Menangis dua beranak bila kehilangan kucing kesayangan. Tak sangka hampir setiap hari ank tanya soalan ini pada ibunya.

Haiwan

“MER4UNG kami dua beranak,” luah seorang wanita mengenai kisah duk4 dia dan anaknya kehilangan haiwan kesayangan mereka pada Jumaat lalu. Kisah itu bertambah p1lu apabila Rohainor Muzamir, 30, memuat naik foto anak bongsunya, Sayangku Qaisara Muhammad Nazaruddin, 4, yang sedang memangku bangkai haiwan berkenaan sambil menangis. Orang yang pernah ada kucing kesayangan je pernah rasa mcm ni. Sabar ya dik.

“Seminggu sebelum Jebat pergi, kami bawa Tuah operasi buang mata kanan. Mata dia r0sak sebab kena kejadian yang tak diingini. “Patutnya hari Jumaat tu nak pergi buka jah1tan, tapi pagi tu juga dia kena sekali lagi kat depan rumah. Pergi depan mata saya,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, Qaisara sememangnya rapat dengan Tuah sejak ia dibela sekitar penghujung tahun lepas. Malah, dia menyifatkan haiwan itu sebagai penyeri keluarganya dan tidak pernah membawa sebarang masalah untuk mereka.

“Setiap petang mereka naik basikal berdua, Qaisara akan bawa Tuah dalam bakul, jalan-jalan. “Tidur sekali, berdua. Setiap malam mereka tidur bersama. Bila tengok dia menang1s pangku Tuah masa nak tanam, saya pun memang1s. Mer4ung kami dua beranak.

“Kami tanam kat kawasan depan rumah. Nak tanam pun dia macam tak bagi. Dia tanya, bila Tuah nak bangun? “Setiap hari anak saya pergi tengok tanah persemadian Tuah, siram air,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, penul4ran kisah sedih Qaisara yang kehilangan kucing kesayangannya turut menarik perhatian ramai warganet.

Malah, beberapa individu turut menghubungi Rohainor untuk memberi kucing secara percuma sebagai ganti kepada Tuah. “Ada orang dalam Facebook, dalam lima ke enam orang nak bagi kucing. Kami dah dapat seekor, hampir-hampir sama dengan Tuah. “Tapi anak saya tetap nak Tuah, dia kata rindu Tuah. Kucing kami memang baik. Dia selalu teman saya buat roti.

“Malam-malam kalau saya tak tidur buat roti, dia pun tak tidur juga,” jelasnya lagi. Rozainor merupakan pengusaha makanan. Selain roti, dia yang menetap di Kota Tinggi, Johor turut menghasilkan pelbagai jenis kuih termasuklah pau sambal yang laris menerima sekitar 500 biji tempahan setiap hari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Sumber: mstar 

Tak Sangka Ini Reaksi Kucing Bila Kena Tinggal Dengan Tuan. Merajuk Sampai Buat Tuannya Risau.

BAGI pencinta haiwan, berada jauh atau terpaksa tinggalkan haiwan kesayangan ini walaupun seketika bukanlah satu perkara mudah. Ketika musim perayaan atau cuti panjang, haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing terpaksa ditinggalkan di rumah atau ada juga yang dihantar ke ‘hotel haiwan’ untuk dijaga.

Begitu juga dengan pemilik kucing ini yang terpaksa tinggalkan beberapa ekor kucing kesayangannya di rumah sahaja kerana tidak mahu ‘mereka’ merajuk jika dihantar ke hotel haiwan ketika pulang ke kampung di Johor Bahru sempena sambutan Hari Raya Aildiladha minggu lalu.

Menurut Addy, 34, dia bersama kakak dan keluarganya terpaksa tinggalkan empat ekor kucing di dalam rumah selama beberapa hari. “Sebenarnya anak saudara tak ikut kami balik kampung sebab dia bekerja pada hari raya dan dialah yang menjaga kucing-kucing ini.

“Tetapi ada suatu hari tu, dia tidak ada di rumah sepanjang hari kerana bekerja. “Rumah kakak saya ini dilengkapi dengan 15 kamera litar tertutup (CCTV) untuk kediamannya. Tetapi satu hari ketika kami memantau keadaan rumah itu, salah seekor kucing peliharaan yang dinamakan Zoe, baka British Shorthair tidak kelihatan.

“Jenuh kami memeriksa rakaman di setiap sudut rumah, namun langsung tak nampak dia,” kongsinya kepada mStar. Jelas Addy, kucing itu amat rapat dengan kakaknya. “Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi telefon bimbit yang mempunyai akses kepada monitor suara yang dipasang di rumah.

“Jadi kakak saya panggil nama Zoe. Beberapa minit kemudian kucing itu muncul di monitor tunjuk muka. Rupa-rupanya dia menyorok di bawah langsir. “Sebaik sahaja dia muncul, memang kami semua lega. Dia memang manja dan sentiasa nak dibelai,” jelas Addy yang berkongsi mengenai Zoe ini di laman Twitternya.

Mengulas mengenai pemasangan 15 buah CCTV di rumah kakaknya itu, Addy memberitahu ia adalah langkah keselamatan selepas rumah itu oleh pembantu rumah sendiri pada Mei lalu.”Sebelum ini memang ada CCTV, tetapi abang ipar tambah lagi di setiap tingkat rumah selepas pembantu rumah buat hal.

“Kami kerugian hampir RM100,000 dengan pelbagai barang yang hilang termasuk barang kemas, pakaian, kasut, set pinggan mangkuk dan sebagainya. Susulan kejadian itu, kami lebih berhati-hati. “Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, pembantu rumah yang berusia 25 tahun berketurunan Batak itu masih belum dapat dikesan. Laporan polis sudah dibuat, namun belum ada khabar berita. “Saya percaya kejadian itu bukan dilakukan oleh dia seorang, sebaliknya mungkin ada rakan subahat,” ujar Addy.

Ini Cara Untuk Mendekatkan Diri Dengan Kucing Baru Yang Masih Ramai Tidak Ketahui.

Pernah tak anda perasan yang individu yang tidak sukakan kucing lah yang paling cepat kucing datang ke arah mereka?. Ini bukanlah kerana kucing suka berdikari ataupun tidak dijangka. In fact, cara individu tersebut berinteraksi dengan kucing memberikan klu mengenai cara yang terbaik untuk memperkenalkan diri anda kepada kucing. Jadi apakah cara terbaik untuk ‘berkenalan’ dengan kucing?

Jangan belai tanpa kebenaran. Salah satu perkara yang dilakukan oleh individu yang tidak sukakan kucing adalah mereka tidak akan membelai kucing. Kucing akan menjauhi dari manusia yang tidak dikenali yang terlampau mendekati. Orang yang tidak sukakan kucing dan tidak pernah cuba pun untuk membelai kucingnya akhirnya membantu kucing tersebut memberi masa untuk menyesuaikan kehadiran mereka. Pengajarannya ialah, biarkan kucing tersebut datang menyapa anda terlebih dahulu. Jangan membelai kucing sebelum ia datang dan memberikan anda kebenaran untuk membelainya.

Belai kucing baru dengan perlahan-lahan dan lembut. Setelah kucing tersebut membenarkan anda membelainya, anda perlu membelai secara lembut dan perlahan-lahan sehinggalah anda mendengar bunyi purring dari mereka.

Jauhkan pandangan anda dan lakukan kenyitan mata perlahan-lahan. Jangan tenung kucing lama-lama kerana ini menunjukkan tanda-tanda anda menunjukkan agresif terhadap mereka. Jika anda sudah mendapat perhatian dari kucing tersebut, lakukan kenyitan mata secara perlahan-lahan kerana dalam bahasa kucing ini bermaksud ‘i love you’

Hati-hati terhadap tanda-tanda ni. Ada juga kucing yang terlalu pemalu dan liar untuk  bermesra pada hari pertama anda menemui mereka. Jika kucing baru anda berbunyi hiss, menggetarkan ekornya atau lari jauh-jauh jangan cuba untuk membelai mereka. Kucing jenis ini perlu untuk merasakan yang mereka dalam kawalan interaksi tersebut.

Bermain. Jika anda ingin menarik perhatian kucing baru dari kepompong mereka kadangkala cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan bermain. Masa bermain yang melibatkan aktiviti menghendap atau menghayun merupakan permainan yang terbaik. Permainan kayu yang mempunyai tali berbulu pelepah sangat sesuai untuk kucing baru ini. Selain dari itu permainan mengejar cahaya laser pun boleh digunakan.

Perlu diingatkan yang berinteraksi dengan kucing baru kuncinya adalah dengan menghampiri mereka perlahan-lahan sehinggalah kucing tersebut yang datang ke arah anda. Jika kucing tersebut milik rakan anda, sila bertanya terlebih dahulu sekiranya kucing tersebut pemalu atau suka dibelai. Kemudian biarkan kucing tersebut melakukan langkah yang pertama. Jika anda mengikuti tips ini percayalah yang anda akan memiliki rakan kucing yang baru.

Sumber : themamamiaow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *