Jangan main main dengan orang yang takut kucing. Ini bahayanya yang ramai tak tahu.

Haiwan

Meskipun kucing adalah binatang yang comel dan manja, hakikatnya terdapat ramai yang takut terhadap kucing. Bahkan, pelbagai kes orang yang takut atau fobia terhadap kucing ini mengakui mereka panik dan stres sehinggakan ada yang hsteria bila berhadapan dengan haiwan ini seperti yang dikongsikan Sabrina Baharin dalam video ini.

“Mohon jangan main-main dengan perasaan ketakutan dia.” Bagi Sabrina, ia bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main kerana ia sama seperti mangsa kena prank tu. Ramai warganet yang retweet video ini dan memberi pelbagai reaksi.

“The struggle is real” Orang yang memiliki fobia terhadap kucing dalam istilah kedoktoran disebut sebagai Ailurophobia. Ailurophobia juga biasanya dikaitkan dengan trauma dek kenangan masa lalu yang melibatkan si pengidap dengan kucing. 

Misalnya pernah dicakar kucing, digigit dan seseorang itu pernah menonton filem yang menakutkan tentang kucing sewaktu mereka kanak-kanak. Namun, fobia kucing masih boleh diubati. Cara untuk mengatasi ketakutan ini adalah dengan menghadapinya setiap hari. 

Atasi ketakutan dengan cuba membelai kucing terlebih dahulu. Latih diri untuk kerap membelai kucing dan kemudian kita akan terbiasa. 
Secara tidak langsung, rasa takut itu akan hilang perlahan-lahan. 
Sementara itu, janganlah kita asyik menyakat kawan-kawan yang takut dengan kucing walaupun haiwan itu tersangatlah comel!
Silap-silap, kalau orang itu lemah jantung lagi susah. Bergurau ada batasnya. Maka, beringat dan berpada-padalah ketika bergurau. – CARI

Ketahuilah Kucing Normal Hanya Boleh Nampak Dua Warna Je. Rupanya Itu Sebab Dia Aktif Dalam Gelap.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering dijadikan pilihan oleh orang ramai malah ada yang menganggap haiwan tersebut seperti keluarga sendiri. Layanan yang baik terhadap kucing sedikit sebanyak dapat mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental seseorang. Bagi yang memelihara kucing, anda sudah pastinya menyedari bahawa kucing mempunyai pelbagai perbezaan sekiranya dibandingkan dengan manusia.

Antaranya ialah penglihatan kucing yang sangat berbeza dengan penglihatan seorang manusia biasa. Perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh retina iaitu lapisan pada mata yang mempunyai sel yang dikenali sebagai photoreceptors. Sel ini menukarkan sinaran cahaya menjadi isyarat elektrik dan kemudiannya diproses kepada sel saraf sebelum dihantar kepada otak untuk ditafsirkan.

Penglihatan Warna

Bagi seekor kucing, mereka tidak dapat melihat kepada keseluruhan spektrum tetapi masih boleh melihat bagi beberapa jenis warna. Pada dasarnya, kucing mempunyai penglihatan seperti manusia yang mempunyai masalah bta warna. Seekor kucing biasa hanya boleh melihat warna biru dan hijau sahaja ketika kehidupannya. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah yang sama dengan manusia yang tak nampak warna kerana mungkin tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.

Penglihatan Malam

Kita sering melihat kucing dapat bergerak dengan pantas di dalam persekitaran yang gelap. Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada pada mata kucing untuk memudahkan haiwan ini untuk kejar sasarannya. Kucing dapat melihat enam hingga lapan kali lebih baik daripada manusia ketika berada dalam gelap.

Perkara ini disebabkan oleh tapetum lucidum iaitu satu lapisan tisu yang terletak di belakang retina kucing. Tapetum lucidum ini berfungsi untuk mencerminkan cahaya dan meningkatkan cahaya yang tersedia untuk sel-sel photoreceptor di retina, yang meningkatkan penglihatan dalam keadaan yang gelap.

Bidang Visual

Kelebihan lain yang terdapat pada mata kucing ialah dapat mengesan pergerakan walaupun ianya hanya pergerakan kecil yang boleh membantu mereka semasa mengejar. Kucing mempunyai visi binokular yang membuatkan mereka dapat melihat tiga dimensi iaitu berupaya untuk melihat kedalaman dan menentukan jarak objek.

Walau bagaimanapun, penglihatan 3D kucing adalah tidak begitu halus seperti manusia kerana mempunyai visi periferal kucing yang lebih besar daripada manusia. Seekor kucing mampu untuk melihat pandangan yang lebih luas berbanding manusia dan ianya membantu kucing untuk mengesan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Jarak Penglihatan

Kucing mempunyai penglihatan yang baik bagi jarak yang dekat. Perkara ini kerana kucing hanya boleh melihat sejauh beberapa ratus meter sahaja dan akan kelihatan kabur bagi pemandangan yang lebih jauh. Selain itu, penglihatan kucing juga agak lemah untuk melihat visual di bawah hidungnya yang menyebabkan mereka mempunyai masalah untuk mengesan sesuatu yang berada berdekatan dengan tubuh mereka.

Sumber: Consciouscat.net, Popsci.com

Untuk Anda Yang Tak Tahu Umur Si Comel Anda Ini Beberapa Tips Senang Untuk Tahu Usianya.

Ada 4 cara mudah untuk ketahui umur kucing ini yang mana korang boleh buat pemeriksaan fizikal ke atas kucing itu. Tapi pastikan kucing tu friendly, jangan la garang anda nak check, takut nanti tangan anda kena ngap. Hihihi.

Bulu dan Badan Kucing

Selalunya kucing tua bulunya agak kasar dan sedikit nipis. Kalau muda, bulunya lebih lembut, bersinar dan lebat. Tapi kalau kucing itu ada masalah kulit, susah la untuk korang check kecuali selepas mendapatkan rawatan di klinik veterinar. Bulu kucing tua selalunya bertukar warna seperti warna hitam berubah menjadi keperangan.


Dari bentuk badan pula, kucing muda lebih nampak tough (berotot) gitew. Ala ala main gym. haahhaha. ini disebabkan aktiviti harian kucing. Kucing dewasa pula lebih berisi dan bulat bulat. Kucing tua pula akan nampak tulang dan kulit lebih berkedut. Kalau korang perhatikan sama juga dengan manusia kan? Kalau injection secara subcut (bawah kulit), ianya agak liat nak tembus. Tapi ada juga kes disebabkan dehydrate.

Behavior atau Tingkah Laku

Selalunya kucing tua ini sangat sentitif dari segi emosi seperti agresif, takut berlebihan dan stress. Untuk kes camni korang kena bagi mereka tempat dan suasana yang baik. Mereka juga akan mula cerewet dengan litter box, pemakanan, dan lain lain lagi. Selain itu kucing tua ini akan banyak tidur berbanding bermainan. Kalau kucing muda banyak habiskan aktiviti bersosial, dating (hahaha) dan bermain main.

Mata

Kebanyakan mata kucing muda lebih cerah, clear, irisnya lebih smooth, bersih tapi kalau yang tua ini akan mula ada katarak, iris mula menipis, mata berair seperti menangis dan masa itu tepi mata akan ada comot comot.

Gigi

Andai yang semua atas itu korang tak leh nak check mungkin sebab confius korang boleh check melalui gigi dia. Yang ini senang sikit korang nak check on the spot. 2 hingga 4 minggu – tumbuh gigi incisors. 3 hingga 4 minggu – tumbuh gigi Canine. 4 hingga 6 minggu – tumbuh gigi Premolars. 4 bulan keatas – tumbuh gigi Molars. 6 bulan ke 1 tahun – gigi akan tumbuh sepenuhnya dan bewarna putih. 2 tahun – gigi ada kuning kuning ( karang gigi / plaque ). 3 hingga 5 tahun – Plaque akan mula banyak. 5 ke atas – Plaque mula ada di semua gigi.

Selain itu boleh check gigi kucing itu haus atau mula melusuh start umur 5 tahun.  Lagi tua kucing itu kemungkinan gigi akan mula patah dan tercabut. Tapiii anda kena tengok juga tau, kucing yang muda pun ada yang luruh gigi disebabkan brbalah.

Gigi kuning sebab makan wet food berlebihan. So nak dapatkan kepastian betul betul usia kucing ini agak susah la kalau melalui gigi saja. Hanya anggaran saja yang boleh kita tengok. Kalau anda rasa tak yakin dengan penerangan ini, anda boleh rujuk vet yang berdekatan dan tanya pada doktor atau pengawai yang bertugas na..

Sumber: Nurfuzie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *