar tidur dengan ekor atau kakinya bergerak-gerak, itu petanda kucing anda sedang bermimpi.

4. Ada kucing yang berdengkur ketika tidur

Seperti manusia juga, kucing berdengkur terjadi apabila saluran udara diganggu oleh lebihan kulit dari palate lembut. Ini selalunya terjadi apabila kucing dalam keadaan rileks jadi ia tidak keterlaluan untuk mengesan yang kucing anda berdengkur. Dengkuran selalunya terjadi pada baka kucing yang mempunyai hidung yang pendek atau baka kucing brachycephalic seperti kucing parsi, himalayan atau exotic berbulu pendek.

5. Sebarang perubahan pada tabiat tidur kucing boleh jadi satu tanda kucing anda ada masalah

Jika kucing anda mula tidur dengan lebih banyak dari kebiasaan atau kurang dari kebiasaan, kucing anda mungkin tidak sihat. Tidur yang berlebihan boleh jadi petanda kucing anda dalam kesakitan manakala tidur yang sekejap boleh menjadi satu masalah seperti huperthytroidism. Kucing anda ada tabiat tidur yang pelik-pelik tak? Kongsikan di ruangan komen ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *