Lelaki ini nekad dekati kucing jalanan. Tak sangka ini permintaan si comel ini buat lelaki ini terkejut.

Haiwan

Seorang lelaki ini cuba menghampiri seekor kucing jalanan, Namun dia terkejut dengan permintaan dari kucing tersebut..Ada video.. Lelaki Ini Menghampiri Seekor Kucing Jalanan & Dia Terkejut Dengan ‘Permintaan’ Kucing Itu.

Setiap individu akan melalui pengalaman yang berbeza semasa percutian. Ada pengalaman yang menyeronokkan dan ada juga pengalaman yang akan memberikan pengajaran seumur hidup kepada kita. Bukan sahaja itu, kita juga akan bertemu dengan ramai kenalan baru serta belajar beberapa perkara tentang kebudayaan sesebuah masyarakat, sejarah lokasi yang kita pergi dan sebagainya.

Pengguna Instagram yang bernama korochkin.denis telah mengunjungi dan mengembara ke Kotor, Montenegro beberapa hari yang lalu dan telah mengalami satu pengalaman yang luar biasa dengan seekor kucing jalanan di sana.

Tanpa disangka-sangka, korochkin.denis berjaya membentuk satu perhubungan yang baru bersama kucing tersebut. Pada awalnya, kucing dewasa berbulu jingga, kelabu dan putih ini menghampirinya sambil merenung botol minuman yang sedang dipegang oleh korochkin.denis.

Setelah lama kucing ini merenung, korochkin.denis seolah-olah memahami apa yang dihajati oleh kucing comel itu. Jadi, sebaik sahaja korochkin.denis membuka penutup botol air, kucing ini terus memegang tangannya seolah-olah berkata:

“Boleh awak beri saya sedikit air? Saya sudah lama tidak minum air yang bersih dan segar.” Menyedari dan memahami apa yang dimahukan oleh kucing itu, korochkin.denis segera menuang sedikit air di tapak tangannya. Lantaran itu, kucing yang kehausan ini terus menjilat-jilat air di dalam telapak tangan korochkin.denis. Haus sungguh kucing ini ya? Kasihannya…

Setelah habis dijilatnya kesemua saki-baki air, korochkin.denis kemudian menuang lagi air ke tapak tangannya untuk diberikan kepada kucing yang manja itu. Nasib baik ada korochkin.denis di situ. Rupa-rupanya,

dia sememangnya seorang yang menyayangi haiwan. Oleh itu, setiap kali dia pergi bercuti, dia pasti akan menghampiri haiwan-haiwan terbiar dan membantu mereka dari pelbagai segi seperti memberikan makanan dan belaian kasih sayang.

Kucing Nekad Turunkan Berat Badan Gara Gara Terlalu Gemuk. Tak Sangka Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Seekor kucing gemuk yang memiliki berat badan sebanyak 33 paun atau lebih tepat hampir kepada 15 KG telah mendapat perhatian di laman Instagram miliknya. Kucing tersebut telah diberi nama Bronson telah mendapat tuang baru iaitu Mike Wilson dan teman wanitanya, Megan Hanneman setelah tuan asalnya pergi menghadap illahi.

Menurut doktor haiwan yang merawat Bronson, memiliki berat badan seperti ini perlu dikawal dan dirawat kerana dia mungkin akan mendapat penyakit yang boleh menyebabkan pergi. Kini Mike dan Megan mempunyai misi terbaru untuk menurunkan berat badan Bronson supaya dia dapat menjalani kehidupan yang sihat selepas ini.

Bronson hanya diberi makanan yang berkhasiat dan rendah lemak sahaja. Jumlah kalori makanannya juga dihadkan kepada 375 kalori sehari sahaja. Bronson juga sering diajak bermain untuk memastikannya melakukan sedikit aktiviti supaya boleh menurunkan berat badan selain daripada kawalan makanan yang diberikan.

Matlamat kini tuannya adalah untuk Bronson turunkan beratnya sebanyak satu paun (0.5 kg) dalam masa sebulan. Hal ini supaya Bronson memiliki kesiahtan yang baik dalam kehidupannya. Sehingga kini, Bronson telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5kg. Kini beratnya 10kg sahaja.

Sumber: instagramboredpanda.com

Jangan Pelik Kalau Anda Selalu Tengok Kucing Tunggu Kepulangan Anda Di Depan Pintu Rumah. Rupanya Ini Beberapa Sebab Yang Ramai Tak Tahu.

Kucing terkenal sebagai haiwan peliharaan berjiwa bebas, tetapi ini tidak bermakna mereka berhati dingin dan tidak mahu menunjukkan kasih sayang kepada pemilik. Ramai pencinta kucing tahu walaupun haiwan peliharaan ini dianggap berhati dingin, namun sebenarnya mereka mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang.

Salah satunya ketika anda pulang ke rumah selepas saban hari bekerja, kucing anda telah menunggu di hadapan pintu rumah dan selepas itu dia berlalu pergi.  Nampaknya kucing kesayangan mahu menunjukkan sesuatu supaya anda memahami jiwanya seperti di bawah:

#1. Kucing boleh mendengar kepulangan anda

Tidak hairanlah jika kucing anda tahu secara terperinci ketika anda hendak memasuki rumah kerana dengan deria pendengaran yang hebat dia dapat mengesan frekuensi bunyi yang luas. Kucing dapat mengesan suara manusia dengan pendengaran lebih tinggi. Jadi, apabila anda meletak kereta di garaj atau menaiki lif, mereka sudah tahu bunyi itu adalah anda. Kucing mampu mengaitkan bunyi tertentu berkaitan ketibaan anda dan bersedia untuk berkata “hai” dengan mengiau sebaik anda tiba di hadapan pintu rumah.

#2. Kucing sudah sedia maklum dengan rutin harian anda

Selain pendengaran yang hebat, kucing mempunyai deria tambahan keenam yang mampu digunakan untuk memikirkan secara tepat bila masanya anda pulang ke rumah. Mereka mempunyai firasat bersama pengurusan masa yang baik, yang bermakna kucing boleh memikirkan bila dan hari apa anda akan pulang ke rumah.

Rutin harian anda akan diperhatikan dan terus diingati oleh mereka yang mana ia sangat mudah diikuti dan ini membolehkan kucing peliharaan mengetahui masa ketibaan anda. Terutama sekali jika anda mempunyai jadual yang konsisten dan boleh dipelajari serta dibiasakan dengan mudah oleh si comel.

Bayangkan anda pulang setiap hari sekitar jam 7 malam dan kucing kesayangan anda sudah biasa dengan jangkaan masa ketibaan itu. Memahami rutin dan masa tidak hanya berfungsi untuk mengetahui ketibaan anda, bahkan mereka boleh mengikutinya dalam banyak aspek berlainan terutama jika ia melibatkan masa makan malam mereka.

#3. Kucing mahukan kasih sayang dan belaian anda

Biasanya apabila anda pulang ke rumah, kucing sudah pasti mahukan perhatian atau belaian terutama jika anda telah menghabiskan banyak waktu berjauhan dengan mereka. Ini adalah perkara normal untuk memberikan kebahagiaan tambahan cinta dan kasih sayang kepada si comel apabila anda tiba di rumah dan sudah pasti mereka menyukainya.

#4. Kucing kesayangan anda lapar dan dia mahukan makanan sebenarnya

Selain mendapat sambutan hangat yang hebat untuk menghabiskan masa bersama anda, kucing mempunyai suatu helah lain di fikiran seperti mereka mahukan makanan. Kucing anda telah berkelakuan baik sepanjang hari, maka adalah penting serta tiada salahnya jika mereka berasa tidak sabar untuk diberikan beberapa hidangan lazat kesukaan. Oleh itu, kucing menunggu dengan muslihat kerana mereka lapar dan jangan pula anda terlupa dan tidak tahu tentangnya, mengapa mereka memandang anda dan mengiau di hadapan pintu rumah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *