Rezeki individu ini datang pelbagai cara selepas selamatkan kucing tersangkut dicelah tayar basikal.

Amalan Haiwan Viral

Assalamualaikum. Di sini aku terpanggil untuk berkongsi tentang murah rezeki bila bela kucing. Ini dari pengalaman aku sendiri. Kalau aku saja yang rasa seperti ini, tak tahulah. Aku perasan perkara ini sudah lama. Aku memang jenis yang suka kutip kucing di tepi jalan, di kedai makan dibawa pulang ke rumah dan beri makan.

Aku tak pernah beli kucing-kucing mahal sebab tak mampu. Boleh dikatakan pada satu masa, bilangan kucing yang aku kutip boleh mencecah 29 ekor. Tetapi di rumahlah, di asrama tak ada pula aku nak bela sampai berpuluh-puluh ekor. 

Nak dijadikan cerita, semasa zaman belajar, aku ada mengutip seekor kucing ini dan bela di dalam bilik. Kasihan si comel itu, kepalanya tersangkut di celah tayar basikal. Entah macam mana boleh tersangkut pun aku tak pasti. 

Jadi, aku selamatkan dan bela dia. Momo, nama diberi. Masa belajar biasalah elaun kadang-kadang datang lambat. Nak minta duit dari mak dan ayah selalu pun rasa segan pula. Duit pula banyak digunakan untuk membeli bahan bacaan dan untuk mengajar, praktikal dan sebagainya memandangkan aku belajar di sebuah maktab.

Tetapi, walaupun kadang-kadang duit aku selalu short, perut aku tidak pernah kosong. Setiap hari macam ada saja rezeki untuk aku. Ada kawan-kawan yang belanja makanlah, lecturer buat potluck lah, jamuan itu inilah, ada makcik sedekah buburlah, kawan tiba-tiba buat birthday party dan macam-macam lagi. Semua dalam bentuk makanan. 

Kadang-kadang aku pernah sampai tahap risau sebab tak ada duit nak bagi si Momo ini makan. Tambahan pula makanan kucing agak mahal harganya. Jadi, biasanya aku akan belikan nasi dan kongsi saja dengan Momo. Dia bukannya makan banyak pun. 

Masa itu aku tak sedar sangat. Tetapi bila sampai satu masa, ada seminggu berturut-turut aku dapat makanan free. Kawan aku pun tiba-tiba kata, 
“Mungkin sebab Momo kot? Kau dah selamatkan dia, selalu beri dia makan, jadi dia selalu mendoakan kau,”. Kata-kata itu membuatkan aku terkedu. Boleh jadi, boleh jadi rezeki aku dimurahkan sebab aku bersedekah pada haiwan kesayangan nabi.

Tak kisahlah rezeki dalam bentuk makanan pun, yang penting aku tak kebuluran. Sedekah bukan dalam bentuk duit sahaja kawan-kawan. Sedekah dalam bentuk makanan pun boleh. Tak semestinya kena beri pada manusia, sedekah untuk haiwan pun boleh juga. Murah rezeki kita nanti. Ini pun aku tengah kutip seekor lagi kucing tepi jalan. Kaki dia tempat kena gigit. Doakan Jojo cepat sembuh, manalah tahu Jojo doakan aku cepat dapat jodoh pula.

Sumber : thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *